Where Pain Meets Relief

Tuah Sayang Alam: Misi Tangkap Ikan Bandaraya Demi Keseimbangan Ekosistem

Kuala Lumpur, 21 Jun — Sebagai sebuah institusi kesihatan yang bukan sahaja prihatin terhadap kesejahteraan manusia, tetapi juga alam sekitar, Klinik Tuah melangkah ke hadapan dalam menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) demi keseimbangan ekosistem. 

Klinik Tuah telah mengambil bahagian dalam sebuah program komuniti, Program Menangkap Ikan Bandaraya, di bawah anjuran Tok Tuah Channel Haziq.

 

Program ini berlangsung dari jam 8 pagi hingga 2 petang bertempat di Sungai Langat, UKM Bangi. Program ini memberi tumpuan kepada penangkapan ikan bandaraya, iaitu spesies ikan invasif yang sering mengganggu keseimbangan ekosistem sungai. 

Kehadiran ikan ini boleh menyebabkan gangguan terhadap habitat ikan tempatan serta flora akuatik.

 

Menyedari kepentingan menjaga keseimbangan alam sekitar, Klinik Tuah menyahut inisiatif ini sebagai salah satu usaha untuk menyumbang kepada pemuliharaan alam semula jadi.

 

10 orang staf Klinik Tuah telah menyertai program ini sebagai wakil klinik. Walaupun aktiviti ini agak berbeza daripada rutin harian mereka di klinik, para staf menunjukkan semangat yang baik dan bekerjasama menjayakan aktiviti yang disusun sepanjang program. 

Ia juga menjadi satu peluang untuk keluar dari kebiasaan dan terlibat dalam aktiviti yang membawa impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar.

 

Klinik Tuah percaya bahawa penjagaan alam sekitar turut memberi kesan tidak langsung kepada tahap kesihatan manusia. Dengan menyertai program sebegini, kami dapat memainkan peranan kecil dalam membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem, di samping memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

 

Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada usaha murni ini dan berharap lebih banyak organisasi serta komuniti akan terlibat dalam inisiatif seperti ini pada masa akan datang demi kelestarian alam sekitar negara.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Jom baca lagi..

Tuah Warisan Tradisi -Majlis Khatan Perdana Kuantan

Kuantan, 18 Februari 2024– Klinik Tuah telah menyertai satu Majlis Khatan Perdana Kuantan anjuran  JPKK Kampung Belukar & JPKK Kampung Gudang Rasau dengan kerjasama ADN Inderapura YB Dato Sri Haji Shafik Fauzan Bin Haji...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...