Where Pain Meets Relief

5 Cara Mencegah Sakit Lutut Bagi Wanita & Siapa Paling Berisiko?

Sakit lutut adalah masalah biasa yang sering dialami oleh wanita, sama ada disebabkan oleh faktor hormon, gaya hidup dan juga usia. Walaupun ia boleh berlaku secara semula jadi, terdapat banyak cara untuk mencegah atau mengurangkan risiko sakit lutut.

Kandungan

5 Cara Mencegah Sakit Lutut Bagi Wanita

Antara tips untuk mencegah sakit lutut bagi wanita termasuklah;

1. Menjaga Berat Badan

Berat badan yang berlebihan memberikan tekanan tambahan pada lutut dan menjadi punca sakit lutut bagi wanita.

Maka, amat penting untuk kita kurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan ideal untuk mengurangkan risiko sakit lutut melalui pemakanan yang sihat, dan gaya hidup yang tepat. Ini merupakan antara tips terpenting dalam mencegah sakit lutut bagi wanita

2. Melakukan Senaman Pengukuhan Otot

Senaman seperti squats, lunges, dan leg raises membantu menguatkan otot-otot sekitar lutut, terutama otot quadriceps dan hamstring, serta mengurangkan risiko kecederaan.

3. Elakkan Kasut Bertumit Tinggi

Kasut bertumit tinggi memberi tekanan yang tidak seimbang pada lutut. Sebagai langkah mencegah sakit lutut bagi wanita, pakai kasut bertumit rata atau kasut sukan yang sesuai untuk aktiviti harian terutama semasa berjalan jauh untuk mengurangkan ketegangan pada lutut.

4. Amalkan Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup aktif membantu mengekalkan kesihatan lutut. Bersenam 3 kali seminggu selama 20-30 minit boleh mengurangkan risiko masalah sakit lutut.

5. Gunakan Teknik Sukan yang Betul

Teknik yang betul semasa bersukan dapat mencegah kecederaan lutut. Sentiasa lakukan pemanasan badan sebelum bersukan, dan biarkan lutut mendapat rehat yang secukupnya setiap kali selepas bersukan, terutama sukan berimpak tinggi.

bersenam dapat mencegah sakit lutut bagi wanita

Wanita Mana yang Lebih Berisiko Untuk Mendapat Sakit Lutut?

Walaupun punca sakit lutut bagi wanita umumnya ditentukan oleh faktor hormon dan struktur badan serta postur, namun terdapat juga beberapa faktor yang meningkatkan risiko untuk wanita mendapat sakit lutut.

Antara faktor yang menyumbang kepada sakit lutut pada wanita termasuklah:

1. Usia

Sakit lutut akibat osteoarthritis sering dialami oleh warga emas, tidak kira lelaki atau wanita. Osteoarthritis berlaku apabila kartilej antara sendi lutut haus dan menipis, menyebabkan tulang bergesel antara satu sama lain. Geseran ini mengakibatkan iritasi, rasa perit, dan pembengkakan lutut.

Menurut statistik, 80% warga berusia 55 tahun ke atas mengalami osteoarthritis. Tanda-tanda osteoarthritis termasuk sakit lutut apabila bergerak, bengkak, dan kesukaran untuk menggerakkan lutut.

usia antara faktor risiko sakit lutut di bawah artikel mencegah sakit lutut bagi wanita

2. Berat Badan Berlebihan

Obesiti juga menjadi salah satu punca sakit lutut bagi wanita. Berat badan yang berlebihan menambah tekanan pada bahagian bawah badan, khususnya lutut. Setiap tambahan 10 kg berat badan menyebabkan lutut menanggung beban tambahan sebanyak 30-40 kg setiap kali melangkah.

Bayangkan betapa besar beban pada lutut jika berat badan mencecah 100 kg! Selain itu, sel-sel lemak dalam badan mengubah tahap bahan kimia dalam darah yang boleh mempercepatkan risiko osteoarthritis dan keradangan lutut.

3. Sejarah Keluarga

Mempunyai ahli keluarga yang menghidap arthritis meningkatkan risiko seseorang wanita mengalami sakit lutut. 

Jika ibu bapa atau adik-beradik pernah mengalami kecederaan ACL, risiko untuk mendapat kecederaan yang sama adalah lebih tinggi. Ini kerana sesetengah individu mungkin mewarisi struktur dan kekuatan tulang dan sama, dan lebih mudah terdedah kepada ligamen koyak atau rosak.

Faktor genetik juga boleh menjadi punca sakit lutut bagi wanita akibat osteoarthritis, walaupun ia masih menjadi subjek kajian yang belum difahami sepenuhnya.

Seseorang individu lebih berisiko untuk mengalami radang lutut yang serius dan kerap oleh kerana faktor genetik yang memungkinkan sel dalam badan menghasilkan lebih banyak bahan kimia.

 

Genetik antara faktor risiko sakit lutut di bawah artikel mencegah sakit lutut bagi wanita

Kesimpulan

Kehidupan seorang wanita bukanlah mudah, penuh tanggungjawab serta amanah yang perlu dipikul. Dalam kesibukan aktiviti harian, wanita haruslah menjaga diri sendiri untuk mengelakkan sakit sendi untuk jangka masa yang panjang.

 Ingatlah wahai wanita, anda tulang belakang bagi bumi ini, tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia. Untuk menghayunkan buaian perlu lutut yang kuat maka jagalah lutut anda semua 😀

Ketahui Punca Sakit Lutut Bagi Wanita Di Sini 

Baca Lebih Teliti Semua Tentang Sakit Lutut: Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap)

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] Baca Lebih Lanjut Tentang Cara Mencegah Sakit Lutut Bagi Wanita di Sini  […]

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

Jom baca lagi..

15 Tips Khatan Bantu Melancarkan Proses Khatan

Tidak ramai yang mengetahui tips- tips khatan kerana doktor jarang bercerita tentang terperinci tentang tips khatan disebabkan kekangan masa doktor. Kandungan Pendahuluan Berkhatan; Satu perkataan yang membawa kenangan bagi setiap lelaki khususnya muslim di...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...