Where Pain Meets Relief

Lutut Osteoarthritis: Apa Yang Patut Anda Tahu (Panduan Lengkap)

Sakit lutut Osteoarthritis atau dikenali juga sebagai radang sendi lutut ini sangat biasa terjadi pada golongan berumur. Kalau kita tanya 10 orang dewasa yang berumur 45 tahun ke atas, nescaya 5 dari mereka akan mengakui mereka sakit lutut.

Kandungan

Pendahuluan

Sudah menjadi lumrah alam, Waktu muda, tubuh badan kita berada dalam keadaan yang cantik dan sempurna. Malangnya, apabila meningkat usia memasuki 30 tahun ke atas, satu demi satu organ badan rosak , kulit berkerut, semua ini adalah proses penuaan- proses yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa pun .

Lutut juga akan menua sesuai peningkatan usia dan lama-lama makin rosak, dan menjadi punca sakit lutut dan sendi.

Apakah itu Osteoarthritis?

Osteroarthritis merupakan satu penyakit degeneratif sendi yang biasanya berlaku pada bahagian sendi lutut.
Penggunaan lutut yang digunakan sepanjang kehidupan menyebabkan tulang rawan pada sendi lutut tersebut menjadi haus dan terhakis.
Pada masa yang sama akan berlaku keradangan pada kawasan sendi tersebut dan menyebabkan kesakitan.
Biasanya pesakit akan merasa lebih lega apabila lutut direhatkan dan akan merasa lebih sakit apabila melakukan aktiviti fizikal berlebihan.

Golongan yang berusia sangat ramai yang mengalami sakit lutut dan penuaan sendi, yang terjadi akibat oleh kawasan sendi lutut yang haus dan tulang bergesel antara satu sama lain. Lazimnya, lebih kerap berlaku pada wanita berbanding lelaki .Jika dibiarkan boleh menjadi semakin teruk dan pesakit mungkin akan memerlukan alat sokongan berjalan seperti tongkat atau kerusi roda.

Osteoarthritis adalah dari bahasa latin

  • “Osteo” membawa maksud tulang ,
  • “Art” pula bererti sendi
  • “Itis” adalah Radang .

Penyebab & Simptom Lutut Osteoarthritis

Apa Penyebab berlaku Lutut Osteoarthritis?

Osteoarthritis lutut berlaku apabila kartilej tulang lutut anda haus ataupun rosak. Kartilej tulang atau tulang rawan sangat kuat dan boleh lentur seperti getah membolehkan anda melipat kaki dan berjalan.

 Ia bertindak seperti absorber kereta yang menyerap hentakan ketika berjalan. Anda boleh percepatkan kerosakan kartilej lutut dan membuatnya cepat haus jika

  1. Anda mempunyai berat badan berlebihan . Jika BMI anda melebih 30 , anda 7 kali ganda tinggi risiko untuk mendapat osteoarthritis lutut berbanding orang yang normal
  2. Anda pernah mengalami kecederaan lutut sebelum ini atau anda mempunyai lutut tua.
  3. Banyak melakukan perkerjaan atau sukan yang beri tekanan pada lutut
  4. Keturunan anda memang mempunyai sejarah lutut osteoarthritis
  5. Anda mempunyai lutut yang bengkok.

Simptom Osteoarthritis dalam lutut

Sakit adalah simptom paling kerap berlaku dalam osteoarthritis .

  • Lutut anda akan lebih sakit jika melakukan aktiviti yang berat atau pergerakan naik tangga
  • Lutut anda akan rasa kaku dan tegang apabila cuba bangun setelah duduk lama
  • Lutut anda kelihatan bengkak
  • Bunyi krak kruk atau bergesel ketika bergerak
  • rasa tak stabil ketika berdiri atau rasa membuang
  • kadangkala lutut anda terkunci dan sukar bergerak

Apa Yang Rosak dalam Lutut Osteoarhtritis

  • Sendi yang merapat
  • Gel lutut ( synovial fluid) yang haus
  • Penumbuhan tulang baru ( bone spurs)
  • Rosaknya Cartilage dibelakang tempurung lutut
kerosakan dalam lutut osteoarthritis

Osteoarthritis tahap 4 adalah paling kritikal , ia adalah tahap dimana segala rawatan injection akan gagal dan ikhtihar terakhir adalah dengan pembedahan menukar lutut.

Diagnosis & Ujian

Untuk mendiagnos lutut osteoarthritis doktor akan melakukan :

  • pemeriksaan fizikal dan ujian lutut yang spesifik
  • Imaging Scan seperti Xray, Ultrasound atau MRI
  • Ujian Darah (jika perlu)
  • Joint aspiration ( arthrocentesis)

Berapakah Tahap Sakit Lutut Osteoarthritis ?

Osteoarthritis boleh dibahagikan kepada 4 tahap iaitu;

TAHAP 1 – Fasa awal – Kesakitan yang masih belum terasa

  • kecederaan yang minimal
  • terdapat 10% kerosakan pada cartilage
  • Jarang rasa sakit

TAHAP 2 -Bermula proses kehancuran- bermula kesakitan minimum

  • jarak antara sendi merapat
  • kehancuran cartilage bermula
  • tumbuhnya osteophyte ( tempelan tulang baru)

TAHAP 3 – Kehancuran yang makin teruk hingga ke tulang. Sakit yang mula menjadi teruk

  • jarak sendi makin merapat
  • cartilage makin merosak hingga ke tulang
  • fasa di mana ramai akan dapatkan rawatan

TAHAP 4-  Fasa Akhir – Kerosakan yang susah untuk dirawat

  • terlalu sempit jarak antara sendi lutut
  • sekurang-kurangnya 60% cartilage sudah musnah
  • osteophyte yang besar dan menempel secara banyak
tahap lutut osteoarthritis

Adakah Osteoarthritis hanya berlaku di kawasan lutut sahaja?

Tidak, Osteoarthritis boleh berlaku di mana mana saja sendi yang ada pada badan kita tetapi sendi utama yang lazim terjadi osteoarthritis termasuklah sendi lutut, sendi pinggul, sendi tangan dan sendi tulang belakang.

anggota badan yang boleh mendapat arthritis selain lutut osteoarthritis

Berapa lama tempoh untuk osteoarthritis menjadi semakin teruk?

Osteoarthritis biasanya mengambil masa yang lama untuk bergerak dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.

Pada mulanya sendi mungkin akan merasa sakit hanya selepas penggunaan yang lama. Setelah satu tempoh, sakit sendi itu akan mulai menjadi lebih kerap dan mula mengganggu tugas harian anda.

Jika tidak dirawat dengan awal, ia boleh menjadi semakin teruk sehingga tidak dapat melakukan pergerakan tanpa rasa sakit.

Penawar & Rawatan Lutut Osteoarthritis

Rawatan Osteoarthritis ini bergantung pada beberapa faktor antaranya ialah

  • Tahap Kecederaan Osteoarthritis
  • Ketebalan Cartilage Lutut
  • Usia Pesakit
  • Berapa Tahun Sakit lutut terjadi
  • Sejarah Trauma pada lutut
  • Penyakit lain yang berkenaan
Rawatan & Ubatan
Contoh
Rawatan Di Rumah
Rest: Kurangkan gerakan dan banyakkan rehat untuk elak lutut lebih teruk
Ice: Letak ais ditempat yang bengkak/ sakit
Compress: Balut dengan strap atau bandage di tempat bengkak
Elevate: Letakkan bantal untuk tinggikan sedikit lutut yang bengkak ketika tidur
Support: Beri sokongan pada lutut untuk bergerak
Ubat Traditional : Boleh ambil Halia ,Bawang Putih ,Kunyit ,Timun yang baik untuk menurunkan kadar keradangan
Ubat Tahan Sakit: jika terlalu sakit boleh cuba ambil ubat-ubatan tahan sakit seperti Paracetamol dan NSAIDS ( Ibuprofen, Diclofenac)
Supplemen Lutut
Glucosamine ,Chondroitin ,MSM ,Omega 3 Oil, Type 2 Collagen
Suntikan Lutut
Tambah gel lutut viscosupplemen
Injection anti radang
Hyaluronic Acid
Rawatan Membaik Pulih
Rawatan ibu sel
cytokine
Plasma
Rawatan Sokongan
soft laser therapy
ESWL
magnetic therapy
heat therapy
physiotherapy
Rawatan Buang Air Radang
Knee Aspiration
Pembedahan
Total Knee Replacement
Synovectomy
Ligament Repair

1. Suplemen

halia antara suplemen lutut osteoarthritis

Suplemen adalah complement…
Suplemen adalah ialah makanan tambahan berbentuk sama ada pil, kapsul, gel lembut, dan lain- lain.

Seringkali suplemen adalah makanan yang ada dipasaran tapi di extract dan diproses untuk mudah diambil setiap hari.

Berbeza dengan ubat tahan sakit, suplemen boleh diamalkan hari-hari.

Terdapat banyak suplemen yang baik untuk mengatasi masalah lutut antaranya

  • Curcumin
  • Type 2 Collagen
  • Halia
  • Glucosamin
  • Vitamin D
  • Omega 3
  •  

Namun pengambilan suplemen sahaja tidak memadai dalam osteoarthritis tahap 3 dan ke atas. Suntikan lutut harus disekalikan dengan suplemen untuk kesan lebih hebat dalam keadaan sebegini

Untuk pembacaan lebih mendalam untuk bab suplemen ubat sakit lutut boleh klik untuk membaca artikel : Ubat Sakit Lutut 

2. Suntikan Lutut

suntikan viscosuplemen untuk merawat lutut osteoarthritis

Hyaluronic Acid / Viscosupplement

Suntikan Hyaluronic Acid ( HA) ataupun dalam bahasa pasar Suntikan Gel Lutut ini adalah suntikan paling biasa dilakukan untuk penyakit ini.

Ia adalah sejenis gel yang akan menjadi pelincir didalam lutut kita untuk mengelakkan lutut dari terus rosak dan memberi ” cushion/ kusyen ” efek pada lutut kita

Jenis HA juga berbeza, ada yang double-crosslinked , mono-linked, single link , crosslinked dan lain -lain lagi.

Jenis HA juga menentukan ketahanan , efek dan harga suntikan tersebut

Rawatan Plasma

Ini merupakan salah satu rawatan penjanaan semula, menariknya rawatan ini kini makin dapat tempat di hati rakyat Malaysia. makin ramai yang mengambil tahu tentang rawatan ini .

Rawatan ini adalah satu proses dimana darah pesakit akan diproses kemudian satu lapisan darah yang di kenali Plasma yang kaya dengan platelet di asingkan dan di suntik semula ke lutut .

Kenapa ia dikenali sebagai rawatan penjanaan semula ? Kerana rawatan ini yang diambil kaya dengan Growth Factor dan cytokine , ia penting untuk memulakan proses pembaik pulihan dalam lutut.

Lazimnya , Rawatan ini akan lebih efektif dalam umur yang tidak terlalu uzur dan dalam keadaan pesakit yang tidak ada penyakit kronik lain .

Sclerotherapy

Rawatan ini juga adalah salah satu rawatan sakit lutut penjanaan semula . Berbeza dengan lain , ia merupakan rawatan “Sclerotherapy” , dimana rawatan ini akan membina radang setempat yang minimal dan terkawal . Radang tersebut akan mencetuskan proses pembaikan semulajadi (self- healing)

Lazimnya rawatan ini dibuat jika semua cara tidak berkesan dan sering kali menjadi jalan terakhir sebelum pembedahan tukar lutut

Rawatan Ibu Sel / cytokine

ia adalah sel ibu yang boleh bertukar menjadi sel lain. digunakan untuk rawatan lutut penjanaan semula . Rawatan ini adalah salah satu rawatan lutut penjanaan semula yang kerap dibuat. Ia merupakan rawatan lutut terbaru dan paling “promising” untuk lutut

Steroid Injection

Nama “Steroid” sering menimbulkan tanggapan negatif, ramai beranggapan steroid yang digunakan adalah sama dengan steroid atlit bina badan. tidak. itu adalah anabolic steroid .

Steroid disuntik ke lutut jika terdapat radang yang terlalu teruk . Ia boleh mengurangkan radang dengan efektif dan melegakan kesakitan. namun steroid tidak boleh dicucuk berulang kali secara kerap kerana boleh memberi kesan sampingan pada lutut.

3. Physiotherapy / Fisioterapi

Tujuan fisioterapi dalam lutut ostoarthritis adalah untuk mengembalikan kekuatan dan kelenturan (Flexibility) lutut. Seringkali Fisioterapi harus dilakukan 3-4 minggu selepas suntikan gel.

fisioterapi untuk mengawal gejala lutut osteoarthritis

4. Peranan Pembedahan Tukar Lutut

Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menjalani pembedahan penggantian lutut

Seringkali akan disyorkan untuk pembedahan menukar lutut kepada pesakit yang berada di Tahap 4 osteoarthritis dan yang umur tak terlalu uzur .

Total Knee Replacement / Tukar Lutut dibuat di dewan bedah dimana lutut anda akan digantikan dengan titanium

Pembedahan ini sering kali menjadi jalan terakhir apabila lutut terlalu sakit dan semua rawatan tidak berkesan

Akhir Kata

Ramai yang mengalami sakit osteoarthritis ini namun yang menyedihkan ramai yang buat tak endah sehinggalah sampai tahap ke 4 . Malangnya lutut ketika ini sudah berada di dalam keadaan yang teruk.

Ilmu rawatan untuk lutut ini juga masih pesat berkembang, pelbagai teknologi , kajian tertentu yang memberi kita lebih banyak pilihan rawatan

Oleh itu , berjumpa lah dengan doktor lutut anda untuk menentukan tahap lutut dan berbincang tentang rawatan lutut yang sesuai.

Dapatkan Panduan Lengkap Tentang Sakit Lutut Anda Di Pautan Ini   : Sakit Lutut 101

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Subscribe
Notify of
19 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] Untuk ketahui lanjut tekan link ini : Lutut Osteoarthritis  […]

[…] Osteotomi tulang dilakukan untuk memberi kesimbangan beban pada kedua-dua lutut serta mengurangkan simptom osteoarthritis. […]

[…] dan petanda sakit lutut yang sama seperti Sarah, besar kemungkinan lutut anda mungkin menghidap osteoarthritis lutut atau petanda sakit lutut […]

[…] lutut akibat osteoarthritis sering dialami oleh warga emas, tidak kira lelaki atau wanita. Osteoarthritis berlaku apabila […]

[…] Baca Maklumat Lengkap Tentang Osteoarthritis Di Sini […]

[…] HA memfokuskan kepada masalah sendi seperti osteoarthritis dan tulang rawan yang mereput. Fungsi HA ini dapat melegakan keradangan pada […]

[…] itu osteoarthritis […]

[…] Ketahui bagaimana osteoarthritis lutut terjadi di sini […]

[…] Walaupun osteoarthritis biasanya berlaku pada individu berusia 50 ke atas, orang muda tidak terkecuali untuk mendapat radang sendi ini. […]

[…] Suntikan gel lutut (viscosupplementation) memang terkenal sebagai salah satu rawatan yang boleh bantu kurangkan sakit lutut, terutama bagi pesakit osteoartritis.  […]

[…] Panduan Lengkap Lutut Osteoarthritis […]

[…] Osteoarthritis […]

[…] beberapa jenis arthritis. Osteoarthritis adalah radang sendi yang lazim dialami warga emas. Ia selalunya berlaku akibat penggunaan sendi […]

[…] tidur boleh menyebabkan sakit sendi dalam kalangan pesakit arthritis, termasuk osteoarthritis, menjadi lebih […]

[…] Osteoarthritis lutut adalah satu jenis sakit lutut yang terjadi akibat kerosakan tulang rawan. Osteoarthritis ini biasanya terjadi pada golongan berumur , namun warga muda belia tidak terkecuali daripada penyakit satu ini, bergantung kepada gaya hidup mereka. […]

[…] Osteoarthritis juga menyerang sendi lutut anda. Ketahui maklumat lengkap di sini […]

[…] Ingin tahu lebih lanjut tentang osteoarthritis beserta penawarnya? Klik Sini […]

[…] diserap dengan baik ke dalam tulang, risiko tulang rapuh dan mungkin membantu mengurangkan simptom osteoarthritis, terutamanya jika tahap vitamin D dalam darah […]

[…] Osteoarthritis adalah penyebab lutut bengkak pada orang tua. Ianya berpunca daripada rawan yang haus, menyebabkan tulang antara sendi lutut bergesek antara satu sama lain tanpa kusyen antara tulang. Ini menyebabkan sakit lutut, lutut keras dan pergerakan yang terbatas. Antara individu yang berisiko dengan gejala ini adalah golongan berusia lebih 50 tahun, golongan wanita, pesakit gout dan pesakit obes.  […]

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

Jom baca lagi..

Understanding Phimosis: Breaking the Silence Around a Common but Overlooked Condition

Imagine a condition that affects millions of men and boys, often silently, yet rarely discussed openly. A condition that, if left untreated, can lead to discomfort, infections, and in rare cases, even severe complications....

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...