Where Pain Meets Relief

Luka Sunat Lambat Sembuh? Ketahui Sebab & Tandanya

Pernah tak selepas bersunat, rasa sakit dan bengkak masih belum hilang walaupun sudah lebih seminggu? Atau luka kelihatan tidak kering dan mula keluar cecair atau nanah?

Kalau ya, ini mungkin petanda bahawa luka sunat lambat sembuh.

Kandungan

Pendahuluan

Sunat, atau khatan, ialah prosedur membuang kulit kulup pada bahagian kepala zakar. Sunat boleh dilakukan ketika bayi, kanak-kanak mahupun dewasa.

Selepas prosedur, tubuh akan melalui beberapa fasa penyembuhan yang biasanya mengambil masa sekitar satu hingga tiga minggu, bergantung pada kaedah yang digunakan dan tahap penjagaan luka. 

Namun, bergantung kepada keadaan, ada individu yang mengambil masa lebih lama untuk luka sunatnya sembuh.

Dalam artikel ini, kita akan tengok 3 fasa penyembuhan sunat dan apakah tanda-tanda amaran bila luka sunat lambat sembuh.

3teknik khatan dalam artikel sebab luka sunat lambat sembuh

Tujuan Bersunat

Tidak kira zaman atau dekad, kita didedahkan dengan berkhatan atau bersunat untuk menunaikan tuntutan agama atau budaya.

Dan  semestinya di Malaysia, kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun akan berkumpul di hadapan tok mudim, menunggu giliran untuk bersunat.

Tapi sebenarnya, tujuan khatan ini bukanlah khusus untuk agama dan budaya sahaja. Terdapat beberapa tujuan bersunat, dan semestinya membawa kebaikan kepada individu. Antaranya,

  • Menjaga kebersihan
  • Mencegah dan merawat phimosis (lelaki dewasa)
  • Mengurangkan risiko penyakit kelamin seperti STI, HIV dan kanser zakar
  • Mengurangkan rezeki Posthitis dan Balanoposthitis
simptom UTI di bawah artikel luka sunat lambat sembuh

Fasa Penyembuhan Sunat Luka

Sekiranya anda memilih kaedah tradisional dan sesetengah kes seperti phimosis, doktor biasanya akan memotong kulit kulup untuk bukaan.

Tempoh penyembuhan luka pula bergantung kepada kaedah sunat yang digunakan, namun secara umumnya ia mengambil masa antara satu hingga tiga minggu.

Fasa Awal

  • Selepas bersunat, rasa sakit, ngilu dan sensitif pada bahagian kemaluan adalah perkara biasa, terutama apabila kemaluan tersentuh atau tergesel dengan seluar. Oleh itu, sangat disarankan untuk memakai seluar yang longgar dalam beberapa hari pertama selepas sunat.
  • Ambillah ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor mengikut arahan yang telah diberikan. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, ibu bapa juga disarankan untuk memberikan ubat tahan sakit selepas prosedur kerana kesan bius tidak akan bertahan lama.
  • Anda mungkin akan perasan kemaluan kelihatan sedikit bengkak. Bengkak awal selepas sunat adalah keadaan normal dan biasanya akan surut selepas beberapa hari. 
  • Namun, jika bengkak menjadi semakin besar atau tidak menunjukkan tanda-tanda surut, segera dapatkan pemeriksaan doktor.
  • Sekiranya luka kemaluan mengalami pendarahan kecil atau anda terlihat tompok-tompok darah pada lampin dan seluar anak, jangan panik! Picit dengan lembut kawasan pendarahan dan berikan tekanan selama 15-20 minit untuk hentikan pendarahan.
  • Anda atau anak anda mungkin akan merasa sakit ketika membuang air kecil. Air kencing juga boleh kelihatan bercampur darah. Ini juga merupakan keadaan biasa.
kemaluan bengkak di bawah artikel luka sunat lambat sembuh

Fasa Pertengahan

  • Cecair berwarna kuning jernih atau kuning pucat akan mula berkumpul di sekitar kawasan sunat. Bersihkan cecair pada luka dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman.
  • Kawasan sunat juga akan mula membentuk keruping. Keruping-keruping ini menunjukkan luka sunat sedang melalui proses penyembuhan. Elakkan daripada mengopek atau menggosok keruping dengan kasar kerana ia boleh menyebabkan luka kembali terbuka. Keruping akan tertanggal sendiri selepas beberapa hari.
  • Selepas beberapa hari, luka di kawasan sunat mula mengering. Bekas luka mungkin akan sedikit berair. Tetapi sekiranya keluar nanah, segera dapatkan rawatan daripada doktor anda.
  • Rasa sakit dan bengkak juga akan semakin berkurangan. Anda atau anak anda boleh mula melakukan rutin harian dengan lebih selesa.
bersih kawasan luka sunat untuk elakkan luka sunat lambat sembuh

Fasa Akhir

  • Luka di kawasan sunat mula mengering sepenuhnya dan keruping juga akan tertanggal dengan sendirinya daripada kawasan tersebut.
  • Bahagian kemaluan akan kelihatan lebih bersih dan licin.
  • Tiada lagi rasa sakit, ngilu atau bengkak pada kemaluan. Anda juga boleh kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa. 
  • Namun, elakkan daripada melakukan aktiviti lasak termasuk bersukan supaya luka sunat sembuh sepenuhnya.
  • Bagi prosedur sunat laser,benang akan diserap secara semulajadi. Untuk sunat stapler pula, peluru stapler akan luruh sendiri dan untuk kaedah plastibell, cincin akan tertanggal daripada kemaluan selepas beberapa hari.

Klik Pautan ini Untuk Maklumat Lanjut Tentang Cara Penjagaan Selepas Bersunat:
Cara Penjagaan Sunat Laser
Cara Penjagaan Sunat Stapler
Cara Penjagaan Sunat Plastibell

fasa penyembuhan luka sunat plastibell di bawah artikel tanda luka sunat lambat sembuh

Peringatan!

Walaupun luka sunat biasanya akan sembuh dalam tempoh 1-2 minggu, anda tetap perlu berhati-hati semasa menjalani aktiviti harian. 

Beberapa aktiviti seperti yang dinyatakan di bawah boleh menyebabkan luka sunat lambat sembuh dan berpanjangan hingga beberapa minggu.

  • Bagi individu dewasa yang baru bersunat, anda dilarang melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara sendirian atau dengan pasangan sekurang-kurangnya selama 4 minggu – 6 minggu selepas bersunat. Langkah ini penting untuk mengelakkan jangkitan kuman pada kawasan luka.
  • Anda juga amatlah disarankan untuk tidak melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan, berlari dan berenang sekurang-kurangnya selama 4 minggu untuk mengelakkan luka sunat terbuka kembali sepanjang proses penyembuhan.
  • Elakkan daripada menyapu minyak herba atau ubat buatan sendiri pada kawasan luka sunat untuk elakkan daripada luka sunat lambat sembuh. Sebaiknya, gunakan ubat sapu yang dibekalkan oleh doktor anda jika ada.
dilarang berenang untuk mengelakkan luka sunat lambat sembuh

Tanda Luka Sunat Mula Sembuh

  • Bekas luka mula mengering.
  • Kulit kemaluan anda nampak cerah dan bersih.
  • Gatal-gatal pada luka yang mengering.
  • Bengkak pada kawasan sunat mula surut.
  • Mampu buang air kecil tanpa disusuli rasa sakit.
  • Rasa sakit semakin berkurangan dan lebih selesa untuk menyelesaikan rutin harian.
  • Benang jahitan bagi kaedah sunat laser akan diserap oleh tubuh secara semula jadi. Manakala bagi kaedah plastibell, cincin akan mula tertanggal selepas beberapa hari. Untuk kaedah stapler pula, peluru stapler akan tercabut sendiri dari kawasan sunat. Tempoh tertanggal ini mungkin berbeza bergantung kepada kaedah sunat yang digunakan.
tanda-tanda luka sunat sembuh sepenuhnya di bawah artikel tanda luka sunat lambat sembuh

Kenapa Luka Sunat Lambat Sembuh?

Kebiasaannya, luka sunat mengambil masa 10-14 hari untuk sembuh. Sepanjang proses penyembuhan, terdapat tanda-tanda yang boleh diperhatikan untuk memastikan proses penyembuhan berjalan dengan lancar. 

Namun, terdapat juga beberapa punca yang boleh menyebabkan luka sunat lambat sembuh.

1. Jangkitan kuman

Tahukah anda?

Menurut statistik yang dijalankan pada tahun 2023, seramai 30% daripada lelaki bersunat mendapat jangkitan kuman. Antara tanda-tanda jangkitan kuman termasuklah seluruh kemaluan menjadi merah sepenuhnya, bengkak yang tidak surut, nanah keluar dari luka sunat dan demam.

Bayi juga berisiko untuk terkena jangkitan akibat penggunaan cincin dari kaedah plastibell, namun kes sebegini amat sangat jarang berlaku.

jangkitan kuman pada luka sunat menyebabkan luka sunat lambat sembuh

2. Meatitis

Meatitis adalah keradangan pada lubang kemaluan akibat iritasi atau jangkitan pada kulup. Salah satu sebabnya adalah penggunaan bahan yang merengsakan seperti sabun wangi.

Meatitis ini bukan hanya berlaku disebabkan sunat, namun kerana kecederaan pada urethra, STI dan jangkitan pundi kencing.

Meatitis tidak memerlukan sebarang rawatan khusus, namun, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama berbanding tempoh penyembuhan sunat biasa.

Kaedah sunat moden seperti stapler juga meminimumkan risiko meatitis dalam kalangan pesakit.

Anda boleh membalut kawasan sunat dengan petroleum jelly atau krim antibiotik untuk mengurangkan iritasi.

meatitis punca luka sunat lambat sembuh

3. Disebabkan Faktor Lain

Luka sunat lambat sembuh juga boleh berpunca daripada keadaan kesihatan tertentu seperti penyakit kencing manis. Kencing manis boleh menyebabkan aliran darah ke kawasan luka menjadi perlahan, dan melambatkan proses penyembuhan.  

Selain itu, rehat yang tidak mencukupi  juga memainkan peranan. Jika anda terlalu banyak berjalan, melakukan aktiviti fizikal dan bersukan (walaupun ringan), ia boleh menyebabkan luka sunat bengkak atau berdarah kembali.

bersukan menyebabkan luka sunat lambat sembuh

Tanda-tanda Luka Sunat Lambat Sembuh

  • Merah pada seluruh kemaluan sehingga ke abdomen
  • Bengkak pada kemaluan makin membesar, dan teruk sehingga berdenyut-denyut.
  • Keluar nanah, cecair berbau busuk atau warna selain kuning jernih.
  • Sukar membuang air kecil lebih dari 8 jam atau sakit melampau.
  • Kemaluan bertukar warna menjadi kebiruan atau kehitaman.
  • Demam panas
  • Luka sunat terbuka dan tidak sembuh selepas 2 minggu.

Segera berjumpa dengan doktor anda sekiranya mengalami salah satu daripada tanda-tanda yang dinyatakan di atas.

sukar kencing tanda luka sunat lambat sembuh

Penutup

Kesimpulannya, proses penyembuhan selepas sunat biasanya berjalan lancar jika dijaga dengan betul. 

Namun, jika anda perasan tanda-tanda seperti bengkak yang tidak surut, keluar nanah atau rasa sakit yang berpanjangan, jangan ambil mudah. Ini mungkin petunjuk awal luka sunat lambat sembuh. 

Dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin supaya rawatan boleh dilakukan sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Klinik Sunat Semua Umur 

RASAKAN PENGALAMAN SUNAT YANG SELESA & MENYENANGKAN

Hari Ini Sunat, Esok Boleh Masuk Kerja

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

Jom baca lagi..

Mengapa Telinga Tersumbat Ketika Selsema?

“Achummm… Achummmm…” Bunyi Bersin.. Lalu anda mengambil tisu untuk lap hingusan yang keluar.. Secara tiba-tiba telinga anda pulak yang tak dengar… “eh .. peliknya.. telinga sumbat pulak dah.. dah macam naik gunung cameron highland...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...