Pernahkah anda mencari sesuatu di Google, seperti “restoran berdekatan” atau “hotel near me”? Teknologi kini memudahkan kita mendapatkan maklumat dengan pantas, tak kira apa yang kita cari. Tapi, bagaimana pula dengan keperluan kesihatan? Contohnya, jika ibu bapa anda mengalami sakit lutut dan memerlukan rawatan, pastinya anda mahu mencari klinik yang dekat dan mudah diakses.
Namun, kadang-kadang hasil carian membawa kita ke tempat yang agak jauh. Tengok-tengok fuh, 1 jam perjalanan? Jangan risau, dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa pilihan klinik sakit lutut di Kuantan, supaya anda tak perlu lagi risau mencari rawatan jauh-jauh!

Kandungan
Pendahuluan
Sakit lutut sangat sinonim dengan kebanyakan rakyat Malaysia, termasuk di Kuantan. Sama ada diri sendiri atau kenalan rapat yang merasainya. Dan pasti ramai yang ingin mencari klinik sakit lutut di Kuantan.
Sering dikaitkan dengan faktor usia menyebabkan banyak kes sakit lutut yang sepatutnya boleh dicegah dan dirawat awal tapi dibiarkan sehingga tahap yang teruk.
Di mana silapnya?
Punca Sakit Lutut
Antara punca sakit lutut adalah :
1. Osteoarthritis
Penyakit degeneratif lutut akibat tulang rawan menipis, biasanya berlaku seiring usia. Tanda awal termasuk rasa geseran semasa melakukan aktiviti namun tiada rasa sakit yang mengiringi.
Baca Maklumat Lengkap Tentang Osteoarthritis Di Sini
2. Anterior Cruciate Ligament (ACL) Tear
ACL adalah urat yang menjaga kestabilan lutut. Jika putus atau tercedera , pembedahan diperlukan untuk membaikinya.
Baca Lebih Lanjut Tentang Kecederaan ACL di sini
3. Posterior Cruciate Ligament (PCL) Tear
Urat PCL membantu mengelakkan tulang keting bergerak ke belakang daripada sepatutnya. Ketidakstabilan lutut semasa menuruni tangga adalah tanda utama kecederaan. Sama seperti ACL, pembedahan perlu dilakukan untui merawat kecederaan PCL.
4. Meniscus Tear
Menicus yang terletak di antara tulang peha dan keting berfungsi sebagai penebat untuk mengelakkan tulang rawan haus. Bergantung pada jenis kecederaan, pembedahan baiki atau trim mungkin diperlukan.
5. Loose Body
Satu cebisan yang datang daripada struktur dalam lutut sendiri. Cebisan ini menyebabkan lutut terkunci (lock knee). Lutut terkunci ini ialah apabila lutut yang dibengkokkan tidak dapat diluruskan sepenuhnya, dan dalam keadaan yang sangat sakit. Rawatan segera diperlukan untuk mengelakkan komplikasi.
6. Gouty Arthritis
Keradangan sendi akibat asid urik tinggi. Asid urik yang tinggi berpunca dari diet tinggi Purine. Kawalan diet penting untuk mengelakkan kerosakan sendi kekal.
7. Septic Arthritis
Jangkitan kuman pada lutut yang menyebabkan bengkak lutut, panas, dan sakit ketika disentuh (tanda-tanda local). Pesakit juga boleh demam dan menggigil kesejukan (tanda sistemik). Pembedahan diperlukan segera untuk elakkan sendi secara kekal, dan kerosakan organ dalaman yang lain.
Adakah Septic Arthritis in Terlalu Berbahaya? Baca di Sini
8. Rheumatoid Arthritis
Penyakit autoimun di mana sistem imun menyerang sel tubuh badan sendiri, termasuk sendi. Ini menyebabkan permukaan sendi lebih cepat haus dan sering melibatkan lebih dari satu sendi.
Ingin Tahu Simptom Rheumatoid Arthritis dengan Lebih Lanjut? Baca di Sini.
9. Osgood-Schlatter
Keradangan pada hujung urat tendon patella. Penyakit ini biasa berlaku pada kanak-kanak. Biasanya sembuh dengan usia tanpa pembedahan, hanya perlu makan ubat sahaja.
10. Air Radang
Bengkak sendi akibat pengumpulan air radang dalam sendi, berpunca daripada penyakti seprti gouty arthritis atau kecederaan. Air dalam sendi lutut yang normal tidak lebih daripada 5ml. Lebihan air radang menyebabkan sendi membengkak dan sakit. Untuk kelegaan segera, sedutan air radang boleh dilakukan, dan tak sampai 5 minit pun!
11. Pes Anserine Bursitis
Keradangan bursa di bahagian bawah lutut. Radang bursa boleh berlaku akibat jangkitan ataupun geseran yang berlebihan. Rawatan suntikan anti-radang boleh mengurangkan kesakitan.
Bila Anda Patut Dapatkan Rawatan Sakit Lutut?
- Sekiranya sakit lutut anda tidak hilang selepas 2-3 minggu
- Sekiranya lutut anda bengkak, kaku atau keras, atau anda tidak dapat menggerakkan kaki anda dengan normal.
- Sakit yang semakin teruk pada waktu malam atau apabila melakukan sebarang aktiviti.
Pusat Rawatan / Klinik Sakit Lutut di Kuantan
Terdapat beberapa klinik sakit lutut di Kuantan yang menawarkan beberapa jenis kaedah rawatan. Antaranya ialah;
Suntikan lutut
Suntikan lutut adalah antara rawatan terkenal untuk melegakan sakit lutut dengan segera. Antara suntikan lutut termasuklah;
Suntikan Steroid | Suntikan Hyaluronic Acid | Suntikan Rawatan Pemulihan Semulajadi | |
Penerangan | Suntikan kortikosteroid untuk mengurangkan keradangan sendi lutut. | Suntikan cecair HA yang menyerupai pelincir semula jadi dalam sendi untuk merawat osteoarthritis | Rawatan pemulihan yang diambil dari platelet untuk merangsang penyembuhan sendi lutut melalui darah pesakit sendiri |
Fungsi | Mengurangkan keradangan, melegakan kesakitan, dan meningkatkan mobiliti sendi. | Melincirkan pergerakan sendi, mengurangkan geseran, melegakan kesakitan, dan memperbaiki fungsi sendi. | Merangsang penyembuhan semulajadi tisu lutut, mengurangkan keradangan, dan memperbaiki tisu rosak. |
Tempoh Mula Berkesan | Beberapa jam hingga 2-3 hari | Beberapa hari hingga seminggu | 2 hingga 3 minggu |
Tempoh Ketahanan | Beberapa minggu hingga beberapa bulan | 6 hingga 12 bulan | 12 bulan atau lebih |
Kesan Sampingan | -Berat badan bertambah – Tulang semakin menipis juga kerap mengambil suntikan ini -Risiko diabetes | – Sakit atau bengkak (sementara) – Alahan -Sendi tegang selepas suntikan | – Sakit atau bengkak (sementara) – Merah atau lebam di tempat suntikan -risiko jangkitan atau pendarahan (jarang berlaku) |
Pusat Yang Menawarkan | Klinik Tuah Kuantan, Klinik Dr Alyna | Klinik Tuah Kuantan, Klinik Dr Alyna, Klinik Salam | Klinik Tuah Kuantan |
Fisioterapi
Fisioterapi juga membantu dalam membaiki kestabilan dan menguatkan sendi serta otot lutut. Antara pusat fisioterapi di Kuantan termasuklah;
- Flex Fisioterapi
- Physio Hero Kuantan
- Alpro Physio
Klinik Sakit Lutut di Kuantan: Klinik Tuah Kuantan
Jika anda mencari klinik sakit lutut di Kuantan, Klinik Tuah mungkin jawapannya! Klinik ini telah dipercayai ramai dalam merawat masalah lutut, dengan cawangan di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, dan Kuantan.
Lokasi strategik Klinik Tuah di Kuantan, bertempat di Putra Square, bersebelahan East Coast Mall, memudahkan akses kepada pelbagai jenis rawatan lutut.
Klinik ini menawarkan lebih daripada 7 jenis rawatan khusus untuk membantu anda kembali bergerak dengan selesa.
Setiap pesakit akan mendapat pemeriksaan dan diagnosis oleh doktor yang berpengalaman secara menyeluruh menggunakan teknologi ultrasound terkini. Dengan pemeriksaan ini, punca sakit lutut seperti masalah air radang dapat dikenal pasti dengan tepat.
Klinik Tuah Kuantan juga menyediakan rawatan pemulihan semula jadi untuk lutut, yang terbukti memberi kelegaan yang lebih tahan lama berbanding suntikan lain.
Dari segi kos, Klinik Tuah berpegang teguh pada matlamat untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat. Harga rawatan di sini ditawarkan pada kadar mampu milik, sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Penutup
Itu adalah sebahagian daripada punca sakit lutut yang boleh berlaku. Daripada senarai tersebut, kita sudah mampu menilai yang bukan semua sakit lutut berpunca daripada faktor usia. Setiap satu sakit mempunyai rawatan yang berbeza.
Mitos semua sakit lutut perlukan suntikan gel adalah palsu. Tidak semua sakit lutut perlu suntikan gel, sesetengah sakit lutut sebenarnya kontraindikasi dengan suntikan gel.
Perlu di ingatkan untuk sebarang sakit lutut, dapatkanlah konsultasi doktor telebih dahulu sebelum melakukan apa-apa rawatan ataupun sebelum memakan apa-apa ubat dan supplement. Sekurang-kurangnya kita tahu punca sakit lutut dan apakah rawatan yang sesuai dengan keadaan semasa lutut pada ketika itu.
Sayangi lutut anda.
Dapatkan panduan lengkap tentang sakit lutut di pautan ini
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?