Dalam masyarakat kita, selalunya khatan anak lelaki selalunya dilakukan pada usia bermula 7 tahun sehingga 12 tahun.
Tetapi tidak ramai yang menyangka bahawa sebenarnya boleh sekiranya ibu bapa mahu mengkhatankan anak seawal mereka masih bayi.

Table of Contents
Hadith Nabi tentang Khatan Anak Lelaki Ketika Bayi
Dari Saidatina Aaisyah RA “Sesungguhnya Nabi SAW mengkhatankan Hassan & Hussain pada hari ke 7 dari hari kelahiran keduanya” – Riwayat Al Baihaqi
Ketahui hukum sunat bayi perempuan dalam Islam di sini
Kaedah Khatan Anak Lelaki
Terdapat berberapa kaedah untuk khatankan bayi iaitu kaedah plastibell dan laser
Plastibell
Teknik ini merupakan teknik yang terbaik untuk khatan ketika bayi. Selepas dibius, Satu plastik berbentuk gegelung akan diletakkan didalam kulup kemaluan dan akan dililit lalu diikat menggunakan tali/benang. Benang ini akan menghentikan saluran darah pada kulup kemaluan yang hendak dipotong menyebabkan kulup kemaluan akan mati dan tercabut dalam masa 2-3 hari. Tiada Jahitan yang akan dilakukan.
apabila tercabut, luka pada kemaluan akan terus KERING. ini membuatkan luka khatan amat cepat sembuh. ada yang sembuh seawal 3 hari.
Tambahan Lagi, Secara kosmetik , teknik plastibell lebih cantik dan kemas . Ia juga lebih selamat kerana risiko terpotong kepala zakar hampir tiada .

Teknik Laser
Teknik ini adalah teknik tradisional dan paling biasa dilakukan untuk sunat kanak-kanak, namun boleh juga dilakukan pada bayi dengan pendekatan yang berbeza . Selepas dibius, kulup kemaluan akan di clamp dan akan dipotong dengan diathermy ( laser) . Kemudian , luka akan dijahit disekeliling zakar dan jahitan ini akan tercabut sendiri.

Kelebihan Khatan Anak Lelaki Ketika Bayi
Antara kelebihan bersunat sewaktu anak masih bayi adalah:
- Risiko pendarahan yang kurang kerana saluran darah masih belum sempurna
- Luka yang cepat kering dan sembuh
- Penjagaan yang mudah
- Bayi tidak akan mengingati pengalaman atau trauma bersunat
Mitos Terkenal Sunat Bayi Lelaki
Terdapat beberapa mitos tentang sunat bayi lelaki. Mitos-mitos ini kadangkala menambah kegusaran ibu bapa untuk mensunatkan anak bayi mereka. Namun, sejauh mana kebenaran mitos-mitos ini? Tonton video di bawah dan dapatkan kepastiannya!
Ringkasan Video Mitos Terkenal Sunat Bayi
Mitos 1
Sunat bayi hanya menyakitkan dan bahaya.
J: Dengan teknik sunat yang moden seperti plastibell, prosedur sunat boleh dijalankan dengan selamat dan rasa sakit yang minimum. Penggunaan bius dan kaedah yang sesuai juga boleh memastikan prosedur sunat berjalan dengan lancar dan selamat.
Mitos 2
Sunat bayi hanya boleh dilakukan pada usia kanak-kanak.
J: Sunat boleh dilakukan di semua peringkat umur termasuklah bayi, kanak-kanak dan lelaki dewasa. Hanya teknik sahaja yang berbeza mengikut umur.
Mitos 3
Penjagaan sunat bayi susah dan lambat sembuh.
J: Penyembuhan luka sunat bayi lebih cepat iaitu seawal 3 hari berbanding luka sunat kanak-kanak. Penjagaannya juga sangat mudah kerana bayi masih belum aktif bergerak.
Mitos 4
Sunat dilakukan sebab tuntutan agama sahaja.
J: Sebenarnya, sesiapa sahaja boleh bersunat tidak mengira agama, bangsa atau budaya. Dengan bersunat, seseorang itu boleh menjaga kebersihan, mencegah daripada jangkitan kuman, phimosis dan sebagainya.
Ingin Mengetahui Di Mana Klinik Yang Menawarkan Sunat Bayi Di Kuala Lumpur? Klik Sini
Jika anda tertanya tanya dan ingin tahu lebih lanjut akan khidmat sunat bayi, boleh buat temujanji bersama kami di KLINIK TUAH supaya anda lebih yakin untuk mencipta kenangan berkhatan anak anda bersama kami.
KLINIK TUAH kini beroperasi dengan 4 cawangan di Cheras, Kuantan, Shah Alam dan Johor, bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik berhampiran anda.
KLINIK BERSUNAT DI MALAYSIA
Sunat Hari Ini, Sembuh Seawal 3 Hari
Alami Khidmat dan Penjagaan Yang Selesa dan Selamat Untuk Bayi Anda di Klinik Tuah