Where Pain Meets Relief

15 Tips Khatan Bantu Melancarkan Proses Khatan

Tidak ramai yang mengetahui tips- tips khatan kerana doktor jarang bercerita tentang terperinci tentang tips khatan disebabkan kekangan masa doktor.

Kandungan

Pendahuluan

Berkhatan; Satu perkataan yang membawa kenangan bagi setiap lelaki khususnya muslim di Malaysia.

Ada yang membawa kenangan manis, namun pastinya kebanyakan masih ingat akan perasaan berkhatan tersebut. Dan yakinlah, tiada lelaki yang ingin merasai pengalaman itu lagi.

Pada zaman dahulu, sunat banyak dikendalikan oleh tok mudim dan hanya menggunakan pisau dan gunting.

Namun seiring dengan kemajuan teknologi dan ilmu perubatan, terdapat banyak pilihan yang tersedia untuk para ibu bapa menentukan apa yang terbaik untuk anak anda.

Sunat menggunakan kaedah moden secara umumnya adalah lebih bersih, kemas dan amat senang untuk dijaga.

Tetapi masih perlu diingatkan bahawa aspek kebersihan tetap menjadi perkara paling penting yang perlu diutamakan.

 

Tips- Tips Khatan (sebelum ,semasa, selepas)

Berikut merupakan tips yang boleh diamalkan sebelum, semasa dan selepas bersunat yang boleh diamalkan:

Tips Sebelum berkhatan :

  1. Terangkan kepada anak akan faedah dan kepentingan bersunat
  2. Raikan mereka dengan memenuhi keinginan mereka sebelum hari bersunat
  3. Memberi hadiah atau ganjaran sekiranya anak Berjaya menyempurnakan berkhatan
  4. Mandi terlebih dahulu sebelum ke klinik-Antara Tips Khatan yang paling dilupai adalah mandi air sejuk dahulu sebelum ke klinik. Ini kerana ia akan membuat zakar sedikit kebas kerana kesejukan air tersebut. zaman dahulu , anak yang dikhatankan akan disuruh berendam di sungai.
  5. Memakai seluar yang longgar / membawa kain pelikat dan sapu tangan

Tips Semasa berkhatan

  1. Minta anak buang air kecil atau besar sebelum bersunat
  2. Sentiasa Bersama anak sewaktu prosedur dijalankan
  3. Tenangkan anak dengan memujuk atau membaca surah Al-Quran Bersama sama
  4. Beri permainan atau video untuk mengalihkan perhatian mereka
  5. Sentiasa menyokong anak dan tidak mengganggu staf kesihatan menjalankan prosedur

kanak-kanak selepas bersunat digalakkan memakai pakaian longgar seperti kain pelikat sebagai tips khatan

Tips Selepas Berkhatan

  1. Jika menggunakan kaedah klamp/plastibell,
  2. Pastikan kemaluan tidak terkena air selama 1-2 hari; selepas itu boleh mandi seperti biasa namun elakkan terkena sabun
  3. Guna cotton bud (putik kapas) untuk membersihkan corong 2-3 kali sehari
  4. Sapu krim antiseptic pada kawasan sekeliling luka
  5. Digalakkan untuk memakai seluar yang longgar dan kurangkan aktiviti lasak
  6. Temujanji akan diberikan dalam masa 5-7 hari untuk membuka klamp
  7. Pastikan anak sudah berendam dalam air 30 minit – 1 jam sebelum membuka klamp

  • Jika menggunakan kaedah laser,

–  pastikan luka tidak terkena air atau basah selama 1-2 hari

– Tekup zakar dengan cawan plastik agar tempat luka kekal kering

– Sentiasa sapukan krim antiseptic dan bersihkan zakar mengikut saranan doktor

– Jangan menggunakan sabun atau minyak gamat pada luka

– Banyakkan berbaring pada 2 hari pertama selepas sunat

– jika luka berdarah, ambil kain bersih dan tekap selama 10-20 minit sehingga ia berhenti

Kami amat menekankan penjagaan sunat/khatan yang baik supaya anak dapat merasa selesa dan tidak trauma akan kenangan bersunat. Oleh demikian, amat penting bagi ibu bapa agar bersedia sehabis baik sebelum tibanya hari yang istimewa ini.

KLINIK BERSUNAT DI MALAYSIA

Rasai Sendiri Pengalaman Sunat Yang Menyenangkan di Klinik Tuah 

Kandungan

guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
Tengok semua komen
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

Jom baca lagi..

Tuah Warisan Tradisi -Majlis Khatan Perdana Kuantan

Kuantan, 18 Februari 2024– Klinik Tuah telah menyertai satu Majlis Khatan Perdana Kuantan anjuran  JPKK Kampung Belukar & JPKK Kampung Gudang Rasau dengan kerjasama ADN Inderapura YB Dato Sri Haji Shafik Fauzan Bin Haji...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...