Where Pain Meets Relief

Ketulan LIPOMA – Berani Ke Tak Untuk Buang?

Kadang kala kita ada mendengar teman atau saudara rapat kita bercerita tentang munculnya satu benjolan yang pelik pada sesetengah bahagian badan, dan pastinya ia membuat pesakit akan merasa kurang selesa akan kehadiran benjolan tersebut.

Bila ditekan, tak ada pula rasa sakit. Pasti kita mula khuatir bukan? Benjolan apa ini? Adakah kanser? atau terkena buatan orang?

Kandungan

Pendahuluan

Benjolan pelik di badan kita sebenarnya dipanggil sebagai lipoma. Ketulan Lipoma boleh muncul di mana saja pada badan kita, tapi biasanya lipoma terbentuk di belakang badan, lengan, bahu dan leher.

Sesetengah benjolan juga muncul sebagai sista (cyst).

Lipoma adalah fenomena yang biasa berlaku. Malah 1 daripada 1000 orang mempunyai lipoma. Lipoma boleh tumbuh di mana-mana peringkat umur, lazimnya antara umur 40 hingga 60, dan wanita lebih berisiko untuk mendapat lipoma.

Artikel kali ini kita akan bercerita secara ringkas tentang lipoma dan cara untuk membuangnya.

Apakah itu lipoma?

gambaran menunjukan ketulan lipoma di badan

Lipoma adalah ketulan lemak yang diselaputi satu tisu badan yang nipis. Ketulan lipoma ini biasanya tidak sakit dan terasa lembut apabila dipegang. Lipoma juga mengambil masa yang amat lama untuk menjadi semakin besar.

ketulan ketulan lipoma selepas dibuang

Simptom Lipoma

  • Terbentuk di bawah lapisan kulit
  • Lembut dan bergerak sedikit apabila disentuh
  • Biasanya bersaiz kecil
  • Rasa sakit apabila disentuh (sekiranya lipoma terletak berdekatan saraf dan salur darah).

Adakah Ketulan Lipoma Itu Sista (Cyst)?

Tidak semua lipoma itu adalah sista. Terdapat beberapa perbezaan antara keduanya. Anda boleh memerhatikan tanda-tanda benjolan di badan untuk menentukan samada ianya ketulan lipoma atau ketulan sista.

Ketulan LipomaKetulan Sista (Cyst)
Terbentuk akibat sel-sel lemak yang berkumpul dan membentuk benjolan di bawah kulitBerpunca daripada cecair terperangkap dalam satu ruang dan membentuk benjolan
Ketulan lembut (seperti doh)Ketulan yang keras
Tidak sakit apabila disentuhRasa sakit apabila disentuh
Ketulan kecil (tapi boleh membesar)Kemerahan
Ketulan mudah bergerak apabila ditekanBengkak di sekitar sista

Adakah lipoma itu kanser?

Secara am nya, lipoma adalah sejenis ketumbuhan bukan kanser namun terdapat kemungkinan yang sangat kecil ia boleh berubah menjadi kanser liposarcoma.

Bolehkah lipoma itu menjadi gangguan kepada kesihatan?

Boleh sekiranya lipoma tersebut menjadi besar dan mengganggu struktur sekeliling lipoma tersebut. Contohnya lipoma yang muncul di kawasan tangan yang boleh menekan saraf median dan menyebabkan simptom ‘carpal tunnel syndrome’.

ketulan lipoma dia kawasan tangan menyebabkan carpal tunnel

Bagaimana jika saya tidak selesa dengan lipoma dan ingin membuangnya?

Ketulan lipoma boleh dibuang hanya melalui pembedahan, bergantung kepada tempat lipoma itu berada dan saiz lipoma tersebut. jika lipoma biasa, hanya pembedahan kecil diperlukan untuk membuang lipoma tersebut, dan boleh dibuat pada hari yang sama di klinik yang berpengalaman.

Pembedahan

Pembedahan kecil akan dilakukan untuk membuang lipoma. Berita baiknya, anda boleh pulang pada hari yang sama selepas pembedahan!

Anda disarankan untuk membersihkan kawasan lipoma sabun anti-bakteria sebelum pembedahan.

Bius setempat akan disuntik pada lipoma untuk memberi rasa kebas pada kawasan tersebut. Seterusnya, doktor akan membuat hirisan kecil pada kulit di atas lipoma.

Lipoma dikeluarkan bersama kapsulnya untuk mengelakkan ianya tumbuh semula dan luka hirisan dijahit.

Sedutan Lemak (Liposuction)

Kaedah liposuction yang sangat terkenal dalam dunia kosmetik turut dapat membuang ketulan lipoma.

Prosedur pembedahannya lebih mudah. Doktor akan memasukkan tiub kecil melalui hirisan kecil. Kemudia, satu alat khas akan digunakan untuk menyedut lemak dalam lipoma keluar.

Kaedah ini kurang invasif dan hanya meninggalkan parut yang kecil. Namun, sedutan lemak tidak sesuai untuk lipoma yang bersaiz besar.

sedutan lemak untuk membuang ketulan lipoma

Bolehkah ketulan lipoma kembali?

Boleh, namun kemungkinan untuk lipoma itu kembali adalah amat sedikit iaitu hanya 1-2% daripada kebanyakan kes.

Sekiranya terdapat ketulan pada anggota badan anda dan ingin mendapatkan konsultasi serta cadangan rawatan, boleh membuat temujanji Bersama kami di KLINIK TUAH dan dapatkan jawapan kepada persoalan persoalan anda.

KLINIK TUAH kini beroperasi dengan 4 cawangan di Cheras, Kuantan, Shah Alam dan Johor, bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik berhampiran anda.

KEMBALIKAN KEYAKINAN DAN SENYUMAN ANDA

Buang Ketulan Dengan Harga Marhaen, Hasil Aestetik 

Dapatkan Rawatan Anda di Klinik Tuah 

guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
Tengok semua komen
trackback
1 month ago

[…] Baca lebih lanjut tentang Lipoma di sini […]

trackback
17 days ago

[…] Ketulan Lipoma, berani ke tak buang?  […]

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

Jom baca lagi..

Waktu Tidur Yang Cukup Yang Sebenar Untuk Badan Sihat dan Segar

“Bangun pagi, gosok gigi cuci muka pakai baju makan roti minum susu pergi sekolah suka hati” Kandungan Pendahuluan Ketika kecil, lagu ini adalah lagu yang sering kita nyanyikan, menggambarkan rasa gembira dalam hati untuk...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...