Baru-baru ini, satu insiden menyayat hati berlaku di Olimpik Paris 2024 kerana kecederaan ACL. pemain badminton perseorangan wanita Sepanyol, Carolina Marin terpaksa menarik diri ketika perlawanan separuh akhir setelah tidak mampu menahan rasa sakit pada lututnya dan meneruskan perlawanan.
Marin yang dijangka bakal menang mencuba untuk membalas smash bulu tangkis berakhir derita apabila dia tersalah mendarat pada lutut kanannya, menyebabkan ligamen koyak dan ACL nya yang pernah tercedera kembali. Marin berguling-guling menahan sakit lututnya dan memerlukan bantuan medik kerana tidak dapat berjalan lagi.
Kandungan
Betapa dahsyatnya impak salah satu ligamen lutut yang koyak sehingga dapat mendatangkan kesakitan yang terlampau sehingga sesetengah orang tidak dapat menggunakan kaki mereka seperti biasa.
Apa Itu Anterior Cruciate Ligament (ACL)?
Anterior Cruciate Ligament atau singkatannya ACL merupakan satu daripada empat ligamen utama di dalam lutut kita. Setiap ligamen ini berfungsi untuk mengstabilkan lutut apabila membuat pergerakan melampau dan mengelakkan tulang betis (tibia) daripada menggelongsor jauh daripada tulang peha (Femur).
Ligamen ini juga membantu mengawal kestabilan untuk putaran lutut ketika seseorang berlari atau bersukan seperti bermain bola keranjang dan bola sepak.
ACL yang cedera menjadi antara satu ketakutan utama para atlet khususnya dalam bola sepak, di mana sekiranya tecedera dan terkoyak, ia boleh menamatkan karier seseorang pemain! Dan kecederaan ACL ini bukanlah sesuatu yang jarang. Menurut kajian terbaru daripada British Journal of Sports Medicine, statistik menunjukkan 1/5 kecederaan lutut akibat sukan ialah kecederaan ACL!
Pemain Bola yang Pernah Mengalami Kecederaan ACL
Antara pemain popular yang pernah mengalami ligamen terkoyak termasuklah;
- Roy Keane.
- Radamel Falcao.
- Zlatan Ibrahimovic.
- Alan Shearer.
- Marco Reus.
- Roberto Baggio.
- Ruud van Nistelrooy.
- Alessandro Del Piero.
Baca tentang kejadian ACL koyak pada pemain-pemain di atas
Kenapa ACL Lebih Senang Cedera Berbanding Ligamen Lain?
ACL lebih mudah terkoyak disebabkan oleh struktur anatomi lutut dan otot sekitar yang kurang memberi sokongan terhadap pergerakan “twisting” dan pergerakan berimpak tinggi yang lain. Ligamen ini juga lebih kecil dan halus namun sering digunakan untuk memastikan tulang tibia kekal di posisinya di bawah tulang femur, terutama ketika aktiviti yang melibatkan henti secara tiba-tiba, pertukaran arah pergerakan dan melompat.
Oleh sebab itulah, “sudden force movement” pada lutut yang menyebabkan lutut tersentak / berpusing melebihi had tertentu seterusnya, mengakibatkan mudahnya ligamen lutut ini koyak dan cedera berbanding ligamen lain.
Punca Utama ACL Tercedera
Antara punca utama ligamen ini boleh tercedera termasuklah:
- Hentakan terus atau trauma pada lutut, salah satunya kesan kemalangan atau lutut terkena bola yang dilempar pihak lawan semasa sukan bola sepak.
- Mendarat dari lompatan tinggi hanya dengan satu kaki yang menyebabkan lutut tidak seimbang dan memberi tekanan berlebihan pada ligamen.
- Pergerakan berputar atau “twisting” menggunakan satu kaki sewaktu menari/bersukan
- Penggunaan sendi yang berlebihan. Sebagai contoh, atlet angkat berat boleh mendapat kecederaan ACL ini jika mereka berulang kali mengangkat beban yang berat atau mengamalkan teknik yang salah.
Baca 4 punca utama sakit lutut (selain kecederaan ACL)
Apakah Simptom Utama Kedeceraan ACL ?
Kebanyakan kes akan mendengar atau merasai bunyi “pop” pada lutut yang terlibat pada peringkat awal ligamen lutut ini koyak dan cedera.
Selain itu, lutut pesakit akan terasa sakit dan kelihatan bengkak, dan pesakit tidak dapat berjalan dengan stabil. Lutut juga mungkin terasa hangat apabila disentuh dan ditekan.
Selepas berberapa hari, rasa sakit dan bengkak selalunya akan surut, namun lutut yang terlibat mungkin terasa longgar dan tidak lagi stabil sewaktu melakukan aktiviti sukan atau harian.
Otot lutut juga boleh menjadi lemah akibat kesan kecederaan ini, terutamanya otot peha (quadriceps) dan otot betis (hamstrings). Otot yang lemah mengurangkan kemampuan seseorang untuk meluruskan dan membengkokkan lutut seperti normal.
Bagaimana Untuk Mengesahkan Kecederaan ACL?
Kebiasaannya, doktor akan membuat diagnosis terlebih dahulu pada lutut yang sakit.
Doktor pada mulanya akan bertanyakan pada anda simptom- simptom yang ada. Kemudian anda akan melakukan pemeriksaan fizikal di bawah pengawasan doktor untuk mengesahkan diagnosis lutut anda.
Untuk mendapat lebih kepastian, sesetengah doktor akan mencadangkan anda untuk menjalani ujian Magnetic resonance imaging (MRI) yang membolehkan doktor tersebut memastikan masalah sakit lutut anda benar-benar berpunca daripada ACL yang koyak dan cedera, serta tahap kecederaan lutut, sama ada ligamen separa koyak atau koyak sepenuhnya (partial and complete tear).
Apa yang Perlu Saya Buat Sekiranya Saya Mengalami Simptom Tersebut?
Untuk rawatan awal, langkah yang terbaik adalah dengan mengamalkan kaedah R.I.C.E. Kaedah ini boleh dipraktikkan selama 1-3 hari selepas kecederaan berlaku, atau semasa anda lutut anda menunjukkan tanda-tanda awal sakit lutut.
Rest
Rehatkan sendi lutut yang terlibat daripada membuat sebarang pergerakan. Hentikan sebarang aktiviti atau pergerakan yang menyebabkan lutut anda makin sakit dan bengkak.
Ice
Letakkan ais di lutut secepat mungkin untuk kurangkan bengkak. Tuam ais di bahagian bengkak selama 20-30 minit, sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Ais juga membantu untuk mengelakkan keradangan selepas aktiviti fizikal yang panjang.
Compression
Balut kaki yang sakit dan bengkak dengan pembalut elastik / bandage untuk mengurangkan bengkak. Pastikan balutan tidak terlalu ketat supaya darah mengalir lancar. Sekiranya bengkak masih tidak surut selepas 48-72 jam, sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.
Elevation
Angkat atau naikkan kaki yang tercedera sedikit ke atas sewaktu dalam keadaan baring. Kaedah ini mengurangkan rasa sakit yang berdenyut-denyut pada lutut anda.
Jika keadaan menjadi semakin teruk, sila rujuk doktor berhampiran anda dengan segera.
Rawatan Kecederaan ACL
Rawatan Tanpa Pembedahan
Secara hakikatnya, ACL tidak dapat sembuh dengan sendirinya. Namun begitu banyak pesakit dapat menempuhi hidup tanpa pembedahan terutama mereka yang tidak banyak menggunakan lutut dalam kehidupan seharian.
Tanpa rawatan pembedahan, pesakit yang mengalami koyak pada ACL dinasihatkan untuk mengelakkan daripada aktiviti lasak terutama yang melibatkan kawasan lutut.
Fisioterapi
Fisioterapi adalah salah satu rawatan tanpa pembedahan bertujuan menguatkan otot-otot sekitar sendi agar lutut tidak terlalu bergantung pada ligamen dalam menstabilkan pergerakan. Fisioterapi juga membantu mengurangkan risiko kecederaan kembali melalui senaman regangan lutut untuk meningkatkan fleksibiliti lutut.
Suntikan Plasma
Rawatan ini merupakan salah satu rawatan terbaru yang kian makin mendapat perhatian dalam kalangan pesakit lutut. Rawatan ini bersifat “less invasive” dan melibatkan penjanaan semula tisu. Menariknya, rawatan ini menggunakan darah dari badan sendiri untuk merangsang pembaikan tisu, pengeluaran kolagen dan pertumbuhan sel.
Banyak jurnal dan kajian terbaru yang menunjukkan hasil yang memberangsangkan dengan penggunaan rawatan ini untuk memulihkan ligamen lutut yang tercedera.
Prosedur ini melibatkan pengambilan darah sendiri dalam 10ml dan diletakkan dalam tabung uji sebelum diproses secara centrifuge selama beberapa minit. Pengasingan darah plasma akan dibuat dan plasma yang penuh ketumpatan ini akan dicucuk ke dalam lutut untuk proses penjanaan semula / pembaikpulihan.
Kenapa plasma penuh platlet digunakan untuk penjanaan semula ? Ini kerana ia penuh dengan Gr0wth Factor dan cytokines yang akan memulakan proses pembaik pulihan lutut dengan merangsang pembaikan tisu dan pertumbuhan sel baru.
Rawatan Ibu Sel
Banyak rawatan kini yang makin hebat dan maju searus dengan peredaran zaman, kebanyakan sakit lutut masih boleh dirawat tanpa pembedahan. Rawatan ibu sel akan lebih menfokus membaikpulih kerosakan pada lutut dengan rawatan keremajaan yang terkini.
Pembedahan
Rekonstruksi ACL dilakukan dengan menggantikan ligamen yang koyak dengan mengambil tendon daripada pesakit (autograf) atau daripada penderma (alograf). Pembedahan rekonstrukti ini dilakukan melalui kaedah arthroscopy.
AKHIR KATA
Kecederaan ACL boleh menjadi cabaran yang besar untuk seseorang, terutamanya atlet dan pekerjaan yang melibatkan aktiviti fizikal. Seseorang yang mengalami kesakitan ini mungkin tidak dapat menggunakan lututnya seperti biasa, namun dengan langkah pencegahan dan pemulihan yang betul, fungsi lutut dan kestabilan dapat kembali sepenuhnya.
Sekiranya anda mengesyaki lutut anda mempunyai tanda-tanda seperti dinyatakan sebelum ini, jangan berlengah untuk membuat teknik R.I.C.E dan dapatkan nasihat perubatan dengan segera untuk mengurangkan risiko ligamen lutut koyak dengan lebih teruk.
Kecederaan ACL tidak menghalang anda untuk menjalani gaya hidup aktif anda. Dengan rawatan yang betul serta komitmen anda tehadap pemulihan lutut, anda dapat melakukan sukan dan aktiviti kegemaran anda seperti biasa.
Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap)
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.