Kebanyakan rakyat Malaysia menderita sakit lutut, terutama dalam kalangan warga emas akibat daripada gel lutut haus. Antara punca sakit lutut termasuklah osteoarthritis lutut yang menyebabkan pergerakan lutut dan kaki terbatas serta kesakitan yang serius dan berpanjangan.

Kandungan
Pendahuluan
Antara rawatan yang diberikan untuk pesakit osteoarthritis ini termasuklah ubat-ubatan, suntikan pada lutut dan pembedahan penggantian lutut sekiranya kerosakan mencapai tahap terakhir.
Suntikan pada lutut menjadi pilihan ramai kerana keberkesanannya dalam mengurangkan rasa sakit dengan segera serta berpanjangan. Salah satu rawatan sakit lutut osteoarthritis suntikan yang terdapat di Malaysia ialah rawatan suntikan gel lutut untuk merawat masalah gel lutut haus.
Apa itu Gel Lutut?
Gel lutut yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah suntikan hyaluronic acid. Suntikan gel lutut ini biasanya diberikan pada pesakit osteoarthritis yang telahpun menerima rawatan lain seperi ubat tahan sakit, namun tidak berkesan.
Gel hyaluronic acid ini bertindak sebagai pelincir sendi dan penyerap hentakan di dalam sendi. Hasilnya, sendi dapat berfungsi dengan baik. Sendi lutut yang sihat mempunyai cecair synovial yang membantu kita untuk berjalan tanpa rasa sakit. Tetapi, lutut pesakit osteoarthritis mempunyai cecair synovial yang berair dan kurang kadarnya.
Disebabkan itulah hyaluronic acid ditambah melalui suntikan gel lutut ini, untuk membantu ‘memekatkan’ Kembali cecair synovial dan meningkatkan kadar pelinciran serta penyerapan .
@kliniktuah Apa beza rawatan suntikan gel atau PRP ? Mana yang lebih berkesan? Jom kita dengar dr Dr Paan #fyp #kualalumpur #cheras #kuantan #sakitlutut #gellutut #sakitorangtua
♬ I Can Feel It (Christmas Instrumental) - Nick Sena and Danny Echevarria
Antara kebaikan suntikan gel lutut ini termasuklah:
- Berkesan mengurangkan sakit lutut & gel lutut haus
- Melindungi sendi lutut dari terus rosak akibat gel lutut haus
- Menangguhkan pembedahan penggantian lutut
- Berfungsi sebagai bahan anti-radang dan mengurangkan inflamasi, radang sendi dan bengkak lutut
- Memberi kelegaan pada sendi lutut sehingga 2 tahun dengan satu suntikan
- Melindungi dan menguatkan tulang rawan sendi lutut
Namun perlu diingatkan suntikan gel lutut ini bukanlah penyembuh kepada osteoarthritis. Seseorang boleh menambah baik kualiti pergerakan dan fungsi lututnya, tetapi lututnya tidak dapat beroperasi seperti normal.
Hyaluronic acid mempunyai dua jenis iaitu monolink dan double cross link. Gel Monolink mempunyai kandungan gel yang lebih cair dan perlu disuntik setiap minggu selama 3-5 minggu berturut-turut manakala gel double cross link mempunyai kandungan gel yang pekat dan hanya satu suntikan sahaja diperlukan
Prosedur Suntikan Gel Lutut
Kebiasaannya suntikan tambahan hyaluronic acid dilakukan mengikut Langkah-langkah berikut:
- Doktor akan mendiagnosis sakit lutut dan menentukan cara rawatan yang terbaik. Sekiranya pesakit menghidapi osteoarthritis lutut di tahap yang sederhana, suntikan gel lutut akan disyorkan.
- Kawasan lutut yang terjejas akan dibersihkan dan disapu ubat bius.
- Sekiranya kawasan lutut yagn tercedera bengkak atau cecair berlebihan terkumpul, kemungkinan besar suntikan untuk mengeluarkan cecair tersebut dijalankan terlebih dahulu.
- Doktor kemudian akan menyuntik gel lutut (hyaluronic acid) di antara ruang lutut.
- Selepas suntikan, kawasan yang disuntik akan dibalut dengan bandage.
Pesakit mungkin akan mendapat kesan sampingan seperti sakit (ringan), bengkak dan sendi keras di sekitar lutut selama beberapa hari.
Pesakit amatlah disarankan untuk berehat daripada sebarang aktiviti yang melibatkan mengangkat beban selama beberapa hari. ‘ Ice pack” juga membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Sekiranya sakit setelah suntikan semakin teruk dan berpanjangan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan.
Adakah Gel Lutut Haus? Punca Sakit Lutut Disebabkan Gel
Jangan salah sangka! Walaupun suntikan ini terbukti efektif untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mobiliti serta fungsi lutut, suntikan tambahan hyaluronic acid bukan bertujuan untuk mengembalikan kesihatan lutut seperti sedia kala.
Suntikan ini tidak menghentikan proses pereputan sendi secara langsung, sebaliknya dapat melambatkan proses osteoarthritis ini.
Hyaluronic acid juga mempunyai tempoh ketahanannya sendiri di dalam sendi kita. Saiz molekul hyaluronic acid mengecil dengan setiap penggunaan sendi lutut kita, pada yang sama mempengaruhi kepekatan cecair synovial.
Semakin lama hyaluronic acid akan terurai, dan menyebabkan ‘air’ menggantikan isipadu bahan suntikan yang hilang daripada cecair synovial, menyebabkan cecair synovial semakin cair.
Jadi, lutut kehilangan “pelincir” atau kata lain gel lutut haus yang membantu mengurangkan daya geseran antara sendi dan menyebabkan sakit lutut kembali lagi.

Jadi untuk menjawab persoalan di atas, gel lutut haus dan bersifat kelegaan sementara. Kesan suntikan isian hyaluronic acid yang paling berkualiti tinggi bertahan selama 8 bulan hingga 2 tahun. bergantung kepada kawasan suntikan, jenama dan kepekatan suntikan serta cara suntikan.
Tambahan, suntikan gel lutut tidaklah berkesan dengan serta-merta. Ia boleh mengambil masa sehari hingga beberapa minggu untuk radang sendi surut dan sakit lutut berkurang. Tetapi, dengan suntikan gel lutut ini, kualiti hidup anda akan menjadi lebih baik, dan anda tidak perlu lagi bergantung dengan ubat tahan sakit.
Tambahan pula, ramai pesakit yang menerima suntikan gel lutut juga berpendapat bahawa dengan bantuan ini, mereka tidak perlu lagi menjalani pembedahan penggantian lutut.
Kesimpulan
Kesimpulannya, suntikan gel lutut merupakan antara pilihan terbaik dalam mengurangkan sakit lutut anda dan gel lutut haus. Namun begitu, seperti mana rawatan-rawatan lain, suntikan ini hanya menolong melambatkan proses osteoarthritis serta memberi kelegaan dan keselesaan untuk anda menjalani aktiviti harian.
Pencegahan sakit lutut yang serius bermula daripada dan pemilihan gaya hidup kita. Amalkan gaya hidup yang sihat seperti mengawal berat badan, bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat.
Berapa Harga Gel Lutut Di Malaysia & Bezakah Kualiti Setiap Suntikan? Ketahui Jawapannya Di Sini
Baca Artikel Terlengkap Tentang Sakit Lutut Di Sini
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain
[…] Betul ke gel lutut boleh habis? Ketahui jawapannya di sini! […]
[…] Membantu melincirkan sendi dan mengurangkan geseran untuk melegakan sakit lutut, terutama akibat osteoarthritis. […]
[…] Baca lebih lanjut tentang kebaikan gel lutut dan adakah sekali suntikan mencukupi di sini […]