Where Pain Meets Relief

Event Co-Didik Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad

Kuantan, 22 Jun 2024—Klinik Tuah telah diberi peluang untuk menyertai program Co-Didik yang dianjurkan oleh Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan di kalangan penjawat awam di sekitar negeri Pahang.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan gaya hidup sihat, Klinik Tuah telah mendirikan sebuah booth sebagai salah satu usaha promosi. Selain itu, pelbagai pemeriksaan kesihatan telah dijalankan, termasuk pemeriksaan tekanan darah, gula darah, serta pemeriksaan telinga menggunakan kamera kepada para peserta program.

Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan kemudahan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penjawat awam yang hadir, sekaligus meningkatkan kesedaran mereka mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan berkala.

Klinik Tuah berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dan menggalakkan lebih ramai individu untuk mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap masalah kesihatan.

Klinik Tuah mengucapkan terima kasih kepada Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad atas peluang ini dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
Tengok semua komen

Jom baca lagi..

Kami Kongsi Tuah- Program Pemeriksaan Lutut di Masjid Jamek BBU Johor

Johor Bharu, 24 April — Ibadah haji bukan sahaja menuntut kekuatan rohani, tetapi juga memerlukan persediaan fizikal yang rapi. Perjalanan ibadah yang panjang, ditambah dengan aktiviti seperti tawaf, sa’i dan berjalan jauh, boleh memberi...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...