fbpx Skip to main content
Sakit Lutut

Senjata Penyembuhan: Doa Sakit Lutut, InshaAllah Mujarab!

By November 1st, 2024No Comments

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

(Surah al-Ghafir:60)

Pengenalan

Doa sakit lutut sering menjadi carian popular yang mengalami masalah ini di Internet mahupun secara bersemuka. Ini kerana sakit lutut menjadi keluhan dan kerisauan ramai orang, tidak kira tua atau muda. Lutut yang lenguh dan sakit membuatkan setiap pergerakan terasa berat dan terseksa.

Setiap muslim pasti mempunyai keinginan untuk menjalani ibadah yang sempurna. Kalau boleh, kita ingin solat dalam keadaan berdiri dan mengikut tertib yang dianjurkan, boleh membaca Al-Quran dan berzikir di atas sejadah, dan menghadiri kuliah agama tanpa dihambat rasa lenguh dan perih pada sendi. Namun manusia tidak akan lari daripada diuji, dan sakit yang dialami adalah salah satu bentuk ujian.

Jangan gusar, kerana dalam setiap ujian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Tambahan pula, sakit merupakan penghapus dosa, dan mengingatkan kita untuk sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Setiap muslim juga mempunyai senjata yang tiada tandingannya, iaitu dengan berdoa.

doa sakit lutut klinik tuah

Dengan memanjatkan doa sakit lutut kepada Allah SWT untuk memohon kesembuhan dari penyakit disertai dengan kesabaran, maka dengan izin-Nya Allah akan memulihkan sakit lutut kita, seterusnya kita bebas dari beban yang ditanggung.

Tiada masalah untuk seseorang berdoa dan memohon hajat terus dari hati. Tetapi, ada juga doa sakit lutut khusus yang boleh dibaca oleh umat Islam.

Artikel kali ini akan membincangkan 3 doa sakit lutut dan sendi yang boleh diamalkan sebagai ikhtiar untuk melegakan kesakitan yang dihadapi.

3 Doa Sakit Lutut yang Boleh Diamalkan

1. Doa Untuk Melegakan Sakit Lutut dan Sendi

Doa sakit lutut yang pertama diambil daripada Surah As-Shu’ara ayat ke-130. Ayat ini boleh dibaca untuk mempercepatkan proses penyembuhan dengan izin Allah. Perkataan “Jabbar” yang terdapat pada akhir ayat ini membawa maksud “kuat” yang melambangkan kekuatan yang diberikan daripada Allah kepada hamba-Nya.  

Kita boleh membaca doa seperti berikut:

doa-sakit-lutut.jpg

Adab berdoa adalah seperti berikut;

  1. Haruslah berniat untuk meminta kesembuhan daripada Allah SWT.
  2. Mulakan berdoa dengan membaca Bismillah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
  3. Tiup sebelah tapak tangan.
  4. Kemudian, bawa tapak tangan tersebut pada lutut yang terjejas dan sapu pada tempat yang sakit sebanyak 3 kali. Semasa menyapu tempat sakit, banyakkan berselawat dan tawakkal pada Allah.
  5. Akhir sekali, tepuk pada tempat sakit sebanyak 3 kali.

Fadhilat doa ini bukan saja khusus untuk sakit lutut, tetapi doa ini juga boleh dibaca untuk melegakan sakit betis. Dengan menggunakan kaedah yang sama seperti di atas, kita boleh mengurut betis yang terjejas perlahan sambil membaca ayat ini sebanyak 3 kali.

Terdapat juga doa Syifa untuk memohon kesembuhan daripada Allah SWT sebagai doa tambahan. Daripada Saidatina Aishah RA, ketika Rasulullah menziarahi ahli keluarganya yang sakit, Rasulullah akan menyentuh orang yang sakit dengan tangan kanannya dan berdoa:

Allahumma Rabban-nasi, adhhibil-ba'sa, washfi, Antash-Shafi, la shifa'a illa shifa'uka, shifaan la yughadiru saqaman.

“Ya Allah, tuhan segala manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.”
(Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Doa Untuk Melegakan Sakit Sendi dan Bengkak

Doa sakit lutut seterusnya yang boleh kita amalkan ialah empat ayat terakhir surah Al-Hashr. Surah ini mengandungi kalimah Asma’ul Husna yang paling agung pada enam ayat terakhir, yang menyebut sifat-sifat Nya yang menjadikan-Nya Tuhan yang satu.

Kita boleh mengamalkan doa ini dengan cara;

  1. Mulakan doa dengan niat untuk memohon kepada Allah kesembuhan pada penyakit.
  2. Dahulukan doa kita dengan kalimah Bismillah dan selawat ke atas Rasulullah SAW.
  3. Kemudian, baca surah ini bermula dari ayat 21 hingga 24 sebanyak 3 kali, sambil tangan diletakkan pada sendi yang terjejas. Gosokkan tangan dengan perlahan-lahan pada kawasan yang terasa sakit.
  4. Akhir sekali, sudahi bacaan dengan selawat dan jangan lupa untuk bertawakkal kepada Allah.

Malah, kisah benar telah diceritakan oleh seorang individu di Internet yang merasai sendiri keajaiban ayat ini dalam menghilangkan sakit sendi, bengkak, migrain dan juga sakit belakang yang dialaminya.

Individu ini menyarankan agar kita sentiasa bersabar, dan membasahi lidah kita dengan surah ini setiap kali selepas solat fardhu di samping mendirikan solat sunat tahajud dan memohon pada Allah untuk melegakan sakit-sakit dang bengkak pada sendi kita. InshaAllah, rasa sakit, perih dan sensasi yang tidak selesa pada sendi akan beransur-ansur hilang.

3. Doa untuk Melegakan Sakit di mana-mana Bahagian Tubuh Badan

Doa ini bukanlah khusus doa sakit lutut, tetapi doa untuk melegakan sakit pada mana-mana bahagian tubuh badan kita. Doa ini merupakan hadis sahih Muslim. Hadis ini meriwayatkan Uthman bin Abu al-As Al-Thaqafi pernah mengadu kepada Rasulullah SAW akan kesakitan yang dia rasai pada tubuhnya. Lalu Rasulullah bersabda,

“Letakkan tanganmu pada bahagian tubuhmu yang terasa sakit. Bacalah tiga kali ‘BISMILLAH’, Lalu bacalah tujuh kali, ‘A’udzu Billahi Wa Qudrotihi Min Syarri Maa Ajidu Wa Uhaadziru’.

Kalimah “A’udzu Billahi Wa Qudratihi Min Sharri Ma Ajidu Wa Uhadhiru” membawa maksud ‘aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya dari keburukan apa yang ku rasakan dan ku khuatirkan.’

Imam An-Nawawi menyatakan sunnah untuk kita meletakkan tangan di bahagian yang sakit lalu bacalah doa seperti yang dinyatakan di atas sebanyak 7 kali. Kita boleh mengamalkan doa ini sebagai salah satu doa sakit lutut.

Doa-melegakan-sakit-tubuh-badan. jpg

Akhir Kata

Meskipun sakit lutut menguji kesabaran dan dapat melunturkan semangat kita, namun sekiranya kita meletakkan harapan tertinggi kepada Allah SWT dan mengamalkan doa sakit lutut yang tidak pernah putus, semoga Allah memberi kita kesembuhan dan kecergasan yang kita idamkan kembali.

Namun doa semata-mata tidak akan berhasil tanpa usaha. Kita harus sedaya upaya mencari jalan untuk menghilangkan kesakitan seperti mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar perubatan, serta mengamalkan cara hidup yang sihat seperti bersenam secara berkala, makan mengikut panduan piramid makanan yang ditetapkan serta meninggalkan tabiat buruk yang boleh memudaratkan tubuh badan.

Malah, berkat kemajuan teknolgi dan cendekiawan zaman kini, telah banyak rawatan untuk sakit lutut yang boleh didapati bergantung kepada jenis dan tahap kesakitan setiap individu. Kami di Klinik Tuah juga menyediakan rawatan terbaik untuk membaik pulih sakit lutut dan beriltizam untuk meningkatkan taraf hidup setiap individu.

Tips Sakit Lutut: Ubat Sakit Lutut Apa Yang Anda Boleh Ambil?

Akhir kata, jangan pernah berputus asa untuk memohon kepada Allah agar sentiasa dikurniakan kesembuhan dan kesihatan tubuh badan dan yakinlah bahawa Allah SWT akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambanya