Where Pain Meets Relief

Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika/ Taska Parlimen Kuantan Siri 2/2024

Kuantan, 15 Mei 2024—Klinik Tuah berpeluang menyertai Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika/ Taska Parlimen Kuantan Siri 2/2024, yang disertai oleh kanak-kanak tadika, ibu bapa, serta guru-guru tadika Parlimen Kuantan bersempena sambutan Hari Guru 2024. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Ismail bin Zulkafly, Penghulu Mukim Penor.

Selaras dengan komitmen Klinik Tuah untuk menyumbang kepada kesihatan komuniti, kami diberikan peluang untuk berkongsi pengisian mengenai kepentingan kebersihan diri dan pemakanan seimbang. 

Perkongsian kami menekankan manfaat menjaga kebersihan, cara-cara yang betul, serta risiko kesihatan jika aspek kebersihan dan pemakanan diabaikan. Kami juga memastikan setiap maklumat disampaikan dengan jelas dan mudah difahami oleh semua peringkat umur yang hadir.

Program ini menerima sambutan luar biasa daripada peserta. Di samping itu, Klinik Tuah turut mendirikan booth pameran bagi mempromosikan perkhidmatan kami, termasuk sunat kanak-kanak, rawatan telinga, dan perkhidmatan kesihatan lain.

Kami amat berterima kasih atas sokongan dan sambutan yang diberikan, dan berharap dapat menyertai lebih banyak program seperti ini pada masa akan datang.

guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
Tengok semua komen

Jom baca lagi..

Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika/ Taska Parlimen Kuantan Siri 2/2024

Kuantan, 15 Mei 2024—Klinik Tuah berpeluang menyertai Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika/ Taska Parlimen Kuantan Siri 2/2024, yang disertai oleh kanak-kanak tadika, ibu bapa, serta guru-guru tadika Parlimen Kuantan bersempena sambutan Hari Guru 2024. Bengkel...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...