Where Pain Meets Relief

5 Punca Air Lutut Sebabkan Sakit Lutut, Serta Simptom Ada Air Lutut

Pernah dengar tak istilah “air lutut”? Biasanya orang-orang kita dulu kata sakit lutut ni sebab lutut kering, dah takde air! Maknanya, lutut kita ada air ke?

Kandungan

Pendahuluan

Tapi, air lutut yang dimaksudkan bukanlah air seperti air minuman kita. Ia merupakan sejenis cecair pelincir antara sendi-sendi kita. Fungsi pelincir adalah untuk memudahkan pergerakan dengan mengurangkan geseran antara tulang-tulang sendi lutut kita.

Namun, air lutut yang berlebihan boleh mendatangkan kesakitan pada lutut kita. Lebihan cecair di dalam lutut membawa kepada “knee effusion”, dan menyebabkan radang sendi dan sakit lutut yang melampau. Setiap kali lutut tercedera, cecair berlebihan boleh terkumpul, menyebabkan bengkak lutut dan menjejaskan pergerakan.

Jadi macam mana cara hilangkan sakit lutut? Mari kita bahaskan dengan lebih lanjut dalam artikel ini.

proses pembuangan air lutut disebabkan radang

punca- punca sakit air lutut “Knee Effusion”

Kecederaan

Kecederaan lutut boleh terjadi kepada seseorang yang aktif bersukan atau mengalami kemalangan. Lutut yang tercedera diakibatkan oleh ligament cedera, tendon terkoyak, dislokasi lutut dan dislokasi patella atau tempurung lutut. Antara kecederaan yang lazim terjadi ialah kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) yang berfungsi untuk mengawal pergerakan sendi lutut dan mengehadkan pergerakkan lutut daripada hyperektensi.

Osteoarthritis

Osteoarthritis atau radang sendi berlaku apabila tulang rawan sendi haus dan lama-kelamaan menjadi rosak. Hasilnya, hentakan pada lutut tidak dapat diserap dan tiada gelincir antara dua permukaan sendi. Geseran antara sendi boleh menyebabkan radang dan boleh menyebabkan sakit lutut dan bengkak sehingga menjejaskan pergerakan. Golongan wanita dan berusia lebih berisiko untuk mendapat osteoarthritis.

Dapatkan Maklumat Lengkap Tentang Osteoarthritis di Sini

Bursitis

Bursitis terjadi akibat keradangan pada bursa, atau pelapik yang mengandungi cecair pelincir antara tulang paha dan otot paha. Apabila air radang terkumpul di pelapik atau kawasan bursa ini, ia menyebabkan bengkak di sekeliling lutut, sakit dan sukar untuk melipat sendi lutut yang terjejas. Bursitis boleh berlaku akibat tekanan berlebihan pada sendi, penggunaan sendi berulang seperti berlutut dalam waktu yang lama, kecederaan sendi penyakit Arthritis. Jika bursitis seorang pesakit itu parah, doktor kebiasaannya akan melakukan operasi drainase dengan mengeluarkan air radang bursa.

bursitis punca air lutut terhasil

Jangkitan Luman

Apabila kuman, bakteria atau virus menyerang sendi-sendi besar di tubuh seperti sendi lutut kita, lutut akan terkena jangkitan kuman sikenali sebagai septic arthritis. Jangkitan ini berlaku apabila kuman tersebar melalui darah atau cedera hingga berjangkit ke sendi. Selaput synovium tidak dapat melindungi sendi dan menyebabkan radang sendi. Radang sendi menyebabkan sendi lutut membengkak dan boleh menyebabkan tulang rawan rosak. Septic arthritis lebih cenderung menjangkiti pesakit dengan  imunisasi tubuh lemah, pesakit osteoarthritis, dan pesakit yang pernah menjalani pembedahan sendi lutut. Antara simptom termasuklah bengkak pada lutut dan lutut terasa hangat, terasa sakit ketika lutut disentuh, demam dan sukar menggerakkan sendi yang terlibat.

Gout

Gout sebenarnya salah satu penyakit arthritis yang berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi. Kaum lelaki lebih berisiko mendapat gout berbanding kaum wanita. Gout menyebabkan radang, bengkak dan sakit sendi secara tiba-tiba, dan membataskan pergerakan pesakit.

Simptom Knee Effusion atau air lutut berisi cairan dan bengkak

Bengkak

Lutut bengkak terjadi akibat efusi pada sendi lutut. Bengkak boleh terjadi dalam sendi lutut atau luar sendi (bursitis). Bengkak lutut ialah perkara biasa yang terjadi berpunca daripada kecederaan pada sendi lutut. Pesakit boleh mengesan sebelah tempurung lutut lebih menonjol, diikuti dengan rasa sakit dan kemerahan di sekitar lutut. Lutut bengkak boleh menyebabkan seseorang sukar untuk berjalan.

Lutut keras atau kejung

Apabila terdapat cecair berlebihan berkumpul di sekitar sendi lutut, ia menyebabkan lutut terasa kaku dan kejung. Anda tidak dapat membengkok atau meluruskan kaki sepenuhnya akibat efusi lutut ini. Cecair juga mungkin kelihatan di bawah lutut apabila diluruskan.

Pergerakan terbatas

Seiring dengan pembengkakan lutut, pergerakan dan mobility lutut menjadi sangat terbatas. Hal ini disebabkan oleh tekanan cecair pada tulang rawan lutut, kebiasaanya dirasai belakang tempurung lutut. Sekiranya lutut bertukar kemerahan dan panas, kemungkinan besar lutut mengalami inflamasi. Antara diagnosis yang akan dilakukan adalah patella tap test iaitu doktor akan mengenakan sedikit tekanan pada tempurung lutut untuk merangsang tindak balas.

air lutut menyebabkan pergerakan terbatas

Lebam

Lutut anda mungkin terdapat tanda-tanda lebam dan kesakitan, dan ini berpunca daripada kecederaan akibat kemalangan atau hentakan kuat pada lutut. Kecederaan serius pada lutut menyebabkan darah mengalir pada sendi lutut terlibat, membawa kepada bengkak lutut, lutut kaku dan lebam pada kawasan terlibat.

Sakit ketika mengangkat beban

Sekiranya sakit lutut berpanjangan atau lebih teruk sehingga lutut tidak dapat menahan sebarang beban, segera berjumpa dengan pakar untuk rawatan segera.

Segera berjumpa doktor sekiranya anda:

  • Demam dan sakit lutut yang melampau (jangkitan kuman).
  • Patah tulang/ ligament koyak.
  • Tidak boleh gerakkan sendi.
  • Hemarthrosis iaitu bengkak yang ketara, lutut kaku, lebam dan sekitar lutut terasaa hangat.

Penutup

Air lutut boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kecederaan, osteoarthritis , jangkitan sendi, atau bursitis.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menjejaskan pergerakan harian dan menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

Sekiranya anda mengalami simptom seperti bengkak pada lutut, sakit ketika berjalan, atau pergerakan sendi yang terbatas, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor untuk mengenal pasti punca sebenar dan rawatan yang sesuai. 

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

Jom baca lagi..

Mengapa Telinga Tersumbat Ketika Selsema?

“Achummm… Achummmm…” Bunyi Bersin.. Lalu anda mengambil tisu untuk lap hingusan yang keluar.. Secara tiba-tiba telinga anda pulak yang tak dengar… “eh .. peliknya.. telinga sumbat pulak dah.. dah macam naik gunung cameron highland...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...