Skip to main content

Tips Khatan Bayi Lelaki sangat berguna jika diamalkan. Tips dan panduan ini boleh melancarkan proses penyembuhan , mengurangkan rasa sakit bayi, membuat bayi tenang ketika proses khatan dan mengurangkan komplikasi.

Trend sekarang ini , ibu bapa lebih suka mengkhatankan anak mereka ketika masih bayi . Khatan bayi sangat banyak kelebihannya & bagi kebanyakan adalah waktu paling sempurna untuk berkhatan. Namun,
Ramai yang beranggapan anak ketika bayi tidak sesuai untuk bersunat.
Tidak kurang takut bayi sakit.
Jadi, apakah kebenarannya? Adakah bayi sakit ketika dikhatankan?
Adakah lebih elok sunat/ khatan ketika bayi?

tips khatan bayi lelaki

Kenapa harus Khatan Bayi Lelaki?

Secara teorinya khatan adalah membuang/ memotong kulup kemaluan dari hujung zakar lelaki.
banyak sebab dilakukan sunat kepada orang lelaki, paling biasa adalah disebabkan faktor keagamaan , selain itu penyakit kelamin seperti phimosis juga antara faktor mengapa selalu dilakukan sunat

Mengapa Ramai Ibubapa nak sunatkan anak mereka ketika bayi?

Tahukah anda , sunat ketika bayi adalah sunat yang paling KURANG SAKIT , paling CEPAT SEMBUH , paling MUDAH DIJAGA jika dibanding waktu umur lain .
1. Sarat pada zakar bayi tidak matang lagi ( not well-developed) membuatkan proses sunat khatan kurang sakit
2. Jika dibanding, khatan bayi akan pulih dalam masa 1 minggu, ini berbeza dengan khatan kanak-kanak yang mengambil masa lebih kurang 2-3 minggu untuk pulih dan dewasa yang mengambil 3-4 minggu
3. Bayi tidak bergerak seaktif kanak-kanak dan dewasa , penjagaan sunat lebih mudah

Selain itu , ada juga faktor ibubapa mengkhatankan bayi mereka disebabkan faktor agama
Dalam Islam , terdapat hadith mengenai khatankan bayi lelaki seawal 7 hari

Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)

Dalam agama lain juga ada yang menggalakkan berkhatan sejak bayi lagi

Tak Sakit ke Bayi ? Kesian baby…

Doktor kami telah melakukan ratusan khatan bayi lelaki , Alhamdulillah hampir semua tenang ketika proses, separuh dari mereka siap tidur lagi XD .
Doktor akan memberikan bius setempat dahulu menggunakan jarum yang paling halus, kemudian kemaluan akan kebas dan TAK AKAN SAKIT LANGSUNG ketika proses khatan . sebelum pulang doktor akan bekalkan ubat syrup tahan sakit untuk diambil untuk 2-3 hari untuk memastikan bayi langsung tidak akan rasa sakit selepas kesan ubat bius habis

Kebanyakkan ibubapa mengatakan sesudah membawa bayi balik kerumah selepas khatan, bayi tidak meragam dan tidak menunjukkan simptom kesakitan . Ini antara sebab kenapa ramai yang nak buat khatan ketika bayi.
Kesakitan bayi secara relative sangat minimum dibanding kesakitan dilakukan diumur lain.

Salah satu penyakit yang biasa terjadi pada kanak-kanak adalah, Phimosis , keadaan dimana kulup kemaluan tertutup, Ini menyebabkan kulup kemaluan mengelembung dan bengkak seperti belon ketika kencing, keadaan ini amat meyakitkan. Jika sunat dilakukan ketika bayi , penyakit ini dapat dielakkan

Bila boleh dilakukan khatan Bayi?

Seawal 7 hari .

Bolehkah sunat bayi dilakukan doktor biasa atau tok mudim yang biasa buat khatan kanak-kanak.

TIDAK! Sunat bayi sangat berbeza dengan sunat kanak-kanak ataupun dewasa . Teknik , pendekatan, method , cara jahitan juga sangat berbeza!
Ia hanya boleh dilakukan oleh doktor yang berpengalaman dan mahir untuk khatan bayi . Walaupun seorang tok mudim itu sudah melakukan ramai sunat kanak-kanak tidak semestinya beliau mahir dalam sunat bayi lelaki pada usia beberapa bulan .
Kami disini telah banyak menerima refer case dari klinik lain untuk membaiki / merawat komplikasi khatan bayi yang dilakukan tempat lain . Oleh itu, kami amat cadangkan untuk ibubapa betul-betul mencari doktor yang mahir dan berpengalaman untuk khatan bayi . Terdapat 2 cara sunat bayi lelaki , baca lebih lanjut dibawah.

proses khatan bayi dengan teknik plastibell
Sunat Khatan Bayi

Teknik Khatan Bayi

  1. Plastibell
    Teknik ini merupakan teknik yang terbaik untuk khatan ketika bayi. Selepas dibius, Satu plastik berbentuk gegelung akan diletakkan didalam kulup kemaluan dan akan dililit lalu diikat menggunakan tali/benang. Benang ini akan menghentikan saluran darah pada kulup kemaluan yang hendak dipotong menyebabkan kulup kemaluan akan mati dan tercabut dalam masa 2-3 hari. Tiada Jahitan yang akan dilakukan.
    apabila tercabut, luka pada kemaluan akan terus KERING. ini membuatkan luka khatan amat cepat sembuh. ada yang sembuh seawal 3 hari.

    Tambahan Lagi, Secara kosmetik , teknik plastibell lebih cantik dan kemas . Ia juga lebih selamat kerana risiko terpotong kepala zakar hampir tiada .
  2. Teknik Laser
    Teknik ini adalah teknik tradisional dan paling biasa dilakukan untuk sunat kanak-kanak, namun boleh juga dilakukan pada bayi dengan pendekatan yang berbeza . Selepas dibius, kulup kemaluan akan di clamp dan akan dipotong dengan diathermy ( laser) . Kemudian , luka akan dijahit disekeliling zakar dan jahitan ini akan tercabut sendiri

PLASTIBELL

Plastibel untuk sunat bayi

KHATAN LASER

SUNAT PLASTIBEL
SUNAT LASER

TIPS KHATAN BAYI

Berikut merupakan tips khatan bayi dan panduan untuk ibubapa yang akan khatankan bayi mereka. juga merupakan tips bawa anak masih kecil bersunat ketika bayi

Tips Khatan Bayi 1 : Apakah Persediaan yang harus dilakukan oleh Ibubapa sebelum khatan baby ?

  • MENTAL – Harus bersedia dari segi mental , Sebaiknya ketika melangkah ke klinik , Ibubapa sudah mengetahui proses berkhatankan bayi mereka . Harus fahami bahawa proses khatan ini painless / tidak sakit 🙂
  • SUSU – Sebaiknya memberi susu kepada bayi sebelum datang ke klinik untuk berkhatan untuk memastikan bayi tidak cranky
  • PACIFIER – Bawa puting susu atau pacifier . Jika bayi tidak selesa dipegang ketika khatan , pacifier ini akan membuatkan bayi kembali tenang
  • LAMPIN- bawa lampin lebih untuk tukar selepas proses khatan
  • LONGGAR – Sebaiknya pakai kan bayi dengan baju dan seluar yang longgar

Tips Khatan Bayi 2 : What To Expect in Baby Circumcision ?

  • Masuk ke klinik, doktor akan memberi penerangan terperinci proses khatan . Boleh bertanyakan apa sahaja pada doktor ketidakpastian tentang khatan.
  • Bayi akan dibaringkan di meja pemeriksaan utk proses sunat.
  • Ubat Bius akan diberikan menggunakan jarum yang paling halus pada pangkal zakar. Bayi ketika ini mungkin akan menangis kerana tidak selesa,
  • Pembantu klinik akan memegang kaki bayi dalam bentuk frog position sepanjang proses khatan
  • Sesetengah bayi akan nangis – tapi bukan kerana sakit proses khatan , tapi kerana tak selesa dipegang kakinya dan dibaringkan. Selepas bius , doktor akan melalukan teknik untuk TEST keberkesanan bius agar bayi tidak sakit sepanjang proses .
  • Ibubapa harus kekal tenang, doktor akan lakukan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan .
  • Jika ibubapa tidak sampai hati untuk melihat proses berkhatan, boleh tunggu diluar sementara proses berjalan.
  • Selepas selesai, lampin baru akan ditukar dan dipakaikan sedikit longgar dari biasa .
  • Ketika ini selalunya bayi akan tenang dan tidak menangis lagi kerana bius setempat yang masih berkesan. Ubat cecair tahan sakit akan diberi dan dicadangkan untuk terus diberi kepada bayi agar kesan ubat itu sudah optimum apabila kesan bius mula pudar. Pastikan ubat syrup tahan sakit ini diberi secara berkala 5-6 jam sekali untuk memastikan bayi tidak sakit sehingga sembuh.
  • Ibubapa boleh pulang kerumah dengan hati yang gembira dan tenang, bayi mereka selamat di khatankan
  • Untuk plastibell , ia akan terbuka sendiri dalam masa 2- 7 hari, jika tidak terbuka selepas 7 hari jangan risau boleh hubungi kami atau datang ke klinik
  • Untuk Laser , Jahitan akan terbuka sendiri dalam 7 hari. tidak perlu buka jahitan diklinik
  • Ketika penyembuhan , kadang kala akan ada bengkak seperti belon air di kemaluan , Ia adalah bengkak bius. tak perlu risau , ia tidak sakit dan akan hilang sepenuhnya selepas 2 minggu
  • Kadang kala selepas beberapa hari akan nmpak seperti “nanah” atau keruping nanah di atas kepala kemaluan. juga tidak perlu risau ia adalah air biasa yang normal. Ia akan mengering dan tertanggal sendiri selepas beberapa hari.

Tips Khatan Bayi 3 : Penjagaan Selepas khatan Bayi

  • KENCING- kencing seharusnya tiada masalah . Jika bayi sukar kencing, boleh hubungi klinik atau doktor . Kencing harus di jirus seperti biasa / wet wipes pn boleh digunakan. namun harus memastikan selepas basuh kemaluan , harus dikeringkan kemaluan menggunakan tuala, tisu ataupun kipas portable
  • NAJIS – Jika berak / kencing , harus ditukar terus lampin , jangan dibiar lama , takut jangkitan pada kemaluan
  • Longgar – Pakaikan pampers dengan longgar dan juga seluar yang longgar sehingga luka sembuh
  • MANDI – boleh mandi seperti biasa, namun harus berhati-hati dengan kemaluan yang telah disunat untuk elakkan kesakitan/ ataupun dislodge plastibell
  • SUSU BADAN – beri susu badan berterusan selepas khatan , susu badan mempunyai sifat anti-kesakitan, ia boleh menjadi painkiller semula jadi . Boleh membantu mengurangkan ketidak selesaan selepas khatan

Tips Khatan Bayi 4 : Komplikasi Khatan Bayi

Setiap prosedur walaupun simple , tetap ada risiko berlaku komplikasi walaupun sangat jarang .
Antara risiko yang boleh berlaku

  1. PENDARAHAN – Pendarahan adalah komplikasi paling biasa berlaku tidak kisah pada khatan dewasa , kanak-kanak mahupun bayi . Namun usah risau ia tidaklah bahaya jika dirawat dengan cepat, Pendarahan kecil ini boleh terjadi secara tiba-tiba dirumah apabila luka sunat terkena sesuatu dengan impak yang sederhana kuat.
    Jika terdapat pendarahan, ambil tisu atau tuala, compress/ tekapkan pada tempat berdarah selama 5 minit. Selalunya pendarahan akan berhenti. Jika tidak , boleh hubungi doktor untuk menghentikan pendarahan
  2. JANGKITAN – Jangkitan jarang berlaku pada kemaluan namun ia tetap boleh berlaku, antara ciri- ciri jangkitan adalah kemaluan rasa panas , warna merah yang jelas kelihatan, hubungi doktor anda untuk mendapatkan rawatan antibiotik
  3. PLASTIBELL TERCABUT SEBELUM WAKTU- Jika plastibel tercabut sebelum waktu ( dalam masa 1 hari selepas sunat) harus dimaklumkan pada doktor untuk rawatan selanjutnya, namun perkara ini sangat jarang berlaku.

Akhir kata , Waktu Bayi adalah antara waktu yang sangat sesuai untuk melakukan khatan . Dengan penyembuhan yang pantas , ditambah dengan senangnya penjagaan dan kurang sakit , membuatkan ramai Ibubapa sekarang ini memilih untuk mengkhatan kan anak mereka sewaktu kecil .

Jika Ibubapa berminat untuk melalukan khatan bersama kami di Klinik Tuah , Boleh membuat temujanji online di website kami. atau pun boleh hubungi /whatsapp kami dengan tekan butang di bawah

Leave a Reply

Here can be your custom HTML or Shortcode

This will close in 20 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Membuat Panggilan

 

 

 

 

 

This will close in 0 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Whatsapp

This will close in 0 seconds