Where Pain Meets Relief

5 Mineral dan Vitamin Untuk Lutut. Jangan Ambil Ringan!

“Sakit Lutut? Cuba suplemen ini!”

Pasti anda sering mendengar ayat ini, baik melalui saudara mara, atau melalui iklan di TV. Suplemen seperti glucosamin, kunyit dan bermacam lagi memang bagus untuk sakit lutut. 

Tapi tahukah anda, sebenarnya sakit lutut anda juga mungkin kerana kurangnya mineral dan vitamin untuk lutut anda!

Kandungan

Pendahuluan

Pernah terfikir kenapa lutut makin sakit walaupun tak cedera atau jatuh? Ramai yang salahkan usia semata-mata, padahal sebenarnya, kekurangan nutrien penting pun boleh jadi punca. 

Kalau anda selalu rasa ngilu, lenguh atau susah nak gerakkan lutut, mungkin badan anda kekurangan vitamin dan mineral tertentu yang sangat penting untuk kesihatan sendi.

kesan kurang vitamin untuk lutut menyebabkan cepat jatuh

Jom kita tengok apa jenis vitamin untuk lutut yang kuat dan sihat. Dan baca sehingga akhir untuk tahu bagaimana anda boleh dapatkan mineral dan vitamin untuk lutut anda secara semula jadi!

5 Jenis Mineral dan Vitamin Untuk Lutut Yang Sihat

Vitamin D

Jika anda warga X ( atau Twitter), pasti anda tahu tentang ciapan viral tentang manfaat berjemur di bawah matahari?

Sinaran matahari memberi vitamin D pada tubuh badan anda dan semestinya membawa manfaat yang besar.

Vitamin D adalah komponen penting untuk penyerapan kalsium, dan bantu kuatkan tulang dan otot.

Bila kalsium dapat diserap dengan baik ke dalam tulang, risiko tulang rapuh dan mungkin membantu mengurangkan simptom osteoarthritis, terutamanya jika tahap vitamin D dalam darah rendah.

osteopenia di bawah artikel vitamin untuk lutut

Selain itu, vitamin D juga mempunyai sifat anti-radang yang bantu kurangkan penghasilan bahan penyebab keradangan dalam lutut. 

Otot jadi lebih kuat dan pergerakan pun lebih stabil. Terdapat kajian tunjukkan individu berusia lebih 50 tahun yang kekurangan vitamin D lebih berisiko mengalami sakit lutut dan pinggul.

Menariknya, pesakit osteoarthritis yang ambil vitamin D3 setiap hari juga melaporkan rasa sakit berkurang dan fungsi otot bertambah baik.

Ringkasan: Vitamin D bantu kuatkan tulang, kurangkan radang dan penting untuk kestabilan otot & sendi.

kebaikan matahari di bawah artikel vitamin untuk lutut

Vitamin K

Vitamin K mungkin kurang popular, tapi ia sangat penting dalam menjaga kesihatan tulang rawan. 

Vitamin ini bantu tubuh menyerap kalsium dengan lebih berkesan ke dalam tulang dan mengaktifkan protein bernama osteocalcin, yang penting untuk pembentukan tulang.

Selain tu, vitamin K juga bantu kurangkan keradangan dan mengelakkan tulang cepat menipis atau menjadi rapuh. 

Kajian juga mendapati bahawa tahap vitamin K yang rendah dikaitkan dengan kehilangan tulang rawan yang lebih cepat dalam pesakit osteoarthritis.

Tapi ingat, vitamin K bukan pengganti gaya hidup sihat. Anda tetap perlu jaga pemakanan dan kekal aktif dengan bersenam  sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Ringkasan: Vitamin K bantu bina tulang kuat, pelihara tulang rawan dan kawal keradangan sendi.

kebaikan vitamin K di bawah artikel vitamin untuk lutut

Kalsium

Izinkan saya membawa anda berfikir sejenak tentang iklan Anlene. Apakah nutrient utama yang sering dikaitkan dalam iklan mereka?

Jawapannya adalah…

KALSIUM!

Ini kerana kalsium adalah mineral asas yang diperlukan untuk membina dan mengekalkan kekuatan tulang. 99% daripada kalsium dalam badan kita sebenarnya tersimpan dalam tulang dan gigi.

Tapi badan kita tak boleh hasilkan kalsium sendiri, jadi kita perlu dapatkan melalui makanan. 

Bila kalsium dalam darah tak cukup, badan akan ‘curi’ dari tulang, menyebabkan tulang jadi lemah dan mudah patah jika ianya berlaku secara kerap.

Selain itu, kalsium juga penting untuk fungsi otot, termasuk otot yang menyokong lutut. Jadi, cukupkan kalsium kalau nak kekalkan kekuatan dan kestabilan sendi.

Ringkasan: Kalsium bantu membina tulang yang kuat dan mengelakkan badan daripada menyerap kalsium dari tulang, menyebabkan tulang menjadi lemah.

Kalsium di bawah artikel vitamin untuk lutut

Vitamin B12

Vitamin B12 mungkin lebih dikenali kerana peranannya dalam sistem saraf dan pembentukan sel darah merah. Tapi sebenarnya, ia juga bantu kesihatan sendi secara tak langsung.

Vitamin B12 pastikan oksigen sampai ke tisu lutut dengan cukup dan bantu mengurangkan risiko keradangan kronik. 

Kekurangan B12 boleh menyebabkan otot lemah, rasa kebas, dan memperlahankan penyembuhan tisu sendi.

Bila saraf dan darah berfungsi dengan baik, lutut pun lebih sihat dan kurang rasa sakit.

Ringkasan: Vitamin B12 membantu sistem saraf, lancarkan aliran darah ke sendi dan kurangkan keradangan.

tanda kurang vitamin b12 di bawah artikel vitamin untuk lutut

Kalium (Potassium)

Kalium ialah mineral penting untuk keseimbangan cecair dalam badan dan fungsi otot. 

Kalau anda selalu kejang atau rasa lutut cepat lenguh, mungkin badan kekurangan kalium. Mineral ni bantu otot bekerja dengan lancar dan kurangkan kejang.

Selain itu, kalium juga bantu kawal tekanan darah dan pastikan aliran darah ke bahagian lutut sentiasa stabil. 

Ini penting sebab nutrien yang diperlukan oleh sendi hanya boleh dihantar melalui aliran darah yang lancar.

Ringkasan: Kalium bantu kuatkan otot, lancarkan darah ke lutut dan kurangkan kejang sendi.

otot kejang di bawah artikel vitamin untuk lutut

Dari Mana Boleh Anda Dapatkan Mineral Dan Vitamin Untuk Lutut Secara Semulajadi?

Vitamin/Mineral Fungsi Utama Sumber Makanan
Vitamin D Serap kalsium, kuatkan tulang & otot, kurangkan radang Ikan berlemak (salmon, sardin), telur, susu, cahaya matahari pagi
Vitamin K Kuatkan tulang & tulang rawan, hasilkan osteocalcin Sayur hijau (bayam, kailan, brokoli), kekacang, produk
Kalsium Bina tulang, elak tulang rapuh, bantu fungsi otot Susu, keju, yogurt, ikan bilis, tauhu, sayur hijau
Vitamin B12 Jaga saraf, hasilkan sel darah merah, elak radang Daging, hati, ikan, telur, susu, keju
Kalium (Potassium) Kuatkan otot, lancarkan darah ke sendi Pisang, kentang, keledek, bayam, kekacang, yogurt

Penutup

Lutut kita memang kerja keras setiap hari. Samada ketika berdiri, berjalan, naik tangga, semua guna lutut. Jadi, penting sangat untuk jaga kesihatan lutut dari awal.

Dengan cukupkan vitamin dan mineral penting, anda boleh elak banyak masalah lutut termasuk osteoarthritis, sakit sendi, dan tulang rapuh.

Anda boleh mengatasi masalah sakit lutut dengan:
✅ Makan makanan seimbang
✅ Cukupkan vitamin & mineral penting
✅ Buat senaman ringan
✅ Kurangkan berat badan jika perlu

Kalau lutut dah mula rasa sakit, jangan tunggu teruk baru nak bertindak. Badan kita, tanggungjawab kita!

Dapatkan Panduan Lengkap Tentang Sakit Lutut Di Pautan Ini –> Sakit Lutut 101

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

guest
1 Komen
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
Tengok semua komen
trackback
2 days ago

[…] Baca dengan lebih lanjut tentang 5 vitamin dan mineral penting untuk kesihatan lutut anda di sini […]

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

Jom baca lagi..

Tuah Kongsi Momen – Tuah La Familia Annual Trip 2024

https://kliniktuah.com/wp-content/uploads/2025/09/Medan-Trip-Tuah-La-Familia-Klinik-Tuah-vid-1.mp4 September 2024— Untuk tahun ini, Tuah La Famila kini ke Medan, Indonesia, sebagai sebahagian daripada trip tahunan 2024. Percutian kali ini dianjurkan bagi menghargai dedikasi serta komitmen mereka yang selama ini telah membanting...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...