A World Without Pain

Tuberculosis (TB) dan Komorbiditi: Faktor yang Menentukan Kejayaan Rawatan Pesakit

Pendahuluan

Pasti ramai yang menyedari bahawa selepas pandemik COVID-19, satu lagi penyakit berjangkit sedang meningkat di negara kita, iaitu tuberkulosis (TB).

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 596 kes Tuberculosis baharu dalam tempoh 8 hingga 14 Februari, menjadikan jumlah keseluruhan 3,161 kes TB dilaporkan di seluruh negara.TB bukan sekadar batuk biasa.

Ia adalah jangkitan bakteria yang boleh menyerang paru-paru dan merebak melalui udara apabila seseorang batuk atau bersin.

Cuba bayangkan, seseorang yang kelihatan sihat rupa-rupanya membawa bakteria TB tanpa disedari. Dalam masa yang sama, mereka mungkin mempunyai penyakit lain seperti kencing manis atau HIV yang melemahkan sistem imun badan.

Gabungan Tb dan komorbiditi ini menjadikan badan menjadi lebih sukar untuk melawan jangkitan, rawatan mengambil masa lebih lama, dan risiko komplikasi menjadi lebih tinggi.
Lebih membimbangkan, jika rawatan tidak berjaya, penyakit ini bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit, tetapi boleh terus merebak kepada orang sekeliling.

Oleh itu, kami meneliti satu kajian yang dijalankan di Negeri Sembilan untuk memahami kadar kejayaan rawatan pesakit TB dan komorbiditi, serta faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan rawatan tersebut.

Kandungan

Latar Belakang dan Mengapa Kajian TB dan Komorbiditi ini Dijalankan

Seramai 7.5 juta individu seluruh dunia menghidapi Tuberculosis pada tahun 2022, menjadikan TB tempat kedua penyumbang angka kematian paling banyak, selepas Covid-19. 45% daripada kes TB baru dan berulang adalah daripada individu komorbiditi atau risiko kesihatan seperti diabetes, merokok, malnutrisi dan viral hepatitis.

Menurut data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat peningkatan kes TB sebanyak 17% daripada 2021 kepada 2022, dan Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan paling tinggi sebanyak 5.1% peningkatan setiap tahun daripada tahun 2012 hingga tahun 2016.

Salah satu cabaran dalam menangani wabak tuberkulosis (TB) ialah kewujudan pesakit TB dan komorbiditi, di mana keadaan ini boleh mengurangkan kadar keberjayaan rawatan. Selain itu, kos rawatan bagi pesakit TB dengan komorbiditi dilaporkan sehingga 4.5 kali ganda lebih tinggi berbanding pesakit tanpa komorbiditi.

Malaysia juga mencatatkan kadar keberjayaan rawatan TB sebanyak 79%, yang masih belum mencapai sasaran 90%, di samping wujudnya jurang ketara antara kadar kejayaan rawatan pesakit TB dengan komorbiditi berbanding populasi umum.

statistik penyakit TB dan komorbiditi di Malaysia dan Negeri Sembilan

Oleh itu, adalah penting untuk menilai faktor risiko kesihatan dan komorbiditi seperti HIV, diabetes mellitus (DM), kemurungan dan malnutrisi, yang berpotensi mempengaruhi hasil rawatan TB.

Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan kadar kejayaan rawatan TB dalam kalangan pesakit yang mempunyai komorbiditi serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan rawatan. Kajian ini memberi tumpuan kepada pesakit TB di Negeri Sembilan dari tahun 2018 hingga 2023.

Bagaimana Kajian ini Dijalankan?

Kajian ini dijalankan untuk melihat bagaimana rawatan Tuberkulosis  berkesan dalam kalangan pesakit yang mempunyai penyakit lain (komorbiditi) di Negeri Sembilan.

Kami telah mengambil data daripada Malaysian National Tuberculosis Registry (NTBR), iaitu sistem dalam talian yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan hanya data daripada Negeri Sembilan digunakan, melibatkan tujuh daerah iaitu Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Tampin, Jempol dan Jelebu. Data ini merangkumi pesakit TB yang menerima rawatan antara tahun 2018 hingga 2023.

Sistem NTBR mengumpulkan maklumat berkaitan kes TB seperti pendaftaran, rawatan dan pemantauan pesakit di seluruh negara

Kajian ini merangkumi pesakit yang memenuhi kriteria seperti berikut;

  • mempunyai komorbiditi,
  • berumur lebih 18 tahun,
  • dan didiagnosis dalam tempoh Januari 2018 hingga Disember 2022.

Pesakit yang mempunyai data tidak lengkap, tidak dapat dipantau sehingga tamat rawatan, atau menghidap TB yang tahan ubat tidak dimasukkan dalam kajian ini.

Secara ringkasnya, kajian ini menggunakan data sebenar pesakit di hospital dan klinik untuk memahami sejauh mana rawatan TB berjaya, terutamanya dalam kalangan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan lain.

Di Malaysia, penyakit seperti TB dan HIV wajib dilaporkan kepada pihak kesihatan dan direkodkan dalam sistem kebangsaan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan data daripada tiga pangkalan utama iaitu NTBR, National AIDS Registry (NAR) dan National Diabetes Registry (NDR) bagi memastikan maklumat pesakit adalah lengkap.

Kajian ini menilai sama ada rawatan Tuberculosis berjaya atau tidak. Rawatan dianggap berjaya jika pesakit sembuh atau berjaya menamatkan rawatan, manakala tidak berjaya jika pesakit gagal rawatan, meninggal dunia atau tidak meneruskan rawatan.

Selain itu, beberapa faktor turut dikaji, termasuk latar belakang pesakit, keadaan penyakit, dan rawatan yang diterima.

Apakah Dapatan Kajian Ini?

Seramai 712 pesakit TB dan komorbiditi terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut,541 pesakit (76%)  berjaya sembuh atau menamatkan rawatan, manakala  171 pesakit (24%) tidak berjaya dalam rawatan tersebut.

Hasil kajian menunjukkan bahawa kira-kira 24% kes TB melibatkan pesakit dengan komorbiditi, dengan kadar kejayaan rawatan sekitar 70% hingga 80%.

Namun, kadar ini adalah lebih rendah berbanding kajian di negara lain seperti India dan Poland, yang mencatatkan kadar kejayaan melebihi 85%. Selain itu, terdapat sedikit penurunan kadar kejayaan rawatan antara tahun 2020 hingga 2022, yang berkemungkinan disebabkan oleh gangguan perkhidmatan kesihatan semasa pandemik COVID-19.

Kebanyakan pesakit dengan komorbiditi yang berjaya menamatkan rawatan adalah lelaki, berumur 40-59 tahun.  Kajian ini mendapati kebanyakan pesakit TB dan komorbiditi terdiri daripada lelaki dan golongan pertengahan umur (40–59 tahun), berbangsa Melayu, tamat sekolah menengah dan tidak bekerja. 

Lelaki lebih berisiko mempunyai pelbagai penyakit lain kerana lebih terdedah kepada faktor risiko, manakala peningkatan umur juga meningkatkan risiko komorbiditi.

pesakit lelaki TB dan komorbiditi lebih cenderung berjaya rawatan

Komorbiditi paling biasa ialah diabetes (70.4%), diikuti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, HIV dan hepatitis. Pesakit TB dengan diabetes menunjukkan kadar kejayaan rawatan yang lebih baik berbanding komorbiditi lain selaras dengan kajian lain di Malaysia. Kejayaan ini mungkin mencerminkan usaha kesihatan negara dalam mengurus kedua-dua penyakit secara serentak dengan lebih berkesan.

Kajian ini juga mendapati pesakit TB dan komorbiditi yang dirawat di hospital kerajaan mempunyai kadar kejayaan rawatan yang lebih rendah berbanding klinik atau hospital swasta.

Salah satu sebab yang mungkin ialah pesakit yang datang ke hospital kerajaan biasanya dirujuk ketika keadaan telah menajdi lebih serius dan boleh menjejaskan peluang untuk sembuh. Selain itu, hospital kerajaan juga menerima jumlah pesakit yang lebih ramai, dengan beban kerja tinggi dan mungkin menyukarkan rawatan bersifat individu kepada setiap pesakit.

Oleh itu, pengurusan TB terutamanya dalam kalangan pesakit dengan komorbiditi memerlukan kerjasama antara hospital kerajaan, klinik kesihatan dan pusat kesihatan swasta.

pesakit TB yang dirujuk ke hospital kerajaan lebih kurang kadar keberjayaan untuk sembuh

Selain itu, pesakit yang memberi respon awal terhadap rawatan dan yang mengikuti rawatan secara konsisten (DOT) menunjukkan kadar kejayaan yang lebih tinggi sebanyak 9 kali ganda.

Selain itu, tempoh rawatan juga memainkan peranan penting. Pesakit yang menjalani rawatan lebih daripada 6 bulan mempunyai peluang untuk sembuh 4 kali ganda lebih tinggi berbanding rawatan kurang dari 6 bulan. Ini kerana bakteria TB mengambil masa untuk dihapuskan sepenuhnya, dan rawatan yang terlalu pendek boleh menyebabkan penyakit berulang.

Oleh itu, kepatuhan kepada rawatan dan tempoh rawatan yang mencukupi adalah kunci utama untuk memastikan rawatan TB berjaya.

Pesakit TB dengan komorbiditi yang mematuhi DOT lebih berpeluang untuk sembuh sepenuhnya

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kadar kejayaan rawatan TB dalam kalangan pesakit yang mempunyai komorbiditi masih belum mencapai sasaran.

Jika tidak ditangani dengan baik, keadaan ini boleh menyebabkan penyebaran penyakit berterusan, peningkatan kematian, dan kos rawatan yang lebih tinggi.

Apa yang Kita Boleh Dapat Daripada Kajian Ini?

  • TB adalah penyakit serius yang masih menjejaskan masyarakat, dan keadaannya menjadi lebih berbahaya apabila pesakit turut mempunyai penyakit lain seperti diabetes atau HIV.
  • Apabila rawatan TB tidak berjaya, penyakit ini boleh terus merebak kepada orang sekeliling, termasuk keluarga dan komuniti.
  • Pesakit yang mempunyai komorbiditi seperti diabetis atau kemurungan menghadapi risiko komplikasi dan rawatan tidak berjaya berbanding pesakit TB biasa.
  • Kos rawatan bagi pesakit TB dan komorbiditi adalah jauh lebih tinggi, sekali gus memberi beban kewangan kepada pesakit dan sistem kesihatan.
  • Ketidakpatuhan terhadap rawatan, seperti tidak makan ubat secara konsisten atau berhenti awal, boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih teruk atau berulang.
  • Tempoh rawatan yang mencukupi sangat penting kerana rawatan yang terlalu singkat tidak mampu membunuh bakteria TB sepenuhnya.
  • Golongan lelaki dan individu berusia lebih tua didapati mempunyai risiko rawatan yang kurang berjaya, menunjukkan pentingnya kesedaran dalam kumpulan ini.
  • Pengesanan awal dan rawatan segera dapat meningkatkan peluang sembuh serta mengurangkan risiko penyebaran penyakit kepada orang lain.
  • Kesihatan seseorang tidak bergantung kepada satu penyakit sahaja, kerana kehadiran penyakit lain (komorbiditi) boleh mempengaruhi keberkesanan rawatan secara keseluruhan.
Dr Mohd ‘Ammar Ihsan

Dr Mohd ‘Ammar Ihsan

Dr. Mohd ‘Ammar Ihsan is a Malaysian Public Health Medicine Specialist with extensive experience in epidemiology, infectious diseases, and health systems research. He currently serves as a Senior Principal Assistant Director at the Negeri Sembilan State Health Department and is an Associate Guest Editor for the Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences (UPM). Dr. ‘Ammar earned his medical degree (MB, BCh, BAO) from the Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI), Dublin, and holds a Master of Public Health (MPH) and Doctor of Public Health (DrPH) from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). He has authored and reviewed numerous peer-reviewed publications in international journals, particularly in dengue, tuberculosis, and public health interventions.

“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda,
kami amat menghargai jika anda kongsikan kepada orang lain.

Facebook
WhatsApp

Jom baca lagi..

Jadi yang Terawal Tahu Promosi Ekslusif & Artikel Menarik Terkini dengan Melanggan Newsletter Kami Secara Percuma!

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...

ada tak mak ayah yang sakit lutut? Atau anda sendiri menderita

Klinik Tuah telah merawat lebih 4000 sakit lutut setahun. Kenapa RAWATAN SAKIT LUTUT di Klinik Tuah menjadi satu fenomena di Malaysia saban tahun , saksikan video ini.