Where Pain Meets Relief

Septic Arthritis : Jangkitan Sendi Lutut Yang Menakutkan

Jarang kita dengar penyakit lutut boleh bawa kematian. Jangkitan sendi Septic Arthritis boleh! Dianggarkan kadar peratusan kematian jangkitan sendi ini boleh mencecah setinggi 15% !

septic arthritis berlaku akibat jangkitan

Kandungan

Apa itu Jangkitan sendi Septic Arthritis?

Jangkitan sendi Septic Arthritis adalah jangkitan yang berlaku pada sendi-sendi di mana-mana badan manusia yang disebabkan oleh bakteria, virus ataupun kulat. Kebiasaaan akan menyerang sendi-sendi yang besar terutama sendi lutut. 

Bayi dan orang tua lebih risiko untuk mendapat penyakit ini kerana sistem imunisasi yang tidak kuat.

septic arthritis menyebabkan radang dan sakit lutut

Bagaimana Septic Arthritis berlaku dan apa penyebabnya?

Jangkitan sendi ini boleh terjadi apabila bakteria atau virus menyerang dari saluran darah hingga ke bahagian sendi. Selaput sendi (synovium) tidak dapat melindungi sendi daripada serangan bakteria dan virus, seterusnya menyebabkan keradangan dan bengkak pada lutut kerana kurangnya aliran darah dan boleh merosakkan sendi lutut jika dibiarkan.

Penyebab paling utama adalah jangkitan bakteria Staphylococcus aureus. Bakteria lain ada lah seperti Haemophilus influenzae, Streptococci, Gonococci serta HIV.

Siapakah yang Berpotensi Mendapat Septic Arthritis?

Antara faktor risiko untuk jangkitan sendi ini termasuklah;

  • Individu yang telah mempunyai sejarah masalah sendi. Antaranya ialah pesakit osteoarthritis, gout, rheumatoid arthritis.
  • Pesakit rheumatoid arthritis yang mengambil ubat secara berterusan. Sistem imun mereka akan melemah dan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan.
  • Individu yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis kerana kulit mereka mudah rosak dan memudahkan kuman masuk ke dalam tubuh badan.
  • Individu dengan sistem imunisasi badan yang lemah seperti penghidap diabetes, masalah buah pinggang dan masalah hati.
  • Individu yang terdedah pada luka yang parah seperti gigitan haiwan.

 

warga emas yang mempunyai osteoarthritis berisiko mendapat septic arthritis

Simptom Septik Arthritis

Sebenarnya gejala jangkitan kuman ini agak sama dengan rheumatoid arthritis. Namun bezanya arthritis ini boleh merebak dengan sangat cepat. Seorang individu yang mengalaminya boleh mendapat kesan seawal beberapa jam. Antara simptomnya termasuklah;

  • Sendi bengkak, kemerahan dan terasa hangat apabila disentuh.
  • Sendi terasa pedih apabila digerakkan.
  • Tubuh terasa lemah dan sesetengah kes boleh menyebabkan demam.
  • Sukar untuk menggerakkan lutut akibat sendi yang terjangkiti.

Bolehkah septic arthritis membawa maut?

Walaupun dengan penggunaan antibiotik , dianggarkan kadar kematian setinggi 7-15%. Jika anda mengalami gejala diatas , pastikan berjumpa dengan doktor anda untuk kepastian dan rawatan.

Adakah septic arthritis akan hilang sendiri?

Septik Arthritis tidak akan hilang sendiri kerana ia ada disebabkan jangkitan kuman yang kuat. Jangkitan kuman harus di rawat menggunakan antibiotik untuk membunuh kesemua kuman didalam sendi. Jika tidak dirawat akan menyebabkan komplikasi yang serius dan boleh mengancam nyawa

Bagaimana Septic Arthritis dirawat?

Berikut merupakan rawatan yang akan digunakan untuk merawat penyakit ini

  • Pembedahan: Surgical Debridement iaitu pembedahan pembuangan tisu yang radang dan dijangkiti kadangkala diperlukan dalam kes kebanyakan
  • Antibiotik : Semua kes septic arthritis mesti dirawat menggunakan antibiotik sama ada dalam bentuk intravenous atau makan
  • Buang Air Radang Sendi: Air Radang yang dijangkiti akan dikeluarkan menggunakan picagari dan jarum untuk dibuang. Proses ini mungkin akan diulangi beberapa kali

Penutup

Jika anda merasakan anda mempunyai simptom arthrtis , hubungi doktor anda dengan kadar yang segera. Penyakit ini bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Baca Lebih Lanjut tentang Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap)

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
Tengok semua komen
trackback
1 month ago

[…] Baca lebih lanjut tentang Septic Arthritis […]

trackback
21 days ago

[…] Septic arthritis terjadi bila sendi dijangkiti kuman dan menyebabkan radang. Jenis ini perlu dirawat segera kerana boleh jadi serius. […]

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

Jom baca lagi..

How to Fix Phimosis: A Simple Step-by-Step Guide

Gosh, It Stuck! Steve Smith A Suffering Man Table of Contents Introduction How to fix phimosis? Don’t worry, you’re not alone searching for this—many people face the same issue, and it’s nothing to be...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...