Cuba anda bayangkan , anda telah mengupah sepasukan askar untuk mempertahankan negara anda , namun malangnya askar yang seharusnya berkhidmat untuk anda , bertindak untuk menyerang istana dan rakyat marhaen anda pula. Itulah yang berlaku dengan Rheumatoid Arthritis , ia merupakan satu penyakit autoimun . Sistem imun yang sepatutnya menyerang bakteria dan pathogen lain dari masuk ke badan, kini telah menyerang sendi-sendi dalam tubuh anda. Hasilnya, seluruh sendi dalam badan anda merasa sakit.
Kandungan
Apa itu Rheumatoid Arthritis?
Rheumatoid Arthritis adalah penyakit autoimun kronik yang menyebabkan keradangan pada seluruh badan terutamanya pada sendi-sendi.
Kenapa boleh berlakunya Rheumatoid Arthritis (RA)
Dalam tubuh orang normal, sistem imun diperlukan untuk melawan penceroboh yang masuk ke dalam badan seperti bakteria dan virus.
Namun, dalam penyakit autoimunisasi seperti Rheumatoid Arthritis, sistem imun badan terkeliru dan menganggap sel badan yang normal sebagai penceroboh asing dan membebaskan bahan kimia radang yang menyerang sel-sel tersebut. Bagi kes Rheumatoid Arthritis pula, sistem imun khususnya menyerang sinovium, tisu yang melapisi sekeliling sendi . Lapisan sinovium yang meradang akan menjadi lebih tebal dan menjadikan kawasan sendi berasa sakit dan sendi membengkak membuatkan pergerakan sendi sukar
Apa penyebab utama Rheumatoid Arthritis ?
Tidak tahu!!
Sebenarnya hingga kini penyelidik, doktor dan saintis tidak tahu secara tepat punca sebenar Rheumatoid Arthritis tetapi mereka percaya ia mungkin disebabkan seseorang itu mempunyai genetik tertentu yang diaktifkan oleh keadaan persekitaran, seperti virus atau bakteria, tekanan fizikal atau emosi atau beberapa faktor luaran yang lain.
Simptom Rheumatoid Arthritis
Pada peringkat awal, pesakit Rheumatoid Arthritis mungkin tiada tanda bengkak dan kemerahan pada sendi atau kulit, tetapi penghidap RA akan merasa kesakitan pada sendi. Sendi-sendi ini boleh menjadi lebih sakit pada waktu pagi, serta menjadi kaku untuk melakukan sebarang pergerakan. Gejala ini adalah petunjuk seseorang menghidap RA.
Simptom Rheumatoid Arthritis adalah seperti berikut
- Sakit, Bengkak, Kaku, Bisa pada lebih dari satu sendi di badan.
- Kaku, terutama selepas bangun tidur atau duduk lama.
- Sakit dan kaku pada kedua-dua belah sendi
- Kelesuan melampau
- Badan lemah
- Kerap demam
Risiko menghidap Rheumatoid Arthrtitis (RA)
Rheumatoid Arthritis (RA) ini boleh menyerang sesiapa sahaja. Namun, terdapat golongan yang lebih berisiko untuk mendapat RA ini. Antaranya termasuklah;
- Manusia yang punyai berat badan berlebihan
- Orang yang berumur
- Golongan wanita
- Perokok
- Kanak-kanak yang terdedah pada asap rokok
- Individu yang mempunyai genetik kelas II HLA
Bolehkah penyakit Rheumatoid Arthritis sembuh?
Malangnya penyakit Rheumatoid Arthritis tidak boleh sembuh secara total. Modul Rawatan Rheumatoid Arthritis lebih menfokuskan untuk mengawal symptom dan mengelakkan episod serangan yang kerap.
Rawatan Rheumatoid Arthritis
Diagnosis awal dalam masa 2 tahun dari mulanya simptom sangat membantu mengelakkan sendi dan pelapik kartilej sendi dari teruk rosak. Ia dapat mengelakkan dari kerosakan akibat komplikasi dasyat rheumatoid arthritis .
1. Pengubahan Cara Hidup
- Kurangkan Makanan yang boleh meningkatkan kadar keradangan badan seperti gluten, gula, makan proses dan lain-lain
- Amalkan gaya hidup yang sihat seperti lakukan senaman ringan dan elak pengambilan alkohol serta rokok/vape
2. Ubatan untuk Rheumatoid Arthritis
- NSAIDs (Nonsteroidal Anti Inflammatory Drug) : Ubat tahan sakit yang boleh meredekan sakit dan bengkak pada sendi seperti naproxen, celebrex , diclofenac dan lain-lain
- Corticosteroid : Ubat ini boleh merendahkan tahap keradangan serta mengurangkan sakit sebagai contoh prednisolone, hydrocortisone dan lain
- Disease-modifying antirheumatic drugs (DMARDs), tidak seperti NSAIDS, DMARDs boleh melambatkan kemajuan/ progress penyakit dengan mengubah sistem imun kita. contoh DMARDs yang biasa adalah Methotrexate ,Hydroxychloroquine ,Sulfasalazine.
- Biologics : Jika semuanya tidak berjaya , doktor mungkin akan memberi anda biologic response agents . biologics ini bertindak menyerang molekul yang bertanggungjawab menyebabkan keradangan. contoh biologics adalah Etanercept dan Infliximab
Baca lebih lanjut Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap)
Akhir Kata
Penyakit autoimun memang sukar dirawat. Namun dengan pendekatan tertentu dan rawatan yang tepat, penyakit ini dapat dikawal dengan baik untuk memastikan kualiti hidup yang bertambah baik.
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.