“Achummm… Achummmm…” Bunyi Bersin.. Lalu anda mengambil tisu untuk lap hingusan yang keluar.. Secara tiba-tiba telinga anda pulak yang tak dengar…
“eh .. peliknya.. telinga sumbat pulak dah.. dah macam naik gunung cameron highland pulak.. “
Mesti anda pernah mengalami masalah seperti ini kan ? Telinga tersumbat ketika selsema. Jadi kenapa ianya berlaku?
Jom baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut
Kandungan
Pengenalan
Musim hujan yang tak menentu memang boleh memberi kesan pada tubuh, terutamanya bagi mereka yang imun tubuhnya tak begitu kuat. Tanpa kita jangka, demam dan selsema mudah menyerang. Tapi yang lebih pelik, sakit datang dengan pakej telinga tersumbat sebab selsema!
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba rasa macam ada benda menghalang dalam telinga. Bukan setakat hidung yang buat hal, telinga pun buat “roadblock” sekali. Memang tak best kan?
Jadi, kenapa boleh telinga tersumbat sebab selsema?
Tiub Eustachian Punca Telinga Tersumbat Sebab Selsema
Perasan tak kalau kita ada masalah telinga tersumbat, doktor akan tanya “ada selsema tak?”
Eh ada kaitan ke selsema dengan telinga tersumbat?
Sebenarnya, telinga dan hidung berhubung antara satu sama lain! Terutama telinga tengah dan hidung disambungkan oleh satu saluran kecil yang dipanggil tiub Eustachian. Saluran ini berfungsi untuk memastikan tekanan udara dalam telinga stabil, jadi tak ada lah rasa macam bercakap dalam gua.
Dan apabila anda selsema, hidung anda tersumbat dengan hingus bukan? Jadi mulalah kita rasa tak selesa dan asyik hembus hingus tu, salah satu cara agar boleh bernafas. Sebab itu bila hingus dah keluar atau ditelan, telinga pun turut rasa lega.
Tekanan Udara & Hingus
Tiub Eustachian berfungsi untuk menyeimbangkan tekanan udara antara telinga tengah dan luar. Tiub ini akan terbuka sekejap untuk tambah atau buang tekanan udara dalam telinga ketika kita mengunyah, menguap atau menelan sesuatu.
Apabila terlampau banyak hingus yang terkumpul dalam hidung, tekanan jadi tak seimbang sebab dihalang oleh hingus ini. Hingus yang terlalu banyak menyebabkan tisu dalam hidung bengkak, dan tekan tiub ini.
Hasilnya, tiub eustachian ini tertutup dan menghalang laluan udara ke telinga. Udara yang terkumpul ini menyebabkan telinga tengah tak seimbang dan menekan gegendang telinga dari dalam. Itulah penyebab telinga jadi rasa tersumbat, tak berapa dengar, dan kadang-kadang boleh jadi rasa sakit atau pening.
Lain-Lain Punca Telinga Tersumbat Akibat Selsema
1. Alahan
Kalau anda jenis yang mudah sensitif pada persekitaran (bukan perasaan), alahan memang boleh buat telinga tersumbat. Bila kita terdedah pada debunga, habuk, atau bulu haiwan, badan mula hasilkan banyak hingus.
Hingus ni kemudian boleh buat hidung tersumbat dan, akibatnya, tekan tiub Eustachian sampai laluan ke telinga jadi sempit atau tertutup. Kesan? Telinga rasa penuh, bunyi jadi tak jelas, dan kadang-kadang sampai rasa pening sebab tekanan udara dalam telinga tak seimbang.
2. Kuman
Selsema biasa datang bersama bakteria dan virus. Bila bakteria atau virus menyerang saluran pernafasan atas (hidung dan tekak), mereka tak berhenti di situ je. Kadang-kadang, kuman ni boleh merayap ke Tiub Eustachian, buatkan ia tersumbat dengan hingus dan cecair jangkitan.
Ini sebabnya, jangkitan telinga tengah (otitis media) selalu berlaku bila kita selsema atau ada masalah pernafasan. Simptomnya? Telinga rasa penuh, mungkin sakit, dan kadang-kadang ada cecair keluar dari telinga.
3. Resdung
Resdung atau sinusitis adalah satu lagi sebab utama telinga rasa tersumbat. Bila sinus di sekitar hidung dan muka mula bengkak dan penuh dengan hingus, tekanan pada Tiub Eustachian meningkat.
Hasilnya, telinga kita terasa tersumbat kerana tiub ni tak boleh seimbangkan tekanan dalam telinga dan luar. Kadang-kadang, resdung ni boleh buat sakit kepala, muka rasa berat dan telinga jadi macam “tersangkut.”
4. Radang & Kanser
Kes ini sangat jarang berlaku, tapi ada kemungkinan telinga tersumbat menandakan masalah yang lebih serius. Radang kronik, seperti yang berlaku dalam penyakit autoimun atau alergi yang berpanjangan, boleh buat tisu di sekitar Tiub Eustachian membengkak secara kekal. Keadaan ni buat laluan udara ke telinga terganggu secara berterusan.
Lebih merisaukan, telinga tersumbat disebabkan oleh tumor atau kanser yang tumbuh berhampiran telinga atau saluran pernafasan atas. Tanda-tanda awal yang mungkin ada termasuk telinga selalu rasa penuh, pendengaran terganggu, atau sakit telinga yang berterusan.
Telinga tersumbat tapi tiada selesema? Ketahui punca lain telinga tersumbat di sini
Kesimpulan
Jadi, bila anda mula rasa telinga tersumbat sebab selsema, ia disebabkan oleh Tiub Eustachian tengah berjuang nak seimbangkan tekanan dalam kepala. Dan kerap hembus hingus bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Sebaiknya anda berehat, biar badan sembuh, dan cuba elak benda-benda yang buat hidung lagi bengkak.
Sekiranya telinga anda tetap tersumbat, atau menjadi lebik teruk walaupun selepas selesema anda hilang, dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor. Biarkan doktor periksa telinga anda untuk kenal pasti punca masalah telinga anda dan berikan rawatan yang berkaitan. Jangan biarkan telinga anda dalam kesakitan dan kesengsaraan.
Tak mahu hidup dalam diam dan sepi?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Telinga Tersumbat di Klinik Tuah
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.