fbpx Skip to main content
EarwaxPenyakit Biasa

Telinga Pekak Tiba-Tiba? 6 Punca Telinga Tersumbat!  

By November 14th, 2024No Comments

Pasti rakyat Malaysia tahu tentang sketsa pendek Cikman dan So’od yang viral di aplikasi TikTok satu ketika dulu. Kita semua terhibur menonton So’od yang sering kali salah dengar apa Cikman cakap. Mainkan perasaan betul!

Pendahuluan

Mengapa boleh jadi “miscommunication” sebegitu? Selain pekak, ia juga berpunca daripada telinga tersumbat. Telinga tersumbat boleh menghalang anda daripada mendengar dengan jelas. Bayangkan anda bercakap dengan rakan depan-depan, tapi suaranya macam di sebalik dinding sebelah! Stress bukan?

Telinga tersumbat adalah masalah yang biasa, dan pelbagai faktor boleh menyebabkan keadaan ini, seperti alergi, kotoran, dan satu faktor yang tidak disangka-sangka! Artikel ini akan mengupas punca-punca telinga tersumbat yang mengganggu pendengaran anda.

6 Punca Telinga Tersumbat

Salah satu punca telinga tersumbat paling biasa adalah tahi telinga yang mengeras. Liang telinga manusia menghasilkan sejenis lendir kotoran yang dipanggil serumen. Serumen ini berfungsi untuk melindungi telinga daripada mikroorganisma, kotoran telinga dan bakteria.

Tetapi serumen berlebihan boleh menyebabkan ianya menjadi keras dan tersumbat yang menyebabkan gelombang bunyi tak dapat masuk.

Putik kapas atau q-tip yang disangka dapat membantu membersihkan tahi telinga anda boleh menjadi lawan tidak disangka jika digunakan dengan cara yang salah! Alat korek telinga boleh menolak tahi telinga jauh lebih ke dalam, menyebabkan liang telinga tersumbat.

Penggunaan alat bantuan pendengaran seperti earplug atau earphone juga dipercayai juga menyumbang kepada tahi telinga tersumbat. Jadi, nikmati lagu anda pada volume 60% ke bawah!

Rawatan Cuci Telinga Tersumbat di Klinik Tuah


Saya pernah mendapat satu kes, ibunya dengan panik datang bersama anaknya yang tidak berhenti menangis.

Teriak anak kecil itu. Selepas membuat pemeriksaan, rupanya ada mainan kecil terlekat dalam telinga anaknya.

Kes sebegini sebenarnya sering terjadi pada kanak-kanak, tetapi dewasa tidak terkecuali. Kapas telinga, mainan, bahkan serangga kecil boleh masuk ke dalam telinga kita. Dan kita serta-merta rasa tidak selesa, seperti sesuatu tersekat dalam telinga dan boleh menyebabkan kesakitan melampau. Malah jika dibiarkan, boleh hilang pendengaran!

Jika anda rasa ada benda asing di dalam telinga, elakkan daripada mencuba mengeluarkannya sendiri, kerana ia mungkin akan menyebabkan lebih banyak masalah. Segera berjumpa doktor untuk mengeluarkan bendasing tersebut.

Serangga dalam telinga punca telinga tersumbat Klinik Tuah


Tiub Eustachian (Eustachian Tube) adalah saluran yang menghubungkan hidung dan telinga tengah. Tiub ini berfungsi untuk mengimbangkan tekanan dalam dan luar telinga. Apabila tekanan pada salah satu organ ini tinggi atau rendah daripada yang sepatutnya, saluran ini akan terbuka untuk membenarkan udara masuk dan mengimbangkan tekanan telinga.

Antara faktor perbezaan tekanan termasuklah semasa pesawat berlepas, menyelam skuba dan menaiki kawasan pergunungan.

Namun, masalah pada eustachian tube ini boleh menyebabkan saluran tidak terbuka dan menjadi punca telinga tersumbat. Anda boleh berasa pening, rasa penuh dalam telinga dan seperti ada bunyi berdengung dalam telinga.

Saluran ini juga boleh tersumbat kerana cecair dan lendir yang terperangkap di telinga tengah, biasanya semasa anda mengalami selesema, influenza, alergi dan jangkitan kuman.

Tiub Eustachian penuh punca telinga tersumbat Klinik Tuah


Jangkitan kuman dalam telinga atau otitis media juga sinonim dengan punca telinga tersumbat. Ini biasanya berlaku apabila kuman menyerang telinga tengah, menyebabkan cecair berkumpul dan menghalang laluan gelombang bunyi.

Anda mungkin terasa seperti telinga berdesing disertai dengan rasa sakit yang boleh membuatkan anda berasa seperti ada gendang yang dipukul di dalam telinga.

Otitis media ini boleh membawa keadaan yang lebih serius dan boleh menjadikan telinga anda pekak kekal kerana gegendang pecah!

Oleh itu, amat penting untuk menjaga kebersihan telinga kita, terutama para ibu bapa perlu sentiasa peka dengan telinga anak-anak. Ini kerana kanak-kanak masih belum pandai membersihkan telinga sendiri. Jika ini terjadi, pastikan anda mendapatkan rawatan untuk mengelakkan masalah yang lebih serius.


Antara punca telinga tersumbat yang lain ialah alergi rhinitis. Sistem imunisasi badan bertindak balas pada allergen tertentu, seperti debu dan bulu haiwan. Tindak balas ini menyebabkan tiub Eustachian membengkak, rembesan cecair secara berlebihan, atau tekanan pada saluran telinga yang menyebabkan telinga anda terasa seperti penuh.

Anda dinasihatkan untuk tidak menaiki pesawat sementara selesema belum sembuh untuk mengelakkan tekanan berlebihan dan telinga anda lebih sakit.

Alergi Rhinitis Punca Telinga Tersumbat Klinik Tuah


Berenang pastinya membuat anda lebih sihat dan menyegarkan, tetapi ia juga boleh menjadi punca telinga tersumbat. Air yang masuk dalam saluran telinga boleh mendatangkan masalah telinga tersumbat akibat radang telinga luar atau swimmer’s ear, di mana jangkitan bakteria yang menyebabkan telinga terasa gatal dan merah-merah.

Selain itu, tekanan yang tidak seimbang dari luar dan gegendang telinga boleh menyebabkan gegendang tercedera atau barotrauma. Barotrauma biasanya tidak serius, namun ada juga kes yang melibatkan gegendang pecah sekiranya tidak dicegah dan dirawat dengan segera.

Berenang Punca Telinga Tersumbat Klinik Tuah
Infografik 6 Punca Telinga Tersumbat Klinik tuah

Cara Merawat Telinga Tersumbat

Menelan air liur dengan kerap ketika menaiki pesawat

Mengunyah gula-gula getah selama 1-2 jam

Ubat antihistamine untuk meredakan alahan

 

Ubat Titik Telinga

 Kesimpulan

Telinga tersumbat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, dan memang boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa, dan lebih teruk lagi sakit telinga. Jika masalah ini berterusan atau disertai dengan simptom lain, segera mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor anda. Ingat, penjagaan telinga adalah penting, dan tidak ada salahnya untuk ‘membuka laluan’ bagi memastikan pendengaran anda sentiasa lancar!