Tahukah anda , dalam dunia serba moden harini, persekitaran kita dikelilingi oleh kuman serta bakteria yang kebal kepada antibiotik.
Peningkatan kes kuman yang kebal antibiotik ini amat merisaukan.
Cuba bayangkan satu batalion askar yang tak lut dan tidak terluka walaupun telah serang dengan pelbagai senjata.
Begitulah kuman-kuman ini, saban tahu mereka dapat menghasilkan kekebalan terhadap antibiotik yang kebanyakan
Salah satu kuman tersebut dikenali sebagai MRSA ataupun Methicillin-Resistant Staphylococcus aureus
- Secara ringkas
Ia sejenis bakteria Staphylococcus - Tetapi kebal terhadap banyak antibiotik biasa
- Selalu dikaitkan dengan jangkitan dalam hospital


Kenapa MRSA bahaya?
MRSA boleh menyebabkan:
- Jangkitan kulit dan luka
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan darah
- Tempoh rawatan hospital jadi lebih lama
- Kos rawatan meningkat
- Risiko komplikasi lebih tinggi
Bagi pesakit warga emas, pesakit kencing manis dan pesakit pembedahan, risiko adalah lebih tinggi.
Sebab itu hospital sangat ambil berat tentang MRSA.
Dulu, kuman ini boleh dirawat dengan antibiotik biasa.Â
Tapi sekarang, rawatan jadi lebih sukar kerana kuman ini semakin pandai melawan ubat antibiotik dan sudah imun terhadap sesetengah ubat.Â
Oleh ini, kami telah menjalankan satu kajian yang dibuat di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Kuala Lumpur, untuk mengetahui kekerapan ,risiko , kesan dan lain lagi bagi kes MSRA di hospital. Â
Artikel kajian : Prevalence of Methicillin-Resistant Staphylococcus Aureus at a Tertiary Teaching Hospital in Malaysia


Apa Yang Kami Kaji?
Tujuan kajian:
Nak tahu berapa kerap MRSA berlaku di Hospital
Siapa yang lebih berisiko
Dari wad mana
Antibiotik mana yang masih berkesan
Kajian ini melihat pada:
- Data pesakit 2018 hingga 2019
- Semua kes kuman kebal antibiotik di HCTM
- Fokus utama pada MRSA
Lebih 1,500 sampel dianalisis
Hasil Dapatan Penting Kajian
Kadar MRSA
MRSA menyumbang 23.6% daripada semua kuman kebal antibiotik
Kedua tertinggi selepas kuman ESBL (Extended-Spectrum Beta-Lactamase )
Walaubagaimanapun , trend MRSA didapati menurun dalam tempoh kajian yang telah dijalankan
Ini menunjukkan sebenarnya langkah pencegahan hospital semakin berkesan.


Siapa Lebih Berisiko Dijangkiti MRSA?
A) Lelaki lebih berisiko
Kajian mendapati pesakit lelaki lebih kerap dijangkiti MRSA berbanding wanita.
Kemungkinan sebab:
- Penyakit kronik lebih kerap
- Luka lambat sembuh
- Kemasukan hospital berulang
B) Umur Dan Kaum
Tiada perbezaan ketara antara umur dan kaum.
C) Wad Hospital Paling Tinggi Kes MRSA
MRSA paling banyak dikesan di:
- Wad Ortopedik
- Wad Perubatan
- Wad lain
Menariknya, ICU bukan wad tertinggi dalam kajian ini. Wad ortopedik lebih terdedah kerana:
- Banyak kes luka pembedahan
- Pesakit tinggal lebih lama
- Risiko jangkitan silang
Dari Mana MRSA Biasanya Dikesan?
Sampel MRSA paling kerap diambil dari:
- Saluran pernafasan seperti kahak dan tiub pernafasan
- Luka dan tisu
- Darah
Ini selari dengan sifat bakteria yang mudah menyerang paru-paru, kulit dan aliran darah.




Antibiotik MRSA
Mana Masih Berkesan?
A) Antibiotik yang TIDAK berkesan
MRSA didapati kebal sepenuhnya terhadap:
- Penicillin
- Oxacillin
Kebal tinggi terhadap:Â
- ciprofloxacin
- erythromycin
B) Antibiotik yang masih berkesan
Antibiotik berikut masih menunjukkan keberkesanan yang sangat baik:
- Teicoplanin
- Linezolid
- Co-trimoxazole
- Doxycycline
- Rifampicin
- Gentamicin
Berita baiknya, keberkesanan antibiotik ini stabil dalam tempoh 2 tahun kajian.
Ia menunjukkan penggunaan antibiotik yang terkawal di hospital.
Kesimpulan Ringkas
- MRSA masih wujud dan berbahaya
- Namun begitu kadar di Hospital Chancelor Tunku Mizan menunjukkan trend menurun
- Lelaki dan wad ortopedik lebih berisiko
- Banyak antibiotik penting masih lagi berkesan
- Kawalan jangkitan dan penggunaan antibiotik yang betul sangat penting
Â
Kajian seperti ini membantu hospital dan doktor untuk :
- Lindungi pesakit
- Kurangkan jangkitan
- Elakkan kuman jadi lebih kebal


Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Kajian Ini?
- Jangan ambil antibiotik sesuka hati tanpa nasihat doktor
Antibiotik bukan ubat demam atau selesema. - Amalkan kebersihan tangan yang baik
Basuh tangan sebelum dan selepas melawat pesakit hospital. - Habiskan antibiotik yang diberi doktor
Berhenti makan ubat separuh jalan boleh menyebabkan kuman jadi lebih kebal dan bahaya. - Percaya kepada sistem kawalan hospital
Kajian ini adalah bukti langkah pencegahan yang dilakukan hospital menunjukkan kesan positif.
Akhir kata ,
Antibiotik adalah amanah, bukan hak.
Gunakan dengan betul, atau kita akan kehilangan senjata paling penting dalam perubatan.
Kita haruslah memastikan masalah kuman kebal antibiotik ini ditangani secara bersama oleh rakyat, petugas kesihatan dan institusi perubatan agar rawatan yang berkesan dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.
Rujukan
Artikel ini adalah berdasarkan dapatan kajian saintifik yang diterbitkan dalam jurnal perubatan :
Mohd Rohaizat H, Mohd ‘Ammar Ihsan Bin Ahmad Zamzuri ,Mohd Nazrin J,Nor Rumaizah MN, Sharifah Azura S, Intan Kartina AK, Mohammad Saffree J, Syed Sharizman SAR, Firdaus H, Hasanain FG.
Prevalence of Methicillin-Resistant Staphylococcus aureus at a Tertiary Teaching Hospital in Malaysia.
Med & Health. 2022;17(1):133–143.
DOI: 10.17576/MH.2022.1701.10








