Where Pain Meets Relief

6 Jenis Sakit Lutut Lazim di Malaysia dan Rawatannya                                     

Eh… kenapa lutut aku bunyi kruk krak bila bangun dari duduk? Osteo ke ni? Tapi aku muda lagi, takkan dah sakit lutut macam orang tua?

Kandungan

Pendahuluan

Haa, nak tahu tak… sakit lutut sebenarnya bukan disebabkan osteoarthritis sahaja!

Sakit lutut adalah salah satu masalah kesihatan yang paling kerap dialami oleh orang dewasa, sama ada disebabkan faktor umur, kecederaan sukan, berat badan berlebihan atau penyakit tertentu.

Setiap jenis sakit lutut mempunyai simptom dan rawatan yang berbeza. Ada yang bermula dengan sakit ringan tetapi beransur-ansur menjadi semakin teruk, ada juga yang berlaku secara tiba-tiba akibat kecederaan.

Ramai yang mengambil ringan akan sakit lutut mereka, namun jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan pergerakan harian dan juga kualiti hidup.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan jenis sakit lutut yang lazim, simptom yang biasa dialami, serta pilihan rawatan yang boleh dipertimbangkan.

Imej AI yang menunjukkan kerosakan tulang dalam lutut

6 Jenis Sakit Lutut Yang Biasa Dialami Rakyat Malaysia

Osteoarthritis

Osteoarthritis lutut adalah satu jenis sakit lutut yang terjadi akibat kerosakan tulang rawan. Osteoarthritis ini biasanya terjadi pada golongan berumur , namun warga muda belia tidak terkecuali daripada penyakit satu ini, bergantung kepada gaya hidup mereka.

Osteoarthritis ini terjadi apabila tulang rawan dalam lutut menjadi semakin haus dan menipis akibat penggunaan berulang. Tulang rawan berfungsi untuk menyerap hentakan dan sebagai pelincir antara sendi.

Apabila tulang rawan ini rosak, permukaan tulang lebih mudah bergeser antara satu sama lain, menggalakkan penghasilan taji tulang (osteophytes), dan cecair synovial meradang.

Disebabkan itulah, lutut anda mudah menjadi sakit dan bengkak, walaupun ketika melakukan aktiviti harian.

tahap osteoarthritis dalam artikel jenis sakit lutut

Simptom Utama Osteoarthritis

  • Sakit lutut yang beransur-ansur teruk
  • Sakit lutut makin ketara apabila membuat aktiviti fizikal
  • Lutut kelihatan bengkak
  • Lutut berbunyi seperti bergesel ketika bergerak
  • Rasa tidak stabil apabila berdiri
  • Lutut rasa kaku dan tegang, terutama selepas duduk lama

Rawatan Sakit Lutut Osteoarthritis

Rawatan untuk osteoarthritis bergantung mengikut tahap. Namun perlu diingatkan, osteoarthritis adalah penyakit degeneratif dan tidak dapat pulih sepenuhnya.

Rawatan yang bersesuaian dapat meredakan rasa sakit, melambatkan perkembangan osteoarthritis serta membantu anda menjalani rutin harian. 

Tahap 1
  • Untuk osteoarthritis tahap pertama, anda boleh mencegah perkembangan OA dengan suplemen seperti glucosamine dan chondroitin. Doktor juga biasanya membekalkan ubat tahan sakit untuk anda.
Tahap 2
  • Untuk osteoarthritis tahap 2, doktor akan mula galakkan untuk suntikan hyaluronic acid atau lebih sinonim dengan gel lutut. 
  • Tujuan suntikan ini adalah untuk melindungi tulang rawan anda daripada terhakis dengan lebih cepat dan menjadi pelincir antara sendi. 
  • Kemudian, anda juga boleh mengambil suplemen tambahan untuk melambatkan perkembangan osteoarthritis.
  • Rawatan pemulihan semulajadi juga disarankan untuk memulihkan tisu-tisu yang rosak di dalam sendi lutut selepas suntikan gel lutut.
Tahap 3 & 4 (awal)
  • Pada tahap ini, anda sangatlah disarankan untuk mendapatkan suntikan gel lutut untuk melindungi tulang rawan daripada terus terhakis. Ia juga membantu anda bergerak tanpa rasa sakit yang ketara.
  • Anda juga disarankan untuk mengambil suntikan pemulihan semulajadi untuk membina semula tisu-tisu yang rosak dan melawan proses pereputan.
Tahap 4 (Akhir)
  • Pada tahap ini, hanya pembedahan tukar lutut menjadi jalan terakhir. Walaupun suntikan gel lutut boleh membantu, tapi mungkin ianya tidak mampu melegakan sakit lutut OA tahap akhir.
Rawatan jenis sakit lutut osteoarthritis tahap akhir ialah pembedahan tukar lutut

Kecederaan ACL

Tahukah anda mimpi ngeri utama para atlet?

Kecederaan ACL.

ACL yang tercedera boleh menjadi pengukur kerjaya mereka, samada masih berjuang, atau bersara dari medan perjuangan. 

jenis sakit lutut kerana ACL terkoyak lazim dalam kalangan atlet

Tapi apa itu ACL?

ACL adalah satu daripada empat ligamen utama yang berfungsi untuk mengstabilkan lutut apabila membuat pergerakan seperti berpusing atau melompat. 

ACL mencegah tulang betis daripada menggelongsor jauh daripada tulang peha.

Ligamen ini boleh tercedera disebabkan hentakan langsung pada lutut, tekanan berlebihan pada ligamen, pergerakan “twisting” pada sebelah kaki dan penggunaan sendi yang berlebihan.

Simptom Kecederaan ACL

  • Bunyi “pop” atau lutut seakan meletup pada peringkat awal ACL terkoyak
  • Lutut rasa sakit dan bengkak
  • Lutut rasa hangat dan sakit apabila disentuh
  • Lutut terasa longgar dan tidak stabil ketika melakukan aktiviti harian
  • Anda juga mungkin mengalami kesukaran untuk meluruskan atau membengkokkan lutut.
jenis sakit lutut disebabkan koyakan ACL

Rawatan Kecederaan ACL

  • Kaedah R.I.C.E boleh diamalkan selama 1-3 hari selepas kecederaan berlaku, untuk mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
  • Sekiranya semakin teruk, anda amatlah disarankan untuk berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
  • Antara rawatan kecederaan ACL termasuklah fisioterapi untuk menguatkan otot-otot sekitar sendi agar lutut tidak terlalu bergantung kepada ligament.
  • Suntikan pl@sma atau rawatan ibu sel merupakan rawatan moden yang membaik pulih tisu yang tercedera dan merangsang pertumbuhan sel baru.
  • Pembedahan rekonstruksi ACL juga adalah salah satu kaedah untuk merawat kecederaan ACL.

Pelapik Lutut Koyak (Meniscus Tear)

Jenis sakit lutut yang seterusnya ialah pelapik lutut koyak atau meniscus tear. Meniscus ialah sejenis tisu berbentuk C yang berfungsi untuk menyerap hentakan pada lutut setiap kali kita melakukan aktiviti.

Meniscus juga berfungsi untuk mengagihkan tekanan pada lutut, menambah kestabilan sendi lutut, dan membantu melicinkan pergerakan dalam lutut.

Meniscus boleh terkoyak akibat trauma pada lutut seperti terjatuh atau lutut terhentak pada objek keras.

jenis sakit lutut disebabkan koyakan meniscus

Simptom Pelapik Lutut Koyak

  • Sakit lutut semasa berjalan, membengkokkan lutut dan mengangkat beban
  • Lutut bengkak beberapa jam selepas meniscus terkoyak
  • Lutut seakan meletup sewaktu kecederaan
  • Lutut terasa terkunci
  • Lutut terasa longgar atau tidak stabil

Rawatan Pelapik Lutut Koyak

  • Sekiranya koyakan meniscus anda di tahap awal atau ringan, anda boleh melakukan kaedah R.I.C.E untuk melegakan sakit dan bengkak.
  • Anda juga boleh mengambil ubat tahan sakit NSAIDs untuk mengurangkan keradangan
  • Sekiranya koyakan meniscus anda teruk, pembedahan mungkin terpaksa dijalankan untuk mengeluarkan potongan meniscus yang terkoyak.
Rawatan jenis sakit lutut koyakan meniscus antaranya ialah RICE

Air Radang Lutut

Sebenarnya, memang wujud istilah air dalam lutut!

Namun, ia bukanlah seperti air yang biasa kita lihat. Ia merupakan air bisa yang menyebabkan rasa sakit pada lutut anda adalah disebabkan cecair berlebihan yang terkumpul, dan mendatangkan keradangan.

Air radang lutut atau dipanggil knee effusion boleh terjadi akibat arthritis yang menghasilkan cecair radang berlebihan, jangkitan pada sendi serta kecederaan atau trauma.

Simptom Air Radang Lutut

  • Bengkak lutut
  • Lutut keras atau kejung
  • Pergerakan terbatas
  • Lebam pada lutut
  • Sakit ketika mengangkat berat
  • Rawatan Buang Air Radang Lutut
  • Pembuangan cecair sendi
  • Ubat-Ubatan NSAIDs

Patellofemoral Pain Syndrome (PFPS)

PFPS adalah sakit sekitar tempurung lutut. Juga dikenali sebagai sakit lutut pelari, terjadi akibat tekanan berlebihan yang berulang antara tempurung lutut dan tulang paha. 

Lutut pelari lazimnya terjadi pada warga muda belia yang aktif bersukan seperti berlari dan melompat.

Hal ini menyebabkan tempurung lutut mengisar tulang paha, dan merosakkan tulang rawan di bawah tempurung, yang menyebabkan sakit lutut dan radang sendi.

Simptom PFPS

  • Sakit di bahagian hadapan lutut, atau kepala lutut
  • Sakit semasa melakukan aktiviti fizikal
  • Bunyi lutut seperti retak
  • Sakit lutut selepas duduk dalam tempoh yang lama

Rawatan PFPS

  • Untuk peringkat awal, anda boleh mengurangkan rasa sakit PFPS dengan kaedah R.I.C.E di rumah.
  • Selain itu, anda boleh melakukan terapi fizikal termasuk senaman regangan yang menguatkan otot sekitar lutut.
  • Doktor anda biasanya akan membekalkan ubat tahan sakit untuk melegakan rasa sakit akibat PFPS.
  • Pendakap lutut mungkin diperlukan untuk mengstabilkan lutut anda dan mengurangkan sakit lutut ketika anda melakukan aktiviti harian.
  • Sekiranya rawatan-rawatan di atas tidak mengurangkan rasa sakit, doktor anda mungkin akan mencadangkan pembedahan arthroscopy atau penjajaran semula untuk melegakan tekanan pada tulang rawan.
antara terapi fizikal rawatan jenis sakit lutut PFPS

Bursitis Lutut

Jenis sakit lutut yang terakhir ialah bursitis atau radang bursa, Bursa ialah kantung cecair yang melindungi kulit, otot dan tendon sekitar sendi dengan mengurangkan geseran antara tulang dan tisu lembut.

Bursitis terjadi disebabkan tekanan berlebihan pada bursa ataupun penggunaan berlebihan yang menyebabkan kantung ini merengsa dan bengkak.

Antara aktiviti yang boleh menyebabkan radang bursa termasuklah berkebun, bertukang dan sukan tenis atau golf.

jenis sakit lutut bursitis

Simptom Bursitis

  • Sakit lutut, terutama apabila menggerakkan bahagian yang terjejas
  • Pergerakan terbatas
  • Bengkak
  • Merah-merah pada kulit (sekiranya jangkitan)
  • Demam (sekiranya jangkitan)

Rawatan Bursitis

  • Rehatkan lutut daripada aktiviti yang menggunakan lutut secara berlebihan
  • Anda boleh tuam kawasan yang berdenyut dengan ais untuk mengurangkan keradangan.
  • Anda juga boleh mengambil ubat tahan sakit NSAIDs untuk melegakan kesakitan. Namun, dapatkan pemeriksaan dan saranan daripada doktor anda  terlebih dahulu.
  • Fisioterapi juga membantu meningkatkan fleksibiliti dan menguatkan otot sekitar lutut.
  • Untuk kes yang lebih parah, pembedahan mungkin menjadi jalan terakhir untuk membuang bursa yang meradang.
rawatan untuk jenis sakit lutut bursitis

Ringkasan 6 Jenis Sakit Lutut Beserta Rawatan

Jenis Sakit Lutut Simptom Rawatan
Osteoarthritis
  • Sakit lutut yang beransur-ansur teruk dan ketara apabila membuat aktiviti fizikal
  • Lutut kelihatan bengkak
  • Lutut berbunyi seperti bergesel ketika bergerak
  • Rasa tidak stabil apabila berdiri
  • Lutut rasa kaku dan tegang, terutama selepas duduk lama
  • Tahap 1: Suplemen dan pengubahsuaian gaya hidup
  • Tahap 2 & 3: Suntikan gel lutut, suplemen, rawatan pemulihan semulajadi
  • Tahap 4: Pembedahan tukar lutut
Kecederaan ACL
  • Bunyi “pop” atau lutut seakan meletup ketika ACL terkoyak
  • Lutut rasa sakit dan bengkak
  • Lutut rasa hangat dan sakit apabila disentuh
  • Lutut terasa longgar dan tidak stabil ketika melakukan aktiviti harian
  • Sukar membengkok dan meluruskan lutut
  • Kaedah R.I.C.E.
  • Fisioterapi
  • Suntikan Plasma atau sel stem
  • Pembedahan rekonstruksi lutut
Pelapik Lutut Koyak (Meniscus Tear)
  • Sakit lutut semasa berjalan, membengkokkan lutut dan mengangkat beban
  • Lutut bengkak beberapa jam selepas meniscus terkoyak
  • Lutut seakan meletup sewaktu kecederaan
  • Lutut terasa terkunci
  • Lutut terasa longgar atau tidak stabil
  • Kaedah R.I.C.E.
  • Ubat-ubatan NSAIDs
  • Pembedahan
Air Radang Lutut
  • Bengkak lutut
  • Lutut keras atau kejung
  • Pergerakan terbatas
  • Lebam pada lutut
  • Sakit ketika mengangkat berat
  • Pembuangan cecair sendi
  • Ubat-ubatan NSAIDs
Patellofemoral Pain Syndrome (PFPS)
  • Sakit di bahagian hadapan lutut, atau kepala lutut
  • Sakit semasa aktiviti fizikal
  • Bunyi lutut seperti retak
  • Sakit lutut selepas duduk dalam tempoh yang lama
  • R.I.C.E.
  • Terapi fizikal
  • Ubat-ubatan
  • Pendakap lutut
  • Pembedahan arthroscopy
Bursitis Lutut
  • Sakit lutut, terutama apabila menggerakkan bahagian yang terjejas
  • Pergerakan terbatas
  • Bengkak
  • Merah-merah pada kulit (sekiranya jangkitan)
  • Demam (sekiranya jangkitan)
  • Terapi ais
  • Ubat-ubatan NSAIDs
  • Fisioterapi
  • Pembedahan

Penutup

Sakit lutut bukan sekadar masalah kecil yang boleh diabaikan. Dengan mengenal pasti jenis sakit lutut, memahami simptom, dan mendapatkan rawatan yang sesuai, anda boleh mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih teruk. 

Jika sakit berlarutan atau semakin teruk, sebaiknya berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut agar rawatan yang tepat dapat diberikan.

Baca Panduan Lengkap tentang Sakit Lutut Anda di Sini 

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

Jom baca lagi..

5 Klinik Pakar Sakit Lutut Shah Alam & Klang : Rawatan Dan Kos

Dekat klinik, ramai datang dengan aduan sama: sakit lutut bila berdiri lama, susah nak solat, tak boleh lipat kaki, dan takut nak turun tangga. Ada yang muda, ada juga yang berumur. Rupanya, sakit lutut...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...