Where Pain Meets Relief

Bayangkan Hidup Bebas Tanpa Sakit Lutut

Di Klinik Tuah, Iltizam kami untuk kembalikan kehidupan bebas kesakitan anda semula  

Datang Bertongkat , Pulang Bergaya

Mengapa Ada Rawatan Sakit Lutut Tidak Berkesan ?

Merawat sakit lutut tidak semudah bagi ubat tahan sakit dan cucuk gel. Setiap sakit lutut itu berbeza jenis dan tahap kerosakannya. Rawatan yang hanya objektifnya untuk hilangkan sakit sahaja tanpa memulihkan hanya menghilangkan sakit lutut yang sementara sahaja malah boleh menjadikan kerosakan dan sakit yang bertambah teruk

Malangnya, dewasa kini, kebanyakan rawatan lutut tidak langsung mensasarkan penyembuhan & pemulihan. 

Disebabkan itu, muncul lah kami, Klinik Tuah yang mempunyai satu mimpi yang amat besar iaitu “Dunia Tanpa Kesakitan”  

Kami dambakan rawatan sakit lutut yang benar-benar efektif , berdasarkan kajian &jurnal terbaru, dilengkapi dengan teknologi yang canggih dengan kos yang masih marhaen

Sakit Lutut Bukan Hanya Ketidakselesaan

Ia adalah sebuah penderitaan berpanjangan yang menghalang kita dari

  • Solat dengan selesa terutama ketika duduk antara dua sujud
  • Naik dan turun tangga
  • Berjalan jauh
  • menjalani percutian dengan selesa

Pendek cerita, ia dapat merubah hidup kita. Malangnya, makin kita biarkan dengan harapan baik sendiri, makin ia rosak setiap hari oleh kerana geseran antara lutut & keradangan yang tidak dirawat awal. 

Kenapa saya sakit lutut

Terdapat pelbagai punca sakit lutut . Secara dasarnya disebabkan Penuaan, Jangkitan, Keradangan, Autoimmune dan Trauma. Berikut adalah 6 punca sakit lutut paling kerap berlaku:

  1. Osteoarthritis

  2. Ligament & Meniscus Injury

  3. Tendonitis

  4.  Bursitis / Pes Anserine Bursitis

  5.  Rheumathoid Arthritis/Gouthy Arthritis

  6. Air Radang ( knee Effusion)

Saya Sakit Lutut Jenis Apa?

KUIZ SAKIT LUTUT KLINIK TUAH

Ketahui Jenis Sakit Lutut Anda & Cara Merawatnya Dengan Menjawab 7 Soalan Quiz Ini

1 / 8

Berapakah Umur Anda?

2 / 8

Berapa Lamakah Sakit Lutut Anda?

3 / 8

Sekarang anda bergerak menggunakan....

4 / 8

Apabila jalan atau naik tangga , adakah lutut berbunyi?

5 / 8

Adakah ketika Ini Lutut Anda Bengkak yang ketara ?

6 / 8

Adakah sakit lutut anda bermula selepas bersukan? Jika ya, adakah ada bunyi "POP" dalam lutut ketika di lutut sakit?

7 / 8

Adakah anda punyai kedua symptom ini

  1.  Sakit Lebih dibahagian belakang kepala lutut
  2.  Kesakitan lutut akan lebih teruk terasa apabila turun tangga

8 / 8

Adakah lutut sakit ketika solat, terutama ketika duduk tahyiat/antara dua sujud?

Mitos & Fakta Sakit Lutut

"Kalau sakit lutut mesti kena bedah"

Kajian meta-analysis tahun 2022 menunjukkan bahawa rawatan teknologi canggih seperti rawatan pemulihan sel dan lain terbukti menambah baik fungsi sendi & mengurangkan sakit lutut secara signifikan untuk jangka masa yang panjang tanpa memerlukan pembedahan ( Issa MR et al., 2022)

“Sakit lutut ni hanya berlaku pada orang tua.”

Kajian The New England Journal of Medicine menyatakan osteoarthritis boleh bermula lebih awal di usia muda akibat kecederaan sukan, Ligament tear, faktor genetik dan faktor obesiti, bukan semata-mata kerana umur. (Katz JN et al., 2021, NEJM)

“Kalau dah mula suntik gel lutut , kena suntik setiap tahun sampai bila-bila.”

Tidak benar. Suntikan hyaluronic acid (HA) tidak semestinya perlu diulang setiap tahun. Kajian menunjukkan kesannya boleh bertahan 8 bulan hingga 2 tahun, malah ada pesakit yang tidak memerlukan ulangan sekiranya simptom terkawal. Itu mengapa penting untuk membuat rawatan pemulihan lutut yang lain juga untuk merawat semula kerosakan yang ada disamping gel yang melindungi : Chondroprotective. (Glinkowski et al., 2025)

Langkah Hidup Bebas Sakit Lutut Anda Bermula Disini

Merawat sakit lutut haruslah objektifnya memulihkan & merawat punca sebenar.
Bukan hanya memberi atau suntik ubat “tahan sakit”.

Oleh itu,di Klinik Tuah, untuk mengembalikan kesihatan lutut akan melalui 3 Fasa penting. 

01

Fasa Melindungi

Untuk membina sesuatu semula, struktur masih ada harus dipertahankan dan dilindungi dari kehancuran mendatang

02

Fasa "Membaja"

Untuk memastikan proses pembinaan dan pemulihan yang sempurna, kondisi dalam lutut harus di optimumkan. Nutrisi & keperluan lutut harus mencukupi

03

Fasa "Membina Semula"

Sel pemulihan yang sebelum ini pupus dalam lutut digantikan dengan sel pemulihan baru. Sel ini mengalami proses replikasi & berganda dalam lutut untuk membina semula semua yang rosak.

Setiap pesakit itu berbeza. Pendekatan rawatan kami berpaksikan individu, berbeza dari satu pesakit ke pesakit yang lain dan bergantung pada kerosakan yang dapat dilihat dalam ultrasound/xray. Antara pilihan/ model rawatan adalah : 

  • Pemeriksaan Detailed Ultrasound

    Melihat ketebalan pelapik lutut, tisu lutut yang koyak, jumlah air radang, osteophyte

  • Suntikan Anti Radang

    Mengurangkan kadang keradangan dalam lutut

  • Suntikan Gel Lutut Hyaluronic Acid

    Tambah kusyen , padding dan pelincir dalam lutut dengan Gel Lutut double-cross linked HA , antara gel lutut paling "high-end' dipasaran

  • Rawatan Knee Aspiration

    Rawatan Buang air radang (knee effusion) dalam lutut

  • Suntikan Lutut Plasma Platelet

    Salah satu rawatan pemulih, menggunakan plasma sendiri

  • Suntikan Lutut Sel Perawat

    Sel pemulih untuk mengaktifkan penyembuhan didalam lutut

  • Supplemen & Ubatan Lutut

    Menambah kembali nutrient yang diperlukan untuk kesihatan lutut

  • Rawatan sclerotherapy

    Proses sklerosis dimulai untuk pengawalan kesakitan

  • Adjunct & Physiotherapy

    Rawatan sokongan yang lain

Rawatan pemulihan ini merupakan antara advance medical technology zaman ini. Digunakan ribuan pusat lutut & hospital diseluruh dunia. Dan telah banyak kajian dilakukan didalam mahupun diluar negara yang membuktikan keberkesanan rawatan ini. Itulah di Klinik Tuah kami sangat mementingkan merawat dan memulih, bukan cucuk gel/ubat tahan sakit sahaja seperti kebanyakan tempat lain. 

Harvard Reference : Jee C. (2021). Cell-based cartilage technology. Research Outreach, 127. Available at: https://researchoutreach.org/articles/cell-based-cartilagetechnology/

Mengapa Klinik Tuah?

Rawatan "Advance"

Rawatan efektif melalui kajian terbaru/medical breakthrough. Rawatan fokus untuk penyembuhan & memulih. Bukan pendekatan generik.

Teknologi Terbaru

Pemeriksaan menggunakan ultrasound , bukan sahaja boleh tengok tulang malah kerosakan meniscus, kartilej , tulang rawan dan tisu lembut lain

Doktor Orthopedik

Doktor yang sangat berpengalaman dalam merawat rawatan lutut. Berdaftar dengan Malaysia Medical Association

Telus, Jujur & Tiada Paksaan

Kami tak akan paksa rawatan yang tiada faedah bagi pesakit kami. Kami di Klinik Tuah telah menerapkan budaya keberkatan dan kejujuran dalam setiap tindak-tanduk kami. Jika kami memberi rawatan yang tidak perlu, bagi kami ia melanggar etika kedoktoran malah lebih teruk lagi tiada keberkatan.

Misi Lebih Ramai Hidup Bebas Kesakitan

Purata pesakit setahun yang sudah merasai kelainan rawatan kami
0
Peratus pelanggan yang mengesyorkan pada keluarga & kawan serta maklumbalas positif
0 %
satu-satunya pusat perubatan yang mempunyai Lebih 7 jenis rawatan sakit lutut yang terbukti efektif
0 +

Seperti Dilihat Dalam

Klinik Tuah di Tv9 & IKIM

Jemputan Temubual TV9- Nasi Lemak Kopi O bersama Klinik Tuah Tentang Sakit Lutut  : Datang Bertongkat Pulang Bergaya &

Jemputan Khas IKIM fm – Mitos dan Salah Faham Tentang Sakit Lutut 

Kenali Doktor Yang Akan Merawat Sakit Lutut Anda

Mereka Yang Dah Merasai Sendiri

Soalan Lazim ( FAQ)

  • Untuk pemeriksaan lutut dengan ultrasound (detail)
    harga
    : RM150  RM 80
  • Anggaran harga buang air radang ( knee effusion) dalam lutut 
    : RM 500
  • Anggaran harga Injection gel lutut Hyaluronic Acid Double-crosslinked ( Highest-end Quality of Hyaluronic Acid)
    : RM2500 RM1950- RM2100 
    *harga termasuk konsultasi, ultrasound guided procedure, tiada caj tersembunyi
  • Anggaran harga rawatan pemulihan sel untuk lutut( Membina Semula Lutut)
    : RM7500 RM 750- RM4500

Jika anda hendak periksa jenis penyakit lutut dan tahapnya dahulu tanpa rawatan pun tiada masalah, doktor kami akan memberi pilihan rawatan yang sesuai untuk anda untuk anda fikir masak-masak dan mengkaji penyakit anda terlebih dahulu

Kami di Klinik Tuah tidak akan menggunakan gel lutut generik/Low Molecular Weight HA kerana walaupun ia jauh murah tapi kesannya sangat lemah & teruk. 

Kami pernah menggunakan ia dahulu namun kesannya sangat sekejap dan rata-rata maklumbalas yang mengecewakan membuatkan kami menukarkan gel lutut kami kepada gel lutut HA antara paling High-End di pasaran. Dan hasilnya, kami mendapati lebih 90% menunjukkan kesan yang menakjubkan dan baik. Serta ketahanan yang sangat lama.

Di Klinik Tuah, kami mementingkan Kualiti daripada kuantiti .Oleh itu kami hanya menggunakan gel lutut  formula high-molecular-weight (HMW) dan cross-linked, yang telah terbukti memberikan keberkesanan dan ketahanan yang lebih baik dalam melegakan sakit lutut. Kajian menunjukkan bahawa HMW & cross-linked HA memberikan peningkatan simptom lebih tahan lama, berkesan hingga bertahun, berbanding formulasi low-molecular-weight (LMW) atau tidak cross-linked (J Clin Med. 2025 )

Gel lutut double cross-linked / HMW ini adalah international standard untuk gel lutut & juga digunakan di semua hospital dan pusat rawatan orthopedik/lutut terkemuka diseluruh dunia.

Bukanlah gel lutut murah Low Molecular Weigh HA 100% tidak berguna, tapi kesannya yang kurang & ketahanannya yang singkat membuatkan ia kurang sesuai digunakan untuk merawat lutut dengan betul

Berdasarkan meta-analisis dan sistematik review, keberkesanan umum HA (termasuk low-cost) hanyalah modest dan dalam beberapa kes tidak jauh berbeza daripada placebo atau kurang memberi kesan klinikal yang kuat. (Pereira TV et al., 2022)

Jadi, kenapa ada klinik guna gel murah?

Biasanya kerana kos yang rendah ,akses yang mudah dan dapat menarik perhatian ramai. Namun , dari segi kualiti rawatan jangka panjang, formulasi murah mungkin hanya memberikan kelegaan sekejap, dan memerlukan suntikan lebih kerap—menjadikan kos jangka panjang sebenarnya lebih tinggi dan keberkesanannya lebih rendah

Ramai orang risau suntikan lutut akan sakit, tapi jangan risau

Di sini prosedur kami langsung tidak menyakitkan. Sebelum mula, kami akan beri bius setempat (local anaesthesia) supaya kawasan lutut jadi kebas dan pesakit tidak rasa sakit.

Kalau zaman dulu, suntikan kedalam lutut dibuat tanpa bius dan tanpa panduan, sebab tu ramai pesakit rasa sakit dan kurang selesa.

Tapi di Klinik Tuah, kami gunakan teknologi ultrasound untuk pastikan jarum masuk dengan tepat pada sasaran. Hasilnya: lebih selesa, lebih cepat, dan tidak sakit.

Ramai pesakit terkejut bila selesai, sebab mereka kata
“Eh, dah siap ke? Tak rasa pun!”

Bukan sedikit kes seperti ini datang kepada kami. Syukur, Ramai yang berjaya dirawat sehingga tak perlu menjalani pembedahan . Jika mahu tahu lebih lanjut boleh buat appointment dengan doktor kami.

Namun harus di ingat, dalam beberapa kes tertentu yang lututnya terlalu rosak teruk akibat degeneration  (osteoarthritis stage 4) ataupun struktur lutut yang koyak rosak teruk, rawatan tak juga berkesan , harus diteruskan dengan pembedahan.

 

Disarankan buat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh Travel untuk memberi masa lutut “menyesuaikan diri” dengan rawatan.

Ini juga untuk memberi ruang masa jika berlaku reaksi radang setempat yang selalunya mengambil masa lebih kurang 1 minggu.

Bergantung pada jenis rawatan. 

Secara umum, untuk suntikan gel HA lutut , pesakit akan rasa kesan “kusyen” dan rasa lutut lebih ringgan sejurus selesai suntikan rawatan.

Kesan lutut lega dan sakit hilang akan dirasai selepas 1-3 hari selepas rawatan. Selalunya selepas seminggu, fungsi lutut makin baik,  sakit makin menghilang sehingga total. 

Namun, dalam lebih kurang 30% daripada kes, keradangan setempat akan berlaku sejurus suntikan. Ia perkara normal, ia merupakan cara badan “menerima” & “mensesuaikan diri” dengan gel lutut yang baru. Dalam kes ini , anda akan rasa sengal , sedikit tidak selesa dalam lutut. namun jangan risau ia akan hilang selepas 3hari ke 1 minggu. 

Untuk rawatan pemulihan sel lutut juga lebih kurang, cuma bezanya kesan lagi hebat akan dirasa selepas 1 bulan-2 bulan apabila kesan pemulihan/ pembinaan semula sudah maksimum. 

Boleh terus berjalan! Sejurus  buat rawatan pesakit boleh berjalan seperti biasa namun disarankan untuk tidak terlalu kasar dengan lutut untuk masa seminggu. 

ini untuk memastikan lutut tidak terlalu terbebas untuk tempoh penyembuhan yang optimum

Ada beberapa sebab

  1. Teknik suntikan Gel tak masuk dalam ruang sendi lutut
  2. Gel generik/ murahan
  3. Kerosakan terlalu teruk

Kami mempunyai banyak pengalaman pesakit datang kepada kami yang dah cucuk gel di tempat lain , tapi masih sakit.

Apabila di periksa, ada yang kami nampak ketulan lembut bawah kulit betul-betul didepan kepala lutut menandakan gel lutut tidak masuk ke ruang sendi dan ia “lari” ke bawah kulit. 

Bagi kami , ia sangat membazir dan zalim kerana gel lutut bukan sesuatu yang murah. Oleh itu, semua suntikan kami dilakukan dengan menggunakan pertolongan ultrasound (ultrasound-guided) dimana ketepatan untuk masuk kesendi melebihi 95%. 

Selain disebabkan teknik gel tak masuk ruang lutut, fakor gel kurang kualiti dan kerosakan terlalu teruk juga kerap berlaku. Untuk ini, kami ada solusi yang sangat efektif untuk anda. Boleh berjumpa kami , scan dulu kerosakan lutut dan doktor akan terangkan pilihan rawatan yang terbaij

Mudah sahaja – anda boleh buat temujanji melalui online atau hubungi kami terus. Doktor akan periksa keadaan lutut anda dan cadangkan rawatan paling sesuai.

Bersama Hidup Bebas Tanpa Sakit Lutut

Harga Rakyat Dari Rakyat

Dengan mengekalkan harga mampu milik pada semua orang untuk memberi suatu kualiti serta produk yang premium dan bertaraf dunia , kami sasarkan lebih banyak yang dapat manfaat dari servis perkhidmatan kami.

Buang Air Radang /Effusion

RM 500
  • Hilangkan punca Radang
  • Sedutan Air Radang Lutut
  • Kelegaan segera & terus
  • Knee Aspiration
PROMOSI

Konsultasi & Ultrasound

RM150
RM 80
  • Detailed Ultrasound Lutut
  • Lihat Ketebalan Pelapik Lutut
  • Lihat radang & Kerosakan
  • Ketahui punca dalam 10 minit

Suntikan Gel Lutut

RM2500
RM 1800
  • Highest end Hyaluronic Acid
  • Double Crosslinked & HMW
  • 10 million Dalton HA
  • Kelegaan segera & Ketahanan Lama

Hidup Bebas Sakit Lutut

bersedia melangkah lebih YAKIN

Mari bersama kami menghilangkan sakit lutut kronik anda.
Iltizam kami untuk merawat lutut dengan memberikan rawatan terbaik bergantung pada setiap individu dengan kos yang berpatutan dan marhaen.

Kami mengerti keperitan sakit lutut dan kesusahan mahu bergerak dan berjalan.


Kami juga tahu ketakutan & kerisauan apabila ada doktor yang dah suruh operate tukar lutut, mahupun kegusaran tentang rawatan.

Jangan risau.
Temui kami untuk merasai sendiri kelainan dalam kepelbagaian pilihan rawatan kami.
Ramai dah buang tongkat mereka,

Mungkin kali ini giliran anda atau ibubapa anda pula. 

Tempah temujanji anda secara online dengan tekan butang “PILIH SLOT TEMUJANJI” dibawah untuk memilih sendiri waktu appointment.

*Anda juga boleh Walk-In , tapi kami menggalakkan temujanji untuk mengelakkan menunggu lama (keutamaan akan diberi kepada kes temujanji) & memastikan operasi berjalan lancar

Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor dibawah.

Cawangan Klinik Tuah

KLINIK TUAH CHERAS
G-02 , Kompleks Permaisuri Q
Jalan Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
56000 Cheras, Kuala Lumpur

✆ 01169392454
 kliniktuahcheras@gmail.com

KLINIK TUAH SHAH ALAM
No. 9 (Ground Floor), Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor

✆ 0143242974
 kliniktuahshahalam@gmail.com

KLINIK TUAH KUANTAN
No 3 Ground Floor, ICT HUB,
Jalan Putra Square 4,
Putra Square, 25200
Kuantan , Pahang

✆ 0199087813
 kliniktuahkuantan@gmail.com

KLINIK TUAH JOHOR BAHRU
No 38, (Ground Floor), Jln Padi Emas 1/2,
Bandar Baru Uda, 81200
Johor Bahru, Johor

☎  01139142280
 kliniktuahjohorbahru@gmail.com

KLINIK TUAH BANGI
No. G-43 & No. 1-43 (Ground Floor), Jalan 8/35 , Taman Seri Bangi, Seksyen 8, 43650, Bandar Baru Bangi Selangor

☎ 
kliniktuahbangi@gmail.com

Buat Temujanji Melalui Online

Loading...

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami