Klinik Tuah Johor Bahru
Bertempat di Bandar Baru Uda , Johor Bahru.
Klinik Tuah Johor Bahru telah menjadi saksi ribuan pesakit datang dari seluruh tanah air dan luar negara.






Ada Sesuatu Yang Merah,
Tapi Bukan Padi
Klinik Tuah ada disini di JB
Bandar Baru Uda, Johor Bahru
38, (Ground Floor, Jln Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Hubungi
☎ 01139142280
✉ kliniktuahjohorbahru@gmail.com
☎Whatsapp: 601139142280
Waktu Operasi
Buka Setiap Hari Kecuali Hari Sabtu
Waktu Operasi : 9am-9pm
Hubungi Kami








“Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Itu lah Klinik Tuah ke Johor Bahru .”








Dalam deruan angin Selat Tebrau yang mendamaikan
Tidak jauh dari gemerlapan Danga Bay mahupun keindahan seni di Istana Bukit Serene,
Klinik Tuah Johor Bahru berdiri megah di tengah nadi selatan tanah air ,di sebuah kota yang tidak pernah tidur.
Berada di lokasi strategik berhampiran Paradigm Mall dan Angsana Johor Bahru Mall,
Klinik Tuah Johor Bahru menjadi destinasi rawatan pilihan untuk penduduk sekitar seperti Skudai, Tampoi, Larkin, Kempas, Taman Perling, Taman Universiti, dan Setia Tropika.
Ramai juga pesakit setia datang dari kawasan lebih jauh seperti Pasir Gudang, Ulu Tiram, Kulai, Pontian, malah dari seberang Tambak Johor sendiri , Singapore kerana percaya pada kualiti, keselesaan, dan layanan mesra yang menjadi nadi utama kami.
Di Klinik Tuah Johor Bahru, setiap rawatan bukan sekadar prosedur kebanyakan,
tetapi satu pengalaman yang diraikan dengan kasih, ketelitian, dan hasrat tulus untuk melihat setiap pelanggan melangkah keluar tanpa kesakitan, dengan senyuman baharu.
Servis Di Klinik Tuah Johor Bahru
01
-


Rawatan Penyakit Biasa (Primary Care)
05
Barisan Doktor Klinik Tuah Johor Bahru


Dr Wan Mohamad Amirul Wan Husin
Dilahirkan di negeri Cik Siti Wan Kembang, Dr Wan Amirul merupakan seorang doktor perubatan yang sangat berpengalaman dalam bidang perubatan am, pembedahan, serta rawatan pengurusan kesakitan (pain management). Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Pekan 1 WP Labuan dan seterusnya di MRSM Besut. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran di UKRIDA, Jakarta.
Dr Wan Amirul memulakan kerjaya perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim sebelum berkhidmat di Lahad Datu selama 5 tahun dan di Hospital Ampang selama 2 tahun. Sepanjang tempoh ini, beliau turut menyandang tanggungjawab sebagai penyelaras Zon 4 KK Lahad Datu, Pegawai Perubatan Bertanggungjawab (PIC) di KK Silabukan selama 3 tahun, serta menjalankan tugas di Jabatan Ortopedik Hospital Ampang selama 2 tahun.
Komitmen beliau terhadap peningkatan ilmu dan mutut perkhidmatan menjadikan beliau antara doktor yang diyakini dalam kalangan pesakit. Di sebalik ketegasan dalam tugas, Dr Wan Amirul juga dikenali sebagai seorang yang mudah didekati dan mengambil berat terhadap kesejahteraan pesakitnya.


Dr. Muhammad Nazirul Mubin Abu Bakar
Dilahirkan di Johor Bahru, Dr. Muhammad Nazirul Mubin merupakan seorang pegawai perubatan yang berpengalaman dalam bidang perubatan am, ortopedik, dan pembedahan kecil. Beliau memulakan pendidikan awal di SK Taman Desa Skudai sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Sembrong (SASEM) dan Kolej MARA Banting. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian kedoktoran di RCSI + UCD Malaysia Campus (RUMC).
Dr. Nazirul memulakan kerjaya perubatan di Hospital Sultanah Aminah sebelum berkhidmat di Hospital Sultan Ismail, termasuk di Jabatan Ortopedik. Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai pegawai perubatan locum di beberapa klinik sekitar Johor Bahru.
Penglibatan beliau dalam dunia perubatan turut dibuktikan dengan penyertaan dalam Persidangan Tahunan ke-25 Malaysia Orthopaedic Association (MOA) serta pembentangan poster saintifik di bawah MOA.
Dikenali sebagai seorang doktor yang teliti, tenang, dan mesra pesakit, Dr. Nazirul sentiasa memastikan setiap rawatan dijalankan dengan penuh perhatian dan profesionalisme.
Panel Klinik Tuah Johor Bahru


Red Alert


PM Care
Mengapa Klinik Tuah Johor Bahru?
Rawatan Efektif
Semua rawatan & ubatan diteliti keberkesan melalui kajian, jurnal terbaru. Kami mementingkan keberkesanan sesuatu prosedur ataupun rawatan.
Pantas & Selesa
Kecemerlangan hospitaliti : Kami mensasarkan pengalaman yang menyenangkan & selesa dari saat melangkah kedalam klinik kami
Doktor Berpengalaman
Doktor yang sangat berpengalaman dan berdaftar dengan Malaysia Medical Counci
Telus, Jujur & Tiada Paksaan
Kami di Klinik Tuah telah menerapkan budaya keberkatan dan kejujuran dalam setiap tindak-tanduk kami. Tiada rawatan yang memaksa & tidak jujur
Di sebalik setiap senyuman, ada kisah kita bersama
Kami amat menghargai setiap kepercayaan dan pengalaman yang dikongsi pelanggan Klinik Tuah Johor Bahru. Terima Kasih kami ucapkan.
















Klinik Tuah Johor Bahru
Kami sentiasa ada di sini
Tempah temujanji anda secara online dengan tekan butang “PILIH SLOT TEMUJANJI” dibawah untuk memilih sendiri waktu appointment.
*Anda juga boleh Walk-In , tapi kami menggalakkan membuat temujanji untuk mengelakkan menunggu lama (keutamaan akan diberi kepada kes temujanji)
*Untuk Penyakit Biasa Tidak Perlu Appointment, Boleh Walk-In Seperti Biasa
Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor dibawah





