Tengah seronok bersuka-ria dengan kawan-kawan di taman tema air, tiba-tiba terasa macam telinga penuh. Kawan borak-borak pun terasa macam suara dia beribu batu jauhnya. Ha, pulak!
Isi Kandungan
Pendahuluan
Pernahkah anda berada dalam situasi sebegini? Atau mungkin ada kenalan rapat yang selalu bercerita tentang masalah telinga tersumbat ni? Memang boleh buat rasa tak selesa. Seperti dengar semua suara dalam bunyi echo yang jauh. Mesti terus terfikir, “Eh, patut ke aku pergi klinik sekarang?”
Tapi, jangan risau! Sebelum anda beratur panjang kat klinik, ada beberapa cara mudah yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Jangan sampai kena terjerit-jerit tak dengar apa orang cakap!
Jom kita tengok cara-cara mudah untuk atasi telinga tersumbat tanpa perlu jumpa doktor!
Cara Mengatasi Telinga Tersumbat Akibat Kotoran Dalam Telinga
Telinga kita secara semula jadi menghasilkan lilin (earwax) sebagai pelindung daripada debu, bakteria, dan kotoran. Namun, apabila lilin ini terkumpul terlalu banyak, ia boleh menyebabkan telinga tersumbat, rasa penuh, dan bahkan mengganggu pendengaran. Terdapat beberapa cara mudah dan selamat untuk membersihkannya dan mengembalikan rasa selesa di telinga anda.
1. Ubat Titis / Minyak Pati
Anda juga boleh mendapatkan ubat titis telinga ataupun menggunakan minyak pati seperti minyak kelapa, minyak mineral serta baby oil. Titisan ini bertindak seperti pelincir yang melembutkan tahi telinga keras. Ubat titis telinga yang mengandungi bahan minyak-minyak ini juga amat disyorkan untuk melembutkan tahi telinga keras.
Titisan minyak zaitun juga sangat popular. Namun, menurut satu kajian yang telah dilakukan pada tahun 2013 mendapati titisan minyak ini membentuk lebih banyak kotoran dalam telinga berbanding tanpa minyak zaitun. Berita baiknya, sekiranya anda menitiskan minyak zaitun sejurus sebelum rawatan cuci telinga,proses untuk mengeluarkan kotoran dalam telinga menjadi lebih mudah.
Caranya ialah (untuk minyak pati/mineral/baby oil) :
01
Tuang sedikit minyak pati pilihan ke dalam senduk.
02
Hangatkan minyak tersebut. Pastikan suhu dan tahap kepanasan sesuai dengan kulit dan tidak akan merengsakan telinga.
03
Pindahkan minyak tersebut ke dalam penitis.
Miringkan kepala dan titis minyak ke dalam telinga. Tahan kepala anda selama 10-15 saat.
04
Amalkan kaedah ini selama 5 hari sehingga telinga terasa lebih lega.
AMARAN: Jangan guna minyak pati sekiranya ada jangkitan dalam telinga, gegendang telinga pecah atau anda pernah menjalani pembedahan dalam telinga.
2. Hidrogen Peroksida
Kebiasaannya, hidrogen peroksida ini digunakan sebagai antiseptik pada kulit, atau ubat kumur ulser mulut. Namun, cecair jernih ini juga dapat membantu dalam melegakan telinga tersumbat. Bahan berformula H2O2 ini juga berfungsi sebagai pelincir yang membersihkan kotoran dalam telinga.
Caranya ialah:
01
Baring telentang. Miring sedikit kepala dengan telinga sakit menghadap ke atas.
02
Titiskan ubat ini sebanyak 1-2 kali. Sekiranya anda terasa sensasi seperti berdesing atau keronyok, jangan khuatir kerana itu adalah normal.
03
Biarkan selama 5 minit kemudian alirkan lebihan cecair ini keluar / gunakan tisu untuk menyerap lebihan cecair.
Cara Mengatasi Telinga Tersumbat Akibat Tiub Eustachian Tertutup
Tiub Eustachian yang menghubungkan telinga tengah dan hidung boleh tertutup apabila tekanan dalam telinga tidak seimbang atau apabila cecair dari telinga tengah gagal mengalir dengan lancar.
Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti selesema, alergi, barotrauma (perubahan mendadak dalam tekanan udara), atau jangkitan dalam telinga. Bila tiub Eustachian tertutup, ia menyebabkan rasa penuh atau tersumbat di telinga serta gangguan pendengaran.
Ingin tahu bagaimana selesema menyebabkan telinga tersumbat? Klik sini
Antara cara mengatasi telinga tersumbat disebabkan tiub Eustachian tertutup ialah:
1.Valsalva Maneuver
Valsalva maneuver adalah satu teknik pernafasan dengan mewujudkan tekanan pada bahagian belakang hidung. Teknik ini dibuat untuk mengimbangkan tekanan udara di dalam telinga. Telinga terasa penuh selepas naik pesawat atau menyelam skuba.
Berikut adalah langkah-langkah Valsalva maneuver:
01
Duduk dan tegakkan tubuh badan.
02
Tutup mulut, Tarik nafas dalam dan tutup (picit) hidung.
03
Tolak nafas keluar dalam keadaan mulut dan hidung tertutup (seperti buang air).
04
Tahan selama 15-20 saat. Kemudian, hembus nafas perlahan-lahan.
2. Wap Air Panas
Ketika selsema, lazimnya telinga ikut tersumbat sekali. Hal ini disebabkan oleh saluran eustachian yang tertutup oleh cecair.
Haba dapat membantu mencairkan cecair di tiub ini. Namun, jangan pula anda tuang air panas dalam telinga! Melecur nanti, timbul kes lain pula.
01
Isikan air panas ke dalam satu bekas.
02
Sediakan tuala dan tutup kepala anda supaya wap tidak keluar.
03
Hirup wap panas dari bekas tersebut selama beberapa kali.
Selain itu, mandi air panas selama 10-15 minit juga dapat membantu melegakan telinga tersumbat.
Cara Mengatasi Telinga Tersumbat Akibat Cecair
Bukan hanya hingus yang boleh menyebabkan telinga tersumbat, tetapi air yang masuk selepas berenang atau mandi, dan jangkitan kuman dalam telinga juga boleh jadi puncanya. Kalau dibiarkan, ia mungkin mengganggu pendengaran atau menyebabkan rasa tidak selesa. Tapi jangan risau, masalah ini boleh diatasi dengan langkah-langkah mudah berikut:
1. Guna Otovent
Pernah dengar alat Otovent? Ia sebenarnya macam tiub kecil dengan belon. Hanya tiup belon guna hidung, dan ia bantu buka saluran dalam telinga (tiub Eustachian). Tekanan dalam telinga pun jadi stabil, senang nak keluarkan cecair yang terperangkap.
2. Sembur Nasal Spray
Kalau hidung rasa tersumbat, cuba sembur nasal spray. Ia bantu kurangkan bengkak dalam saluran hidung dan buka laluan supaya tiub Eustachian boleh berfungsi dengan lancar. Bonusnya, telinga pun rasa lebih lega!
3. Pastikan Telinga Kering
Lepas berenang atau mandi, jangan lupa keringkan telinga. Gunakan tuala lembut untuk serap air, atau miringkan kepala supaya air dalam telinga boleh keluar. Kalau nak cepat, guna pengering rambut pada suhu rendah. Senang dan berkesan!
Baca lebih lanjut tentang 6 punca telinga tersumbat di sini
Penutup
Dengan beberapa langkah mudah yang telah diterangkan, telinga tersumbat kini bukan lagi masalah besar. Sekiranya anda dapat mengenal pasti punca telinga tersumbat, anda boleh mencuba dahulu langkah-langkah mengatasi telinga tersumbat di rumah. Jika masalah berlarutan, barulah dapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang lebih tepat. Tiada lagi suara echo seperti jarak berbukit-bukit!
TIADA LAGI HIDUP DALAM diam dan sepi
RAWAT TELINGA ANDA
Dapatkan Rawatan di Klinik Tuah
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.