Selamat Datang Ke Klinik Shah Alam
Bertempat di Seksyen 7 , Shah Alam
Klinik Tuah Shah Alam telah menjadi saksi ribuan pesakit dari seluruh tanah air



Ada Sesuatu Yang Merah,
Tapi Bukan Padi
Klinik Tuah Shah Alam Sentiasa di Sini
Seksyen 7, Shah Alam
No.9, Ground Floor, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Hubungi
☎ 0143242974
✉ kliniktuahshahalam@gmail.com
☎Whatsapp: 0143242974
Waktu Operasi
Buka Setiap Hari Kecuali Hari Sabtu
Waktu Operasi : 9am-9pm
Barisan Doktor Klinik Tuah Shah Alam

Dr Ali Husaini bin Adzmi
Dr Ali Husaini yang dilahirkan di HTAR, Klang merupakan seorang doktor perubatan yang berpengalaman dalam pelbagai bidang klinikal. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Hira, sebelum melanjutkan pelajaran di SMK Seksyen 18 dan seterusnya di UiTM, di mana beliau menamatkan pengajian perubatan.
Dr Ali memulakan kerjaya perubatannya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, diikuti dengan pengalaman di Hospital Tanjung Karang selama setahun setengah serta Hospital Shah Alam selama enam bulan. Beliau juga berkhidmat di Klinik Inocare dan Wound Clinic sebagai Pegawai Perubatan Bertanggungjawab (PIC) selama tiga bulan.
Dr Ali aktif mengikuti kursus-kursus peningkatan kemahiran seperti BLS (2019), ALS (2022), Kursus Sunat Madocs (2023), dan Intraarticular Injection Course (2023), yang membantunya mengasah kemahiran terkini dalam bidang perubatan. Beliau sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dengan menggunakan teknik dan pengetahuan yang terkini.
Selain itu, Dr Ali gemar berlari, yang memberikan beliau pengalaman langsung mengenai kecederaan yang sering dialami oleh pelari, seperti kecederaan ligamen dan otot. Pengalaman ini membantunya lebih memahami gejala, kesakitan, dan tahap pemulihan yang perlu diberikan kepada pesakit yang mengalami kecederaan sendi, terutama akibat bersukan.

Dr Mohd Sharil bin Sulaiman
Dr Mohd Sharil, lahir di Johor Bahru, merupakan seorang doktor perubatan yang berdedikasi dan berpengalaman dalam memberikan rawatan menyeluruh kepada pesakit. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya, sebelum meneruskan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Minat mendalam dalam bidang sains membawanya ke Kolej Matrikulasi Melaka dalam jurusan Sains Hayat, dan seterusnya beliau menamatkan pengajian perubatan di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dr Sharil memulakan kerjaya perubatannya di Hospital Enche Besar Hajah Khalsom, Kluang, di mana beliau mengumpul pengalaman klinikal yang kukuh. Pada tahun 2023 hingga 2024, beliau berkhidmat sebagai Doktor Residen di Poliklinik Nur Fatimah, Kota Tinggi. Komitmen dan prestasi cemerlang beliau telah diiktiraf dengan Anugerah Pekerja Cemerlang pada tahun 2022.
Di luar bidang perubatan, Dr Sharil aktif dalam sukan, khususnya bola tampar, yang turut mencerminkan semangat berpasukan dan disiplin tinggi dalam dirinya.




“Raja Sulong di Gua Kelam,
Puterinya idam buat berangan;
Klinik Tuah ada di Shah Alam,
Singgahlah sebentar buat kenangan .”
Servis Di Klinik Tuah Shah Alam
Kami sentiasa bersedia berkhidmat untuk anda, memberikan perkhidmatan yang ikhlas, berkualiti, dan boleh anda percayai.
01
-
Rawatan Penyakit Biasa (Primary Care)
05
Panel Klinik Tuah
Shah Alam

Mednefits

KPSB Care

Health Connect

Red Alert






Klinik Tuah Shah Alam
Kami sentiasa ada di sini
Tempah temujanji anda secara online dengan tekan butang “PILIH SLOT TEMUJANJI” dibawah untuk memilih sendiri waktu appointment.
*Anda juga boleh Walk-In , tapi kami menggalakkan membuat temujanji untuk mengelakkan menunggu lama (keutamaan akan diberi kepada kes temujanji)
*Untuk Penyakit Biasa Tidak Perlu Appointment, Boleh Walk-In Seperti Biasa
Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor dibawah
