A World Without Pain

Saya rawat 1,000 pesakit sakit lutut. Ini 3 pattern yang ramai doktor terlepas pandang

Sememangnya sakit lutut adalah sakit sendi paling banyak dan biasa dikalangan manusia. 

Ada dikalangan kita mengatakan “Alah doktor, biasa lah umur dah tua , mestilah sakit lutut..” 

Tak kurang juga yang menyalahkan waktu muda ” Saya sakit lutut tu sebab waktu muda saya aktif, rajin bersukan melompat sini sana” 

Pelbagai ragam dan cerita saya dapat dengar dari pesakit-pesakit lutut saya.

Tapi boleh saya katakan saya perasan 3 pattern ini ketika pesakit bertemu dan menceritakan sejarah penyakit mereka. 

Rata-rata mereka yang datang ini dah advance stage . stage dah tinggi lah . maksud dia kerosakan yang berlaku agak teruk. 

Namun apabila ditanya tak pernah dapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor ke? 

Jawapan yang diberi semua hampir sama

“Dah pergi jumpa doktor dah 2-3 tahun lepas, asyik dapat supplemen je dengan ubat tahan sakit” 

Oleh itu, mari saya cerita 3 pattern orang sakit lutut ini supaya jadi pedoman semua orang supaya lutut kekal sihat dan kerosakan lutut dapat dielak dan diberhentikan . 

Kandungan

3 Pattern Orang Sakit Lutut Yang Ramai Terlepas Pandang

Pattern 1 : Keturunan main peranan

Dalam kehidupan peribadi kita, bukan sahaja raut wajah , bentuk mata & pendamping saka yang kita warisi dari keturunan kita. Malah , Sakit Lutut juga kita banyak warisi dari keturunan kita. 

Apabila saya tanya pada pesakit lutut , mak ayah dulu ada sakit lutut tak?

Rata-rata akan menjawab

” Mak saya memang sakit lutut, dah pakai tongkat & kerusi roda dah. ” 

Ramai yang terlepas pandang perkara ini. Selalu mereka salahkan gaya hidup yang lasak ketika muda . tak pun mereka akan salahkan peristiwa ketika jatuh tandas mahupun jatuh ketika sukan. 

Mari saya bawakkan beberapa study menarik . 

Kajian Adik Beradik 2004

Individu yang mempunyai ahli keluarga terdekat dengan masalah ini didapati mempunyai risiko sehingga 2.9 kali ganda lebih tinggi untuk mengalami keadaan yang sama.

Lebih menarik, kajian ini turut menganggarkan tahap pengaruh genetik (heritability) sekitar 0.62 atau 62%, yang bermaksud lebih separuh daripada risiko sakit lutut ini boleh dikaitkan dengan faktor keturunan.

Neame, R L et al. “Genetic risk of knee osteoarthritis: a sibling study.” Annals of the rheumatic diseases vol. 63,9 (2004): 1022-7. doi:10.1136/ard.2003.014498

Kajian Klasik Adik Beradik Kembar 2024

Analisis terhadap pasangan kembar mendapati bahawa pengaruh genetik dianggarkan menyumbang sekitar 39% hingga 65% terhadap risiko masalah sendi, termasuk lutut dan tangan.

Menariknya, beberapa kajian lain turut melaporkan julat yang lebih tinggi, iaitu sekitar 45% hingga 80%, bergantung kepada populasi yang dikaji. Ini menunjukkan bahawa walaupun faktor genetik signifikan, tahap pengaruhnya boleh berbeza mengikut individu dan persekitaran.

Magnusson, K., Turkiewicz, A., Dell’Isola, A. et al. Shared genetic factors between osteoarthritis and cardiovascular disease may underlie common etiology. Nat Commun 15, 9569 (2024). https://doi.org/10.1038/s41467-024-53812-2

Gunakan alat sokongan untuk melegakan sakit lutut di usia tua

Pattern 2 : Sakit lutut bukan bermula dari lutut

Pelik kan baca statement ni ” sakit lutut bukan bermula dari lutut” . Malangnya ia adalah benar.

Satu masalah yang berpunca dari anggota ataupun tempat lain, lama kelamaan memberi kesan pada lutut yang menjadi mangsa. 

Mari saya bagitahu apa punca sakit lutut yang sebenarnya bukan dari lutut. 

  1. Pinggul Yang Lemah ( Hip Instability) 
  2. Tapak Kaki Mendatar/ flat (overpronation)
  3. Alignment kaki yang tak normal ( O shape/ X shape) 

Semua punca biomekanik lari lama kelamaan memberi kesan pada lutut. 

Kesian lutut, tempat lain problem, dia jadi mangsa. 

Oh, Lagi satu faktor yang paling common , iaitu …

BERAT BADAN BERLEBIHAN

Ini antara faktor yang ramai orang terlepas pandang. Obesiti. 

Memang sensitif kalau nak cakap pasal topik obesiti ini, terutama di Malaysia. 

Namun, kebenaran memang perit untuk ditelan.

Tahukah tuan dan puan, 

“1 Kilogram tambahan berat badan akan memberi tekanan 4kilogram pada lutut untuk setiap langkah “

Bermaksud, kalau anda hilang 10kg berat badan anda, lutut anda hilang beban nak diangkat sebanyak 40kg untuk setiap langkah..

40 KG weh!!!!  

Berat 4 kampit beras 10kg. 

Cuba anda bayangkan. betapa lutut anda akan gembira dan berterima kasih kerana tak perlu lagi tampung 4 kampit beras setiap langkah jika anda hilang 10kg. 

Menarik kan. 

Pattern 3 : Otot Peha Lemah Lagi Bahaya!

” Doktor, saya tak nak la pergi gym dan bersukanlah . nanti sakit lutut “

Alasan ni selalu saya jumpa. 
Salah sebenarnya. 

Kalau dah mula sakit lutut, kuatkan otot quadricep anda !! 

Bukan duduk tak nak buat apa , otot lemah maka cartilage lutut lagi cepat rosak. 

Otot Quadriceps peha kita sebenarnya penting untuk kurangkan kerosakan lutut. dia bersifat protektif .

Malah, banyak kajian menyatakan Kekuatan quadriceps ada kaitan signifikan dengan sakit lutut   .

Otot Quadriceps lemah akan buatkan risiko lebih tinggi untuk sakit lutut osteoarthritis progress lebih laju..

Boleh baca kajian-kajian ini :

 
 
Ok, sibuk bersembang quadriceps quadriceps , tapi tak tahu di mana otot quadriceps kan.
 
Gambar bawah ini lah otot peha quadriceps
 
 

 

Sekarang persoalannya,

“macam mana saya nak kuatkan otot quadriceps saya ? Nak kena pergi gym ke?

Tidak semestinya kena pergi gym , senaman untuk kuatkan muscle quadriceps kita boleh dilakukan walaupun di rumah. 

Boleh tonton video dibawah untuk belajar macam mana nak kuatkan otot quadriceps di rumah 

Kesimpulan

Setiap orang yang menderita sakit lutut mesti ada persoalan di hati mereka

“Kenapa lutut saya sakit?”

Selepas merawat lebih 1,000 kes, saya dapati jawapannya tidak semudah itu.

Sakit lutut bukan sekadar masalah “tulang haus” atau pun “gris lutut habis” .


Ia adalah gabungan faktor keturunan, keseimbangan biomekanik, dan kekuatan otot yang menyokong sendi tersebut.

Sebab itu, rawatan yang hanya fokus pada lutut dan tahan sakit semata-mata sering tidak mencukupi.

Soalan sebenar bukan “apa ubat untuk sakit lutut?”
Tetapi “apa punca sebenar dalam kes saya?”

 

Nak tahu jenis sakit lutut anda?
Jawab 7 soalan ringkas ini untuk kenal jenis sakit lutut anda
Kuiz sakit lutut

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Loading...
Search
Number Of Shops:
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda,
kami amat menghargai jika anda kongsikan kepada orang lain.

Facebook
WhatsApp

Jom baca lagi..

Jadi yang Terawal Tahu Promosi Ekslusif & Artikel Menarik Terkini dengan Melanggan Newsletter Kami Secara Percuma!

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...

Nak tak kami bagitahu jenis sakit lutut anda dengan tepat dalam 60 saat sahaja !

Jawap 7 Soalan ini  yang direka doktor orthopedik dari beberapa universiti untuk kenal pasti jenis sakit lutut sehingga 85% ketepatan.