fbpx Skip to main content
Sakit Lutut

Berapa Harga Gel Lutut di Malaysia ? Bezakah harga dan kualiti gel?

By September 24th, 2024One Comment

Berapa harga gel lutut? Itulah yang selalu difikirkan ketika berhajat mahu memasukkan gel lutut.

Tapi tahu tak anda, gel lutut mempunyai perbezaan dari segi kualiti , jenis dan kepekatan.

Teknologi perubatan kini telah menemui satu kaedah rawatan lutut yang semakin popular dalam kalangan masyarakat kita, Ia merupakan suntikan gel lutut, yang disyorkan para doktor dalam membantu mengurangkan sakit lutut dan meningkatkan fungsi lutut individu. 

berapa harga gel lutut

Suntikan gel lutut mengandungi Hyaluronic Acid (HA), sejenis formula cecair semulajadi yang dihasilkan oleh badan manusia, terutama mata, sendi dan kulit. Hyarulonic acid berfungsi sebagai pelincir di antara sendi yang melicinkan pergerakan dan melindungi sendi daripada impak hentakan yang kuat.hyaluronic acid juga membantu mengelakkan tulang bergeser antara satu sama lain, yang boleh menyebabkan kesakitan. 

Formula hyaluronic acid dapat membantu dalam merawat sakit sendi seperti sakit lutut. Suntikan hyaluronic acid diberikan pada pesakit knee osteoarthritis atau radang sendi lutut. Fungsi suntikan gel lutut ini adalah untuk mengurangkan kesakitan, meningkatkan tahap pergerakan sendi dengan membekalkan pelincir di antara sendi, mengurangkan inflamasi sendi dan melambatkan proses osteoarthritis.  

Suntikan gel lutut kebiasaannya diberikan kepada pesakit sekiranya rawatan lain tidak membantu mengurangkan sakit lutut. Suntikan gel lutut dapat mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi lutut (bukan sepenuhnya) sehingga berbulan-bulan.

Suntikan gel lutut ini dapat dilakukan setiap 6 bulan. Namun, kesan suntikan tidak bertindak secara langsung. Ia mungkin mengambil masa sehingga 3 minggu sebelum pesakit dapat merasai perubahan pada sakit atau fungsi lutut. 

Jadi, mungkin jika dilihat gel lutut mengandungi kandungan utama yang sama iaitu hyaluronic acid.  Tapi kenapa sesetengah klinik menawarkan harga yang berbeza? 

Sebenarnya, harga gel lutut bergantung kepada kualiti dan jenama suntikan gel lutut sendiri! Kualiti gel lutut bergantung kepada kepekatan HA, isipadu HA dan kandungan tambahan. Kepekatan HA memainkan peranan dalam menentukan tempoh ketahanan gel dalam satu suntikan. 

Hyaluronic acid mempunyai dua jenis iaitu monolink dan double cross link. Gel Monolink mempunyai kandungan gel yang lebih cair dan perlu disuntik setiap minggu selama 3-5 minggu berturut-turut manakala gel double cross link mempunyai kandungan gel yang pekat dan hanya satu suntikan sahaja diperlukan setiap 6-12 bulan. Harga gel double class link lebih mahal berbanding gel monolink. 

Berapa Harga Gel Lutut di Malaysia?

Untuk Gel lutut yang kualiti paling rendah anggaran RM500-700 untuk sekali injection.
Untuk gel lutut yang tinggi kualiti dan kepekatannya pula anggaran harga RM 1800- RM9000 untuk sekali rawatan.

Jenis Hyaluronic AcidAnggaran Harga
Monolink Hyaluronic AcidRM 500-700
Crosslinked Hyaluronic AcidRm 1800- RM9000
harga gel lutut di malaysia

Jenama Gel Lutut Di Malaysia

1. HyruanOne Monovics

Hyruan Monovics ialah satu jenama terkenal untuk mengurangkan masalah sakit sendi lutut. Suntikan ini mengandungi gel double cross link yang membantu mengatasi masalah osteoarthritis lutut, bahu, buku lali dan pinggul. Suntikan ini dapat mengurangkan radang sendi, sakit sendi, melindungi tulang rawan daripada haus dan lusuh serta menmulihkan kembali fungsi sendi. Suntikan Monovics dapat memberikan kelegaan sehingga 6 bulan hanya dengan satu suntikan. 

2. Synvics One

Synvics One merupakan anatara salah satu suntikan HA yang boleh membekalkan cecair pelincir antara sendi. Suntikan ini mengandungi gel double cross link yang dapat membantu mengurangkan sakit lutut sehingga 6 bulan dengan 3 kali suntikan. Synvics One disyorkan untuk pesakit osteoarthritis lutut setelah rawatan lain seperti ubat-ubatan atau analgesik seperti acetaminoplen tidak berkesan. Antara kesan sampingan Synvics One ialah bengkak lutut, lutut kelihatan kemerahan dan terasa hangat serta perkumpulan cecair di sekitar lutut. Usah risau, kebiasaannya kesan ini tidak akan berpanjangan. 

3. Durolane

Durolane ialah satu lagi jenama  suntikan gel lutut yang dipasarkan di Malaysia. Suntikan Durolane dikatakan mampu memulihkan fungsi lutut secepat 2 minggu setelah suntikan. Gel ini berfungsi dalam menghalang kemerosotan sendi dan tulang rawan dengan mengisi semula formula hyaluronic acid yang pekat ke dalam cecair antara sendi. Suntikan Durolane juga mampu menangguhkan risiko sakit lutut yang memerlukan pembedahan menggantikan lutut. Doktor akan menyarankan suntikan Durolane sekiranya ubat penahan sakit, fisioterapi dan suntikan steroid tidak berkesan dalam mengurangkan sakit lutut, sendi lutut tidak dapat bergerak secara normal kerana sakit atau kaku serta kehilangan kekuatan sendi.  Antara kesan sampingan suntikan ini termasuklah cirit-birit, pening kepala dan loya.

4. Suplasyn

gel lutut

Suplasyn ialah satu lagi kemajuan perubatan berasal dari Jerman. Suntikan suplasyn bertindak menyelaputi dan melindungi bahagian dalam sendi dan mempercepatkan proses pemulihan tulang rawan sendi. Suntikan gel ini dapat membantu mengurangkan sakit lutut akibat osteoarthritis dan meningkatkan fungsi sendi dan keupayaan dalam pergerakan. Suntikan gel Suplasyn dapat mengurangkan sakit lutut sehingga lebih 6 bulan. 

APA YANG PERLU SAYA BUAT SETELAH MENDAPAT SUNTIKAN?

Setiap pesakit yang mendapat suntikan disarankan untuk:

  • Berehat selama 24-48 jam setelah suntikan.
  • Elakkan daripada aktiviti lasak sepanjang tempoh rawatan.
  • Tuam kawasan suntikan dengan ais sekiranya kawasan terbabit kelihatan bengkak, kemerahan dan sakit. Ini disebabkan oleh kesan sampingan suntikan dan akan hilang setelah beberapa hari. 

Baca lebih lanjut : Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap)

Mengapakah Ramai Orang Memilih Membuat Rawatan Bersama KLINIK TUAH

  • Doktor yang sangat berpengalaman dalam merawat rawatan lutut
  • Teknik suntikan yang tidak sakit diakui oleh kebanyakan pesakit
  • Mempunyai pelbagai jenis rawatan mengikut kesesuaian umur dengan harga serendah Rm400 sehingga Rm2000. Antara harga gel lutut paling kompetitif di pasaran
  • Rawatan akan dibantu oleh teknologi canggih seperti Ultrasound, Soft laser therapy dan lain-lain
  • Feedback / Testimoni yang sangat hebat dari pesakit kami ( 9/10 dari pesakit memberi respon sangat positif)

KLINIK TUAH menawarkan rawatan suntikan gel lutut  untuk memberi kelegaan pada lutut anda. Pelbagai rawatan disediakan mengikut diagnosis juga akan diterangkan oleh para doktor kami di KLINIK TUAH.

Selain pada itu, kami juga akan memberi nasihat selepas rawatan (post-care) untuk memastikan pesakit kami mendapat kelegaan maksima dan Kembali cergas dan aktif seperti dahulu.

sakit lutut near me

Here can be your custom HTML or Shortcode

This will close in 20 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Membuat Panggilan

 

 

 

 

 

This will close in 0 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Whatsapp

This will close in 0 seconds