fbpx Skip to main content
Sakit Lutut

Sakit Lutut Tahap Akhir : Adakah masih punyai harapan?

By November 1st, 2024No Comments

Sayunya hati apabila doktor memberitahu sakit lutut yang dihadapi sudah masuk tahap akhir. Ini bermakna dah terlampau banyak kerosakan didalam lutut . Kemungkinan kartilej yang bertindak sebagai absorber pun dah hampir tiada.

Adakah masih ada sinar?

Adakah masih ada peluang?

Osteoarthritis ialah salah satu penyakit sendi lutut yang paling kerap dihidapi, terutama dalam kalangan warga emas. Osteoarthritis lutut menyebabkan sakit lutut dan pergerakan yang terjejas.

Osteoarthritis lutut mempunyai empat tahap, dan kebiasaannya dapat dirawat atau dikurangkan simptomnya melalui Teknik R.I.C.E, fisioterapi serta suntikan gel lutut. Namun, sekiranya tiada rawatan intervensi atau penjagaan dilakukan, penyakit osteoarthritis akan menjadi semakin kritikal dengan cepat dan mencapai tahap empat (sakit lutut tahap akhir). Ia akan menyebabkan kesakitan untuk bergerak.

Pada tahap ini, keadaan kecederaan lutut yang teruk menyebabkan keradangan . Segala rawatan penjagaan dan pengurangan kesakitan tidak berkesan lagi. Pesakit juga susah untuk melakukan pergerakan sehingga menjejaskan aktiviti atau rutin harian. 

Sakit lutut tahap akhir osteoarthritis ialah ketika radang sendi lutut berada di tahap 4. Ruang antara sendi semakin sempit ,menyebabkan tulang rawan sendi menjadi sangat haus dan menipis.

Ini akan menyebabkan cecair synovial (pelincir antara sendi berkurangan , dan tulang sendi semakin bergeseran antara satu sama lain. Taji tulang (osteophyte) juga semakin banyak terbentuk dan menyebabkan pesakit berasa sakit apabila bergerak. Ujian Xray untuk melihat osteophyte ini mungkin akan dijalankan. Pesakit juga semakin susah untuk melakukan aktiviti harian, termasuklah berjalan dan menaiki tangga. 

Pada sakit lutut tahap akhir ini, lutut akan berasa sangat sakit dan menjejaskan pergerakan termasuk berjalan dan membengkokkan atau meluruskan kaki. Ubat-ubatan juga tidak mampu memberi kelegaan dan mengurangkan sakit lutut anda.  

Pakar-pakar berpendapat bahawa osteoarthritis mengambil masa beberapa tahun untuk mencapai sakit lutut tahap akhir (kecuali untuk beberapa kes). Osteoarthritis mempunyai progresif yang berbeza bagi setiap individu, dan juga dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:

  • Tahap simptom semasa diagnosis – Individu dengan  simptom yang lebih serius semasa diagnosis mungkin mengalami peningkatan osteoarthritis dengan lebih cepat. Hal ini kerana tiada intervensi awal untuk mencegah daripada tulang rawan mereput dengan lebih cepat.
  • Bahagian sendi yang terlibat- Sendi yang menanggung beban seperti lutut dan pinggul lebih terkesan oleh osteoarthritis terutama jika ada tekanan ditambah disebabkan berat badan atau pekerjaan.
  • Faktor Kesihatan- Penyakit seperti diabetes dan rheumatoid arthritis juga mempengaruhi progress osteoarthritis.
  • Akitiviti Fizikal: Senaman yang ekstrem memberi tekanan yang berlebihan pada sendi dan menyebabkan tulang rawan sendi cepat haus dan rosak.

Satu kajian mendapati warga emas, radang pada lebih pada satu sendi dan BMI tinggi lebih cenderung untuk osteoarthritis mereka menjadi serius dengan lebih cepat.  

Mari kita bincangkan ,
secara asasnya, rawatan sakit lutut tahap akhir menyasarkan untuk kurangkan sakit sahaja

Jika 10-15 tahun lepas jika kita bincangkan tentang sakit lutut tahap akhir, tiada perkataan lain selain “operate” untuk jawapannya.
Tapi sekarang zaman dah berubah . Zaman teknologi perubatan makin maju . Dah banyak rawatan yang menyasarkan lutut anda untuk sembuh dan kembali muda.

Rawatan seperti ini mampu membaik pulih lutut yang rosak , walaupun kita tak boleh berharap pemulihan itu terlalu sempurna macam lutut zaman kanak-kanak kita. Tapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesakitan dan melambatkan kembali kehancuran lutut

Antara Rawatannya adalah rawatan plasma, cytokine, sclerotherapy , ibu sel dan pelbagai lagi.

Steroid sebenarnya antara salah satu hormon semulajadi yang terhasil dalam badan kita. Fungsi steroid ialah untuk mengurangkan radang dan inflamasi sendi. Steroid yang digunakan untuk mengurangkan rasa sakit sendi akibat osteoarthritis ialah corticosteroids yang disuntik secara terus pada sendi lutut yang terjejas.

Corticosteroids membantu dalam mengurangkan inflamasi, sakit lutut, dan bengkak dengan lebih cepat berbanding pil anti-radang. Jadi, sekiranya pesakit mengalami rasa sakit lutut yang melampau, suntikan akan diberi untuk mengurangkan simptom dalam masa beberapa jam, dan kebiasaannya kesannya bertahan sehingga seminggu ke beberapa bulan, bergantung kepada setiap individu. 

Jangan salah sangka! Meskipun suntikan steroid ini mampu melegakan kesakitan dengan segera dan dalam jangka masa yang Panjang, ia bukanlah Solusi kepada sakit lutut anda! Steroid tidak mampu merawat tulang rawan sendi yang rosak ataupun melambatkan perkembangan osteoarthritis.

Terdapat beberapa risiko suntikan steroid ini terutama sekiranya dibuat secara kerap termasuklah kecederaan pada tisu sendi, penipisan tulang rawan, ligamen lutut lemah, dan jangkitan kuman pada sendi. Steroid juga boleh menyebabkan ulser perut, osteoporosis dan tekanan darah tinggi. Oleh sebab itu, pengambilan suntikan steroid digalakkan terhad kepada satu suntikan setiap 3 ke 4 bulan. 

Sekiranya osteoarthritis telah mencapai tahap 4, dan segala jenis rawatan tidak berkesan, langkah terakhir ialah pembedahan penggantian lutut. Pembedahan lutut biasanya disarankan pada pesakit yang tidak terlalu uzur.  Antara rawatan yang melibatkan pembedahan ialah:

TKR ialah pembedahan menukar sendi lutut di mana permukaan tulang rawan pada sendi lutut yang rosak ditukar dengan sendi palsu yang dibuat daripada aloi Titanium. Pembedahan ini selamat dan efektif dalam melegakan kesakitan, membetulkan lutut yang bengkok dan memudahkan pergerakan untuk anda menjalani aktiviti harian. 

TKR disyorkan kepada pesakit yang:

  • Mengalami sakit berterusan walaupun telah mendapat bantuan ubat-ubatan dan fisioterapi, lutut kaku dan tidak dapat diluruskan sepenuhnya.
  • Mengalami sakit kuat pada sendi lutut sehingga mereka tidak dapat berjalan, menaiki tangga dan bangun dari kerusi tanpa rasa sakit. 
  • Mempunyai radang lutut yang tidak berkurangan dengan bantuan ubat anti-radang. 
  • Sendi lutut bengkok ke dalam atau luar.

Osteotomi lutut ialah pembedahan yang melibatkan pemotongan dan penyusunan semula tulang. Salah satu tulang tibia atau femur dipotong dan diluruskan untuk mengurangkan tekanan pada bahagian lutut yang terjejas. Osteotomi tulang dilakukan untuk memberi kesimbangan beban pada kedua-dua lutut serta mengurangkan simptom osteoarthritis.

Sakit Lutut Tahap Akhir

Antara kelebihan osteotomi lutut ialah:

  • Memindahkan beban yang dibawa oleh lutut terjejas kepada lutut yang lebih sihat. 
  • Meluruskan kedudukan lutut
  • Memanjangkan tempoh kesihatan sendi lutut. 
  • Menangguhkan risiko keperluan pembedahan TKR selama beberapa tahun. 

Osteotomi tulang disyorkan pada pesakit :

  • Bawah 60 tahun
  • Kesakitan hanya pada sebelah lutut
  • Kawasan tempurung lutut tidak sakit
  • Sakit lutut biasanya berpunca kerana aktiviti seperti berdiri terlalu lama
  • Boleh meluruskan dan membengkokkan kaki 90 darjah sebelum pembedahan. 

Kesimpulannya, penjagaan lutut haruslah dipraktikkan dari awal dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Sekiranya terdapat tanda-tanda osteoarthritis pada diri anda, jangan lengahkan masa untuk berunding dengan doktor anda untuk mengelakkan sakit lutut tahap akhir osteoarthritis. 

Baca lebih lanjut : Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap)

Kami di KLINIK TUAH menawarkan berberapa rawatan untuk pesakit lutut. Pelbagai rawatan disediakan mengikut diagnosis yang akan diterangkan oleh para doktor kami di KLINIK TUAH.

Selain pada itu, kami juga akan memberi nasihat selepas rawatan (post-care) untuk memastikan pesakit kami mendapat kelegaan maksima dan kembali cergas dan aktif seperti dahulu.

klinik sakit lutut
Suntikan sakit lutut
sakit lutut near me