Siapa Tuah dan kuncu-kuncunya?

Adapun satu teratak berubat yang acapkali di kunjungi oleh orang gering yang ramai.
Bermula terletaknya di tengah kota - Bandar Sri Permaisuri,Cheras . Kemudian , Berkembang lagi ke kota Kuantan Di Negeri Darul Makmur , Pahang. Klinik Tuah dambakan memberikan perawatan yang berbeza dan paling efektif dalam masa sama mengekalkan harga marhaen .

Disini Lahirnya sebuah Cita-cita

Lebih kurang 20 tahun dahulu, seorang anak kecil mengikuti ibunya yang sedang sakit lutut pergi berjumpa doktor. Malangnya apabila pergi ke hospital , hanya dibekalkan ubat telan sahaja.
Namun , sakit tetap sama walaupun berbotol telan ubat.
Dari situlah anak kecil itu berazam untuk membantu orang lain yang senasib dengan ibunya.

Kini, anak kecil itu adalah salah seorang doktor pengasas klinik tuah ini. Dan sehingga kini, beliau telah berjaya menghilangkan ( dengan Izin Tuhan) ratusan pesakit lutut, kaki, lengan dan lain-lain.

Teknik beliau diakui antara teknik terkini dalam dunia perubatan moden . Menggabungkan skil, pengalaman yang luas, Bantuan Mesin yang canggih dan rawatan yang menyeluruh, tidak hairanlah ramai pesakit yang sanggup menunggu berbulan untuk berjumpa dengan doktor di Klinik Tuah ini.

Tuah itu Istimewa , yang baik untuk semua lapisan rakyat

Klinik Tuah bermulanya dari sebuah klinik di tengah lembah klang, di Bandar Sri Permaisuri , Cheras dibawah syarikat Abadi Tetra Sdn Bhd. Dari Masa ke semasa, Klinik Tuah makin mengembangkan sayap nya ke negeri lain dan terkini di Kuantan , ibu negeri Tok Gajah Pahang Darul Makmur

Diilhamkan dari nama laksamana zaman dahulu kala , Daeng Mempawah atau dikenali dengan nama Hang Tuah. Tuah juga membawa maksud ” yang baik” dan “yang istimewa” . Dengan kurniaan nama yang baik ini , Iltizam kami, Klinik Tuah agar dapat memberikan rawatan yang baik, istimewa dan sangat hebat kepada penduduk di sekitar lembah klang secara amnya

Pendekatan kami berbeza dari kebanyakan.  Kami percaya setiap manusia / pesakit yang datang , harus didengari, difahami sakitnya dan dirawat tanpa perasaan sambil lewa . Dalam kebanyakan penyakit kami mahukan MERAWAT sampai hilang sakitnya bukan hanya memberi ubat MENAHAN SAKIT. Kegembiraan kami datang jika kesakitan yang bertahun pada pesakit kami hilang.

Mementingkan Keberkesanan, kami aktif menambah ilmu dan mengemaskini pembacaan jurnal perubatan /teknologi perubatan yang terbaru untuk memastikan rawatan yang bukan sahaja efektif , malahan kos yang tidak terlalu membebankan .

Laksamana berempat di Gunung Kidal
Cukup berlima dengan gurunya
Adab berubat ,doa & tawakkal
Mohon sembuh dari pencipta

Klinik Tuah

CAWANGAN KLINIK TUAH

Cheras
Kuala Lumpur

Ketahui Lagi

Kuantan
Pahang

Ketahui Lagi

Shah Alam
Selangor

Ketahui Lagi