fbpx Skip to main content
Sakit Lutut

Penawar Sakit Lutut: Antara Ubat, Suntikan& Pembedahan

By September 24th, 2024No Comments

Penawar Sakit Lutut mana lagi satu yang berkesan? Secara amnya, sakit lutut boleh berlaku akibat daripada kerosakan atau kecederaan pada struktur lutut seperti tendon, tulang rawan ataupun sendi. Antara jenis dan punca sakit lutut yang lazimnya dihidapi oleh rakyat Malaysia ialah osteoarthritis atau radang sendi yang berpunca akibat penipisan tulang rawan yang menyebabkan radang dan kemerosotan sendi lutut. Seiring peningkatan usia, osteoartrhris mungkin bertambah serius dan pesakit berisiko tinggi untuk kehilangan upaya untuk bergerak sepanjang hayat.

Terdapat pelbagai penawar sakit lutut yang ditawarkan mengikut fungsi dan keperluan pesakit. Artikel ini membincangkan jenis-jenis rawatan serta fungsi dan kesesuaiannya kepada pesakit. 

Ubat-Ubatan Sebagai Penawar Sakit Lutut

Ubat-ubatan merupakan antara rawatan yang boleh mengurangkan sakit lutut dan juga salah satu penawar sakit lutut. Kebiasaannya ubat sakit lutut ini lebih bertindak sebagai ubat tahan sakit. Seseorang individu yang sakit lutut pada peringkat awal boleh mendapatkan beberapa ubat tahan sakit di farmasi berdekatan.

1. Paracetamol

Ubat tahan sakit atau dikenali sebagai analgesik seperti Paracetamol dapat melegakan kesakitan lutut yang ringan. Seseorang individu boleh mendapatkan Paracetamol seperti Panadol tanpa preskripsi doktor. Namun, pesakit tetap perlu mengambil analgesik mengikut dos yang disarankan. Paracetamol selamat digunakan dan mempunyai hampir tiada risiko reaksi alahan.

2. NSAIDs 

Non-steroidal anti-inflammatory drugs atau singkatannya NSAIDs adalah sejenis kelas ubat yang bersifat anti radang dan lazimnya digunakan untuk melegakan kesakitan muskuloskeletal dan sendi yang ringan hingga sederhana terutama untuk pesakit arthritis. Kebanyakan pesakit osteoarthritis lutut dan bursitits menggunakan ubat bersifat NSAIDs untuk melegakan radang lutut, meringankan sakit lutut dan lutut keras. NSAIDs datang dalam bentuk tablet ataupun krim sapuan bagi satu cara penawar sakit lutut yang agak efektif selepas menggunakannya.

Antara ubat-ubatan NSAIDs yang boleh didapati di farmasi termasuklah ibuprofen, indomethacin, naproxen dan celecoxib. Ubat NSAIDs bukan saja dapat mengurangkan keradangan sendi, malah ia juga membantu dalam menyembuhkan demam dan menghilangkan sakit gigi, kepala dan belakang. 

Terdapat juga ubat NSAIDs yang memerlukan preskripsi doktor seperti tramadol, fentanyl, dan oxycodone. Ubat-ubat ini diklasifikasikan sebagai kelas ubat Opioid yang mempunyai kesan yang sama dengan opiate. Preskripsi doktor diperlukan untuk mencegah daripada penyalahgunaan. Ubat ini juga menyebabkan mengantuk dan tidak sesuai diambil Bersama antihistamine dan dengan minuman beralkohol kerana pengambilan serentak boleh membawa maut. 

Berbeza dengan paracetamol, NSAIDs, boleh memberi kesan sampingan dan kadar tindakbalas yang berbeza bergantung kepada setiap pesakit. Seseorang individu boleh mengalami ruam, kulit gatal, dan masalah perut seperti masalah ketidakhadaman dan sakit perut kerana tindakbalas ubat NSAIDs. Oleh itu, disarankan mengambil NSAIDs selepas makan untuk mengelakkan masalah perut yang lebih serius seperti gastrik dan ulser. Warga emas juga tidak disyorkan untuk mengambil ubat NSAIDs ini. 

Adakah pengambilan ubat-ubatan ini dapat menjadi penawar sakit lutut?

Ubat-ubatan ini hanyalah bertindak sebagai pemberi kelegaan sementara dan mencukupi untuk anda menjalani aktiviti sehari-hari. Sekiranya anda ingin meningkatkan ketahanan dan kesihatan lutut, pengambilan suplemen boleh membantu anda.

Baca Lebih Lanjut tentang Tips Sakit Lutut: Ubat Sakit Lutut Apa Yang Anda Boleh Ambil?

Suplemen Untuk Lutut

Penggunaan suplemen amat penting untuk menyelamatkan lutut anda daripada mencapai peringkat arthritis terakhir. Di samping mengurangkan sakit lutut anda, suplemen juga membantu membaik pulih tisu-tisu yang rosak pada sendi lutut anda dan juga penawar sakit lutut. 

Antara suplemen yang dapat membantu merawat dan penawar sakit lutut termasuklah:

1. Kunyit

Kunyit selain memberi warna kuning dan melazatkan lagi kuah singgang kita, ianya juga digunakan dalam perubatan. Salah satu komponen yang terdapat dalam kunyit iaitu curcumin bersifat tinggi anti- radang. Terdapat berberapa kajian yang membuktikan ekstrak curcumin dari kunyit ini memberi perbezaan ketara pada pesakit osteoarthritis lutut. Kunyit juga memperlahankan perkembangan rheumatoid arthritis. Anda boleh mengamalkan air campuran kunyi kisar, ataupun mendapatkan pil suplemen dengan kandungan ekstrak curcumin yang lebih tinggi. Menurut kajian yang dijalankan oleh BMC, 94 % pesakit melaporkan sakit lutut mereka berkurang sebanyak 50% setelah 1 bulan pengambilan suplemen curcumin, hampir menyamai peratus pesakit yang mendapat kesan positif daripada pengambilan ubat tahan sakit.

2. Halia 

Halia juga berfungsi untuk mengurangkan radang sendi dan menjadi penawar sakit lutut disebabkan arthritis, kejang otot oleh kerana sifat anti-radang yang terdapat dalam halia sendiri. Anda boleh menikmati secawan teh halia setiap hari untuk mengurangkan keradangan pada sendi anda. 

3. Minyak Omega 3 

Omega 3 yang biasanya diiklankan pada kebanyakan suplemen minyak ikan membantu mengurangkan sakit dan inflamasi pada sendi, serta membantu mengurangkan sakit akibat kecederaan ligamen (ACL). Satu kajian pada tahun 2021 menunjukkan suplemen minyak ikan dengan jelas mengurangkan sakit dan lutut kejang dalam kalangan pesakit rheumatoid arthrtitis.  Omega 3 juga boleh didapati daripada sumber makanan kita seperti salmon, sardin dan kekacang. 

4. Glucosamine

Glucosamine adalah antara suplemen penawar sakit lutut yang sangat terkenal dalam pasaran Malaysia. Glucosamine mambantu pesakit osteoarthritis pada peringkat awal penyakit. Komponen ini merupakan komponen utama tulang rawan membantu memperlahankan hakisan tulang rawan dan melegakan kekejangan, bengkak serta sakit lutut. Anda boleh menggabungkan suplemen ini bersama suplemen chondroitin sebagai perangsang penghasilan kolagen dan penyerapan hentakan.

5. Collagen type II

Collagen type II merupakan protein yang ada pada tulang rawan, tulang dan tisu penghubung manusia. Ianya berfungsi untuk melawan sakit dan bengkak, menjadikan ianya digunakan untuk merawat sakit sendi serta otot. Collagen type II didakwa dapat mencegah kemerosotan sendi dan kehilangan fungsi sendi lutut, namun kajian tidak dapat menyokong dakwaan ini. Namun, suplemen ini terbukti dapat mengurangkan sakit sendi lutut dan menjadi penawar sakit lutut. 

Baca lebih lanjut dan mendalam supplemen yang terbaik tentang supplemen sakit lutut yang paling mujarab

Suntikan Lutut 

Kemajuan teknologi perubatan zaman kini telah menghasilkan pelbagai rawatan baru, dan rawatan masalah sakit lutut tidak terkecuali. Pesakit osteoarthritis kini boleh memilih untuk mendapatkan rawatan suntikan lutut dan tidak perlu lagi menanggung sakit setelah semua rawatan ubat-ubatan tidak berkesan, ataupun kerana tindak balas daripada ubat pada tubuh badan. Kebaikan utama suntikan lutut ialah mereka dapat memberikan kelegaan untuk jangka masa panjang kepada lutut anda, dan anda dapat menjalankan aktiviti harian sehingga berbulan-bulan mahupun bertahun ! Suntikan lutut juga membantu melambatkan dan mencegah perlunya pembedahan penggantian lutut yang mengalami kecederaan. 

Terdapat dua suntikan lutut yang paling paling popular iaitu:

1. Suntikan steroid

Suntikan corticosteroid berkesan untuk merawat kesakitan osteoarthritis mengurangkan bengkak dan melegakan sakit lutut dengan segera. Kebiasaanya pesakit akan merasa lega 24-48 jam setelah suntikan, namun suntikan ini hanya bertahan sehingga 12 minggu, dan radang boleh Kembali menyerang selepas itu.

2. Suntikan hyaluronic acid

Suntikan hyaluronic acid atau lebih popular disebut gel lutut adalah suntikan tambahan pelincir antara sendi. Gel lutut ini mencegah tulang rawan daripada cepat haus dan mengurangkan geseran antara sendi lutut yang menyebabkan rasa sakit dan pedih, serta radang sendi (osteoarthritis). Gel lutut ini efektif dalam memberi kelegaan berpanjangan pada pesakit, sehingga 6 bulan hanya dengan satu suntikan dan pesakit boleh mendapat suntikan ini secara berkala.

Sebenarnya banyak lagi jenis rawatan tanpa pembedahan terkini. Rawatan yang lebih mengfokuskan penyembuhan lutut secara menyeluruh

Pembedahan

Sekiranya tulang rawan haus dan rosak secara teruk, tidak dapat bergerak walaupun sedikit dan lutut bengkok , ini bermakna osteoarthritis anda telahpun sampai ke peringkat terakhir. Pesakit yang mengalami sakit lutut yang akhir akan diberikan pilihan untuk menjalani pembedahan penggantian sendi supaya pesakit dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa. 

Here can be your custom HTML or Shortcode

This will close in 20 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Membuat Panggilan

 

 

 

 

 

This will close in 0 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Whatsapp

This will close in 0 seconds