fbpx Skip to main content
Sakit Lutut

Sakit Lutut Kiri Tiba-Tiba? Ketahui 7 Sebab Sebelum Terlambat!

By January 6th, 2025No Comments

Pernah tak anda rasa sakit lutut kiri tiba-tiba ketika nak bangun dari duduk atau naik tangga? Atau mungkin lepas main bola sepak, lutut kiri mula terasa sengal dan lama-kelamaan bengkak? Jangan risau, anda bukanlah seorang sahaja yang mengalaminya. Sakit lutut kiri adalah masalah biasa yang boleh berlaku pada sesiapa saja, disebabkan oleh beberapa punca.

Pendahuluan

Lutut ialah anggota badan yang menyokong mobiliti manusia. Sendi lutut membolehkan kita berjalan, berlari, melompat dan juga melakukan aktiviti fizikal. Namun, kecederaan dan faktor-faktor perubatan yang lain boleh mengurangkan keupayaan sendi lutut untuk berfungsi dengan baik.dan sakit lutut juga berlaku secara tiba-tiba, atau secara beransur-ansur yang membawa kepada ketidak upayaan untuk bergerak seperti normal.

Sebagai contoh, dunia bola sepak telah digegarkan dengan berita persaraan Raphael Varane pada umur 31. Bekas pemain Real Madrid ini mengalami kecederaan serius pada lutut kirinya yang menjurus kepada keputusannya untuk bersara.

Raphael Varane yang mengalami sakit lutut kiri

Cerita di atas menunjukkan betapa sakit lutut ini boleh sangat serius, ia boleh mengganggu segala-galanya dan mengurangkan nikmat hidup. Dalam artikel ini, kita akan bincangkan beberapa sebab mengapa sakit lutut kiri boleh berlaku dan apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan atau mengatasinya.

Apakah Punca Sakit Lutut Kiri?

Sakit lutut kiri boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Sakit lutut juga boleh berpunca daripada mana-mana struktur tulang lutut seperti sendi, otot dan ligamen. Berita baiknya, sekiranya anda dapat mengenal pasti kawasan lutut yang sakit, ia boleh menjadi panduan yang tepat dari mana kesakitan itu berasal.

Bukan sahaja buku lali yang terseliuh, namun lutut juga boleh terseliuh! Apabila lutut anda terkena hentakan benda yang keras, ataupun anda berpusing secara tiba-tiba, ligament anda boleh cedera dan mendatangkan kesakitan, Overstretch pula boleh menyebabkan otot atau tendon tegang. Hasilnya, lutut anda sakit, bengkak dan sukar untuk berjalan.

sakit lutut kiri tiba-tiba Klinik Tuah

Salah satu punca sakit lutut kiri ialah kecederaan pada ligamen. Lutut mempunyai 4 ligamen utama yang sangat kuat dan menghubungkan tulang dengan tulang yang lain. Dan kebanyakan kecederaan sukan disebabkan oleh kecederaan pada ligamen. Kecederaan ligamen seperti kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) berpunca daripada pergerakan melebihi kemampuan. Ini menyebabkan ligamen ditarik dan koyak, contohnya pergerakan yang terlalu cepat, berubah arah secara tiba-tiba atau salah cara mendarat selepas melompat. 

Koyakan ligamen menyebabkan sakit lutut kiri yang sangat teruk dan boleh dirasai sejurus selepas kecederaan berlaku. Selepas beberapa jam, lutut akan bengkak disebabkan oleh cecair berkumpul di dalam sendi. Ia juga dikenali sebagai knee effusion. Lutut juga menjadi kaku, keras dan tidak stabil untuk berjalan atau bergerak.

Pernah tak anda mengalami atau melihat orang terdekat anda mengalami lutut seperti berbunyi atau berdecit. Dan selepas itu rasa sakit yang terlampau sehingga tak dapat nak luruskan kaki? Ini merupakan antara simptom meniscus terkoyak.

Meniscus ialah sejenis tisu yang berfungsi untuk menyerap hentakan yang berlaku pada lutut dan mengurangkan tekanan yang diterima setiap kali kita menggunakan lutut seperti untuk berjalan, bengkok kaki dan lain-lain lagi. Meniscus boleh koyak akibat trauma pada sendi lutut seperti terjatuh dan lutut terhantuk pada objek keras seperti lantai. Kecederaan meniscus boleh menyebabkan sakit, bengkak dan tidak dapat berjalan seperti biasa.

meniscus terkoyak punca sakit lutut kiri tiba-tiba

Osteoarthritis ialah sakit lutut yang kerap terjadi pada golongan berusia. Keadaan ini berlaku apabila tulang rawan pada sendi lutut semakin haus dan menipis. Akibatnya, tulang lebih mudah untuk bergesel antara satu sama lain.

Sendi yang terjejas juga lebih mudah untuk radang dan menyebabkan sakit lutut kiri, bengkak, dan sukar untuk bergerak. Untuk kes yang lebih teruk, pesakit mungkin memerlukan alat sokongan untuk berjalan seperti tongkat dan kerusi roda.

Sakit Lutut Kiri Tiba Tiba Akibat Osteoarthritis Klinik Tuah

Penyakit autoimun seperti rheumatoid arthritis juga boleh menyebabkan sakit lutut kiri. Sistem imun manusia berfungsi untuk melawan benda asing seperti bakteria dan virus masuk dalam badan. Namun, penyakit autoimun berlaku tatkala system imun tersalah menyerang sel badan yang normal dan membebaskan bahan kimia radang untuk menyerang sel normal tersebut.

Rheumatoid arthritis terjadi apabila sistem imun badan menyerang tisu yang melapisi sendi lutut dipanggul synovium, seterusnya menjadi semakin tebal dan meradang. Disebabkan itulah lutut kita sakit dan bengkak.

Tendinitis berlaku apabila tendon yang menghubungkan otot ke tulang menjadi radang. Ini biasanya berlaku akibat daripada tekanan berulang-ulang pada lutut. Orang yang sering berlari atau terlibat dalam aktiviti berat yang melibatkan lutut berisiko untuk mengalaminya.

Bursitis adalah keadaan di mana kantung kecil berisi cecair (bursa) yang ada di sekitar sendi lutut menjadi radang. Ini boleh berlaku akibat kecederaan atau pergerakan berulang yang memberi tekanan berlebihan pada lutut.

bursitis lutut yang menyebabkan sakit lutut kiri

Siapa Yang Lebih Berisiko untuk Sakit Lutut Kiri?

Obesiti


Warga Emas


Individu yang mempunyai Sejarah sakit lutut


Wanita


Atlet atau individu yang aktif bersukan


BONUS: LEGAKAN SAKIT LUTUT KIRI DALAM MASA 60 SAAT

Kesimpulan

Sakit lutut kiri bukanlah sesuatu yang perlu dipandang remeh. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kecederaan, penyakit sendi, atau gaya hidup yang tidak sihat. Apa yang penting, jika anda mengalami sakit lutut kiri, cuba kenal pasti punca dan mula ambil tindakan awal. Rehatkan lutut dan buat langkah-langkah yang dapat membantu mengurangkan sakit lutut kiri anda seperti kaedah R.I.C.E, ubat tahan sakit ataupun senaman regangan.

Jika masalah berterusan, jangan ragu untuk mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor atau ahli fisioterapi. Jangan biarkan sakit lutut menghalang aktiviti harian anda. Lutut yang sihat adalah kunci untuk kehidupan yang aktif dan bertenaga!