A World Without Pain

Tuah Kongsi Momen- Latihan Intensif Khas Doktor Klinik Tuah

“Ilmu tanpa amal adalah kegilaan, dan amal tanpa ilmu adalah kesia-siaan.”
Imam al-Ghazali

Bangi, 15 Disember — Klinik Tuah telah berjaya menganjurkan satu program latihan intensif khas untuk barisan doktor dari semua cawangan. Program ini bertujuan untuk memperkukuh ilmu serta meningkatkan kemahiran klinikal, khususnya dalam pengurusan sakit lutut dan prosedur sunat.

Latihan yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini merangkumi sesi ceramah dan latihan praktikal, memberi penekanan kepada pemahaman teori serta aplikasi sebenar dalam rawatan harian.

Sesi pagi dimulakan dengan perkongsian mengenai pengurusan kesakitan (pain management) oleh Dr Akhyar bin Azhar, doktor cawangan Bangi yang berpengalaman luas dalam rawatan lutut dan sakit sendi. Program diteruskan dengan sesi oleh Dr Hareez bin Noorman yang membincangkan topik sunat, diikuti Dr Zarifullah yang berkongsi pendekatan mesra pesakit secara menyeluruh dan berfokuskan keperluan individu.

Pada sebelah petang, para doktor terlibat secara langsung dalam sesi praktikal rawatan sakit sendi yang dikendalikan oleh Dr Akhyar. Sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk mengukuhkan kefahaman melalui latihan hands-on dan perbincangan kes sebenar.

Diharapkan program latihan intensif ini dapat menyemarakkan semangat pembelajaran berterusan dalam kalangan doktor Klinik Tuah, sekali gus membantu mereka memberikan rawatan yang lebih berkualiti, berkesan, dan berteraskan kepercayaan pesakit.

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda,
kami amat menghargai jika anda kongsikan kepada orang lain.

Facebook
WhatsApp

Jom baca lagi..

Jadi yang Terawal Tahu Promosi Ekslusif & Artikel Menarik Terkini dengan Melanggan Newsletter Kami Secara Percuma!

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...