Skip to main content

Kadang kala kita ada mendengar teman atau saudara rapat kita bercerita tentang munculnya sesebuah benjolan yang pelik pada sesetengah bahagian badan, dan pastinya ia membuat pesakit akan merasa kurang selesa akan kehadiran benjolan tersebut.

Ada yang mengatakan benjolan itu lipoma, ada yang mengatakan ia cyst, dan tidak kurang juga mengatakan itu buatan orang. Untuk artikel kali ini kita akan bercerita secara ringkas tentang lipoma dan cara untuk membuangnya.

Apakah itu lipoma?

Lipoma adalah ketulan lemak yang diselaputi satu tisu badan yang nipis. Ia selalunya dijumpai pada bahagian lemak selalu berkumpul contohnya peha, lengan dan badan. Ketulan lipoma ini biasanya tidak sakit dan terasa lembut apabila dipegang. Lipoma juga mengambil masa yang amat lama untuk menjadi semakin besar.

Adakah lipoma itu kanser?

Secara am nya, lipoma adalah sejenis ketumbuhan bukan kanser namun terdapat kemungkinan yang sangat kecil ia boleh berubah menjadi kanser liposarcoma.

Bolehkah lipoma itu menjadi gangguan kepada kesihatan?

Boleh sekiranya lipoma tersebut menjadi besar dan mengganggu struktur sekeliling lipoma tersebut. Contohnya lipoma yang muncul di kawasan tangan yang boleh menekan saraf median dan menyebabkan simptom ‘carpal tunnel syndrome’.

Bagaimana jika saya tidak selesa dengan lipoma dan ingin membuangnya?

Ketulan Lipoma boleh dibuang hanya melalui pembedahan, bergantung kepada tempat lipoma itu berada dan saiz lipoma tersebut. jika lipoma biasa, hanya pembedahan kecil diperlukan untuk membuang lipoma tersebut, dan boleh dibuat pada hari yang sama di klinik yang berpengalaman.

ketulan lipoma

Bolehkah ketulan lipoma kembali?

Boleh, namun kemungkinan untuk lipoma itu kembali adalah amat sedikit iaitu hanya 1-2% daripada kebanyakan kes.

Sekiranya terdapat ketulan pada anggota badan anda dan ingin mendapatkan konsultasi serta cadangan rawatan, boleh membuat temujanji Bersama kami di KLINIK TUAH dan dapatkan jawapan kepada persoalan persoalan anda.

Ketahui lebih lanjut tentang proses pembuangan lipoma dan ketulan lain

Leave a Reply

Here can be your custom HTML or Shortcode

This will close in 20 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Membuat Panggilan

 

 

 

 

 

This will close in 0 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Whatsapp

This will close in 0 seconds