A World Without Pain

Tuah Kongsi Momen – Family Day Tuah La Familia 2026

Warga Klinik Tuah menghadiri family day Tuah La Familia 2026
Warga Klinik Tuah menghadiri family day Tuah La Familia 2026

Mei 2026 – Pada 30 April hingga 2 Mei 2026 lalu, Klinik Tuah telah menganjurkan Family Day Tuah La Familia 2026 bertempat di Tanjung Karang yang menghimpunkan warga kerja dari cawangan Cheras, Shah Alam, Bangi dan Kuantan bersama ahli keluarga masing-masing.

Program dimulakan dengan aktiviti memancing udang pada pagi hari pertama yang disertai oleh sebahagian peserta. Menjelang petang, seluruh warga Klinik Tuah mula berkumpul sebelum meneruskan aktiviti menikmati keindahan kunang-kunang di Kuala Selangor dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Hari kedua diteruskan dengan sesi ice breaking antara setiap cawangan bagi mengeratkan hubungan dan membina semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja. Pelbagai aktiviti sukaneka turut diadakan pada sebelah petang antaranya “Strike the Pose”, “Gula-Gula Dalam Tepung” dan “Sarung Kain Batik” yang berjaya menceriakan suasana sepanjang program berlangsung.

Pada waktu malam, para peserta bersama-sama menunaikan solat berjemaah sebelum menikmati sesi BBQ santai bersama rakan sekerja dan ahli keluarga.

Family Day 2026 diakhiri pada pagi hari ketiga dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang serta ucapan penutup daripada Pengarah Klinik Tuah sebagai penghargaan kepada seluruh warga kerja yang menjayakan program ini.

Program seperti ini diharapkan dapat terus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan semangat kerjasama dan membina hubungan yang lebih akrab dalam keluarga besar Klinik Tuah.

“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda,
kami amat menghargai jika anda kongsikan kepada orang lain.

Facebook
WhatsApp

Jom baca lagi..

Jadi yang Terawal Tahu Promosi Ekslusif & Artikel Menarik Terkini dengan Melanggan Newsletter Kami Secara Percuma!

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...