Sakit lutut merupakan antara kesakitan yang kerap dialami oleh golongan dewasa, terutamanya yang sudah berusia. Tetapi ramai yang tidak tahu punca sakit lutut yang boleh berlaku . Jenis sakit lutut boleh dikenal pasti melalui bahagian lutut.
4 punca sakit lutut yang biasa dialami termasuklah kecederaan yang berpunca daripada sukan atau aktiviti ekstrem, melibatkan ligamen koyak terutama ACL, radang sendi kerana faktor usia (osteoarthritis), patah tulang dan dislokasi sendi.
Pendahuluan
Seringkali kita mendengar keluhan dari ibu bapa yang sudah tidak dapat solat dengan sediakala disebabkan oleh masalah lutut, sehingga terpaksa solat secara duduk atau baring.
Manakala bagi golongan muda pula, punca sakit lutut banyak terjadi selepas melakukan aktiviti fizikal yang kadang kala menyebabkan mereka takut untuk terus menjalani kehidupan aktif.
Sebelum kita mengetahui sebab utama punca sakit lutut, mari kita ambil tahu serba sedikit tentang lutut.
Kandungan
Anatomi Lutut
Lutut boleh terbahagi kepada 4 komponen utama:
- Sendi lutut
- Ligamen dan tendon
- Bursa
- Tulang
Anatomi Lutut
Punca Sakit Lutut yang paling kerap berlaku pada manusia.
Berikut adalah 4 sebab utama punca sakit lutut:
1.Kecederaan sukan
Kecederaan ini banyak berlaku pada atlet atlet atau pada seseorang yang sentiasa mengamalkan gaya hidup aktif. Contoh kecederaan yang biasa berlaku ialah kecederaan ACL ( Anterior Cruciate Ligament).
Anterior Cruciate Ligament adalah punca sakit lutut disebabkan sukan yang paling kerap berlaku melibatkan ligament. Seringkali ia terjadi ketika bermain sukan seperti bola sepak dan sukan lain yang menggunakan kaki. Tugas ACL untuk memberi kestabilan pada lutut . Jika ACL koyak, maka lutut kurang stabil dan boleh “lock” ketika berjalan.
Baca Lebih Lanjut Tentang Kecederaan ACL di Sini
Selain ACL , PCL (POSTERIOR CRUCIATE LIGAMENT) juga penyebab punca sakit lutut.
Terdapat juga sakit lutut yang disebabkan oleh anggota lutut yang lain, seperti jadual di bawah.
Sakit Lutut | Bahagian Yang Terlibat |
Bursitis | Bursa |
Tendinitis | Tendon |
Meniscus Tear | Meniscus |
ITBS | Iliotibial Band (Tendon) |
Pap!! Sakit Lutut Tiba-Tiba? Ketahui Punca-Puncanya di Sini
2. Keradangan atau penuaan sendi (Osteoarthritis)
Golongan yang berusia sangat ramai yang mengalami penuaan sendi, yang terjadi akibat oleh kawasan sendi lutut yang haus dan tulang bergesel antara satu sama lain. Jika dibiarkan boleh menjadi semakin teruk dan pesakit mungkin akan memerlukan alat sokongan berjalan seperti tongkat atau kerusi roda.
Simptom yang boleh terjadi selain sakit termasuk bunyi pada sendi, sakit sendi apabila ingin memulakan pergerakan dan juga bengkak pada sendi dan menjadi punca sakit lutut.
Sakit lutut pada golongan berusia ini adalah penyakit degeneratif dipanggil osteoarthritis.
Osteoarthritis adalah dari bahasa latin . Osteo bermaksud tulang , Art pula sendi, itis adalah Radang .
ia adalah punca sakit lutut paling kerap ( common) untuk orang yang berusia 40 tahun ke atas
Terbahagi kepada 4 peringkat , Punca sakit Lutut osteoarthritis ini adalah disebabkan faktor penuaan yang menyebabkan terjadinya 4 perkara dibawah;
- Sendi yang merapat
- Penumbuhan tulang baru ( bone spurs)
- Gel lutut ( synovial fluid) yang haus
- Rosaknya tulang rawan (cartilage)
Osteoarthritis tahap 4 adalah paling kritikal , ia adalah tahap dimana segala rawatan injection akan gagal dan ikhtihar terakhir adalah dengan pembedahan menukar lutut.
Bagaimana mengelakkan dari jadi tahap 4? Disarankan anda bertemu dengan doktor dengan segera untuk rawatan dan diagnosis.
Keradangan
Keradangan atau dalam bahasa inggeris Inflammation boleh terjadi pada lutut .
kadangkala keradangan di dalam lutut ini akan menghasilkan air radang atau dikenali dengan nama Knee Effusion. Air radang ini menyebabkan sendi-sendi menjadi bengkak dan sakit.
Air radang yang berwarna kuning ini kebanyakan perlu di buang / disedut buang kerana ia boleh menjadi punca sakit lutut yang kronik.
3. Dislokasi sendi
Dislokasi sendi lutut tidaklah terlalu biasa berlaku; biasanya dislokasi akan terjadi Bersama dengan tulang yang patah atau retak. Namun apabila dislokasi sendi lutut berlaku, amat penting untuk mendapatkan rawatan segera agar sendi tersebut dapat dikembalikan pada tempat yang sepatutnya.
4. Patah tulang
Patah tulang banyak terjadi pada tulang peha atau tulang betis; selalunya terjadi sewaktu lutut terkena impak yang tinggi seperti kemalangan kenderaan atau hentakan yang kuat pada bahagian bahagian kaki.
Baca Cerita Bagaimana Warga Emas ini menangis kerana boleh jalan kembali
Baca Semua Tentang Sakit Lutut Di Sini
Rawat Sakit Lutut Anda Sekarang
Rawatan pesakit lutut di KLINIK TUAH
KLINIK TUAH menawarkan berberapa rawatan untuk para pesakit lutut. Pelbagai rawatan disediakan mengikut diagnosis yang akan diterangkan oleh para doctor kami di KLINIK TUAH.
Selain pada itu, kami juga akan memberi nasihat selepas rawatan (post-care) untuk memastikan pesakit kami mendapat kelegaan maksima dan Kembali cergas dan aktif seperti dahulu.
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.