fbpx Skip to main content
Circumcision

Cara Penjagaan Sunat Laser:Panduan Mudah Untuk Ibu Bapa

By January 17th, 2025No Comments

Pendahuluan

Sebut saja cuti sekolah, pasti kanak-kanak melonjak keriangan.

Inilah masa untuk mereka berehat daripada kerja sekolah, tengok kartun kegemaran, main bola dengan kawan-kawan, dan bercuti dengan keluarga. Tapi, bagi sesetengah keluarga, cuti sekolah juga ada ‘acara besar’ iaitu bersunat!

Kalau dulu, sebut saja sunat, mesti terbayang tok mudim dengan pisau cukur tradisional. Tapi zaman dah berubah! Sekarang, teknologi moden menawarkan pelbagai kaedah sunat, seperti sunat clamp, sunat stapler, dan yang paling popular, sunat laser.

Sunat laser bukan sahaja cepat dan kurang sakit, tapi cara penjagaan sunat laser juga mudah!  

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan panduan lengkap cara penjagaan sunat laser supaya anak anda cepat sembuh dan selesa sepanjang proses pemulihan.

Apa Itu Sunat laser?

Sunat laser ialah satu kaedah konvensional yang menggantikan pisau dan gunting dalam dunia bersunat. Laser yang digunakan bukanlah laser beam yang biasa anda lihat dalam filem!

Sunat laser menggunakan kaedah diathermy di mana hujung kauteri dipanaskan, dan memotong lebihan kulit kulup yang telah dikepit dengan “clamp”. Dalam masa yang sama, laser ini juga mematikan saluran darah di zakar.

Cara Penjagaan sunat laser klinik tuah

Hasilnya, prosedur lebih cepat dan potongan kelihatan lebih rapi dan kemas.

Berbeza dengan kaedah sunat yang lebih moden, sunat laser masih memerlukan jahitan untuk mengelakkan pendarahan pada luka dan memberi hasil yang lebih cantik.

Kelebihan Sunat Laser

Kelebihan sunat laser

Cara Penjagaan Sunat Laser

Cara penjagaan sunat laser tidaklah rumit. Ibu bapa hanya perlu menitik beratkan luka jahitan untuk hindari sebarang jangkitan pada anak sepanjang tempoh penyembuhan.

✔️ Pastikan luka dan balutan tidak basah atau terkena air sepanjang 24-48 jam pertama.

✔️ Berikan ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor sejurus selepas prosedur sunat. Hal ini kerana
ubat bius setempat hanya bertahan sehingga setengah jam sahaja, dan akan hilang.

✔️ Galakkan anak untuk berbaring saja dalam tempoh 24 jam, kecuali untuk ke tandas atau solat.

cara penjagaan sunat laser klinik tuah

✔️ Buka balutan hanya selepas 48 jam (jika ada), walaupun kain balutan masih kering.

✔️ Boleh mandi selepas 24 jam, dan biarkan air mengalir pada kawasan luka. Keringkan sejurus selepas
mandi.

✔️ Pastikan hujung kemaluan dibasuh dengan bersih selepas kencing.

✔️ Anda boleh membuka balutan anak selepas 48 jam, dan boleh minta klinik / hospital bukakan
sekiranya anda tidak yakin.

✔️ Pada hari ketiga, kebiasaannya luka sudah mula mengering dan benang jahitan sudah mula
tertanggal. Tetapi ini bergantung pada keadaan anak.

✔️ Cuci luka selepas balutan dibuka menggunakan gauze/ putik kapas dan air suam.

✔️ Keringkan kawasan luka dengan menghalakan kipas pada kawasan luka sunat, atau menggunakan
pengering rambut yang ditetapkan pada suhu biasa.

✔️ Sapukan ubat anti-bakteria pada luka sunat anak sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari. Anda juga boleh
menyapu ubat setiap kali selepas mandi.

cara penjagaan sunat laser klinik tuah

✔️ Anak anda dibenarkan mandi selepas 24 jam, namun elakkan daripada menggunakan sabun pada
kawasan luka sunat sepanjang tempoh penyembuhan.

✔️ Pakaikan pakaian yang longgar ataupun kain pelikat untuk mengurangkan tekanan di bawah, serta
memberi ruang untuk penyembuhan yang cepat.

✔️ Sekiranya luka anak berdarah, jangan risau! Itu adalah perkara normal. Tekap dan tekan luka tersebut
dengan gauze/putik kapas selama 10-20 minit sehingga ia berhenti. Jika masih mengalir, disarankan
datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

✔️ Bengkak di sekitar kawasan sunat atau bentan adalah normal selepas berkhatan. Tetapi, sekiranya
kawasan bengkak kelihatan terlalu besar, bertukar warna merah, atau diikuti rasa sakit dan demam,
segera bawa anak anda berjumpa doktor untuk mengelakkan jangkitan.

Apa Perlu Anak Saya Elak Sepanjang Penjagaan Sunat Laser

  • Elakkan daripada melakukan aktiviti sukan seperti bola sepak dan berlari.
  • Elakkan daripada aktiviti berenang untuk biarkan luka kering sepenuhnya.
  • Jangan mudah terpedaya dengan rawatan DIY tanpa nasihat doktor, kerana ia mungkin dapat menyebabkan luka makin memburuk.
cara penjagaan sunat laser klinik tuah

Penutup

Mungkin cara penjagaan sunat laser nampak rumit pada mulanya, tetapi sebenarnya ia tidaklah sesukar yang disangka. Dengan langkah penjagaan yang betul, proses pemulihan boleh jadi lebih mudah dan selesa untuk hero kecil anda.

Ingat, setiap anak berbeza. Ada yang sembuh cepat, ada yang perlukan lebih masa. Yang penting, berikan mereka sokongan dan perhatian yang teliti sepanjang proses penyembuhan ini.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk memastikan pengalaman sunat laser si kecil menjadi kenangan manis yang akan dikenang sampai bila-bila?

FAQ

Q: Bilakah luka sunat laser betul-betul sembuh?

Kebiasaannya, luka sunat akan sembuh selepas 7 hari, dan maksima 14 hari. Namun, ianya berbeza untuk setiap kanak-kanak lelaki.

Q: Bilakah anak saya boleh kembali ke sekolah selepas sunat?

Anak anda boleh kembali ke sekolah seawal 3- 5 hari, bergantung kepada keadaan anak anda. Dapatkan pandangan doktor dan juga kadar penyembuhan anak.