- Benjolan di leher boleh berpunca daripada masalah di sekitar leher, kelenjar air liur, kelenjar tiroid, jangkitan virus dan bakteria serta kanser.
- Antara cara mengatasi benjolan di leher ialah antibiotik, pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.
Kandungan
Pendahuluan
Pernah tak anda rasa benjolan kecil di leher tiba-tiba muncul? Mula-mula tak sakit, tapi lama-lama jadi risau. Adakah ini tanda sesuatu yang serius pada badan?
Benjolan di leher memang perkara biasa, tapi puncanya boleh jadi macam-macam, dari yang ringan seperti sista hingga masalah yang memerlukan perhatian segera.
Artikel ini akan membantu anda faham apa sebenarnya punca benjolan di leher dan bila anda perlu ambil tindakan.
7 Punca Timbul Benjolan Di Leher Anda
Penyakit Tiroid
Kelenjar tiroid terletak di bahagian hadapan bawah leher. Organ yang berbentuk seakan rama-rama ini berfungsi untuk hormon tiroid. Hormon tiroid berfungsi untuk mengawal metabolisma tubuh.
Namun, terdapat beberapa faktor yang boleh mendatangkan masalah kepada tiroid. Sesetengah penyakit tiroid boleh membengkak.
Bengkak pada tiroid boleh menyebabkan benjolan di leher. Jangan risau, kebanyakan penyakit tiroid ini bukanlah berbahaya untuk anda.
Antara penyakit tiroid yang paling diketahui umum ialah:
Ciri | Hipertiroidisme | Hipotiroidisme |
Penyebab | Kelenjar tiroid mengeluarkan hormon tiroid berlebihan. | Kekurangan hormon tiroid dalam badan. |
Punca Utama | – Penyakit Graves – Tiroditis (radang kelenjar) | – Penyakit autoimun – Pembedahan tiroid atau terapi radiasi – Sejarah keluarga penyakit tiroid |
Statistik | 1.3% rakyat AS menghidapinya, lebih banyak berlaku pada wanita. | 5 daripada 100 rakyat AS menghidapinya, lebih kerap berlaku pada wanita berusia 60 tahun ke atas. |
Simptom Utama | – Berat badan turun mendadak – Kadar denyutan jantung pantas – Benjolan di leher akibat kelenjar membesar | – Keletihan melampau – Pertambahan berat badan – Sakit atau lenguh sendi dan otot – Kadar denyutan jantung perlahan (bawah 60/minit) |
Kesan Terhadap Metabolisme | Peningkatan metabolisme, menyebabkan tubuh berfungsi lebih cepat. | Penurunan metabolisme, menyebabkan tubuh berfungsi lebih perlahan. |
Kumpulan Risiko | Lebih kerap berlaku pada wanita, dengan kadar 3 kali lebih tinggi. | Terutama wanita berusia 60 tahun ke atas, namun bayi juga boleh terjejas. |
Nodul Tiroid
Mungkin anda tidak pernah atau jarang mendengar tentang penyakit yang satu ini. Namun, nodul tiroid sebenarnya sangat biasa terjadi pada individu, malah separuh daripada rakyat Amerika Syarikat berusia 60 tahun ke atas mengalaminya.
Nodul tiroid adalah satu ketumbuhan abnormal yang membentuk benjolan pada tiroid di leher. Kebiasaannya, ketumbuhan ini tidaklah berbahaya, namun jangan dibiarkan kerana ia mungkin boleh menganggu penghasilan hormon tiroid.
Antara symptom nodul tiroid termasuklah;
- Susah untuk menelan
- Susah untuk bernafas
- Sakit dan bengkak di leher
Masalah pada Kelenjar Air Liur
Benjolan di leher juga boleh disebabkan oleh masalah pada kelenjar air liur anda. Kebiasaannya, kelenjar ini membengkak kerana jangkitan kuman pada tekak, radang tonsil, jangkitan gusi dan campak.
Terdapat dua keadaan yang menyebabkan kelenjar gagal berfungsi sepenuhnya.
Sialadenitis
Sialadenitis terjadi akibat radang pada kelenjar ini. Sialadenitis ini biasanya menyerang kelenjar parotid dan submandibular, namun boleh terjadi pada mana-mana kelenjar.
Sialadenitis ini berpunca daripada:
- Jangkitan virus atau bakteria
- Dehidrasi
- Ubat-ubatan seperti diuretics, antihistamine dan beta-blockers.
- Penyakit autoimun
- Kurangnya penjagaan kebersihan mulut
Sialolithiasis
Batu dalam kelenjar?
Itulah gambaran yang boleh diberi untuk sialolithasis. ketulan atau “batu” ini terhasil akibat kalsium yang mendap dan keras dalam kelenjar air liur. Ianya boleh berukuran daripada 1 milimiter hingga beberapa centimeter. Kebiasaannya, sialolithiasis mempengaruhi bahagian submandibular.
Kelenjar air liur yang disekat oleh batu ini menyebabkan nodul limpa berdekatan membengkak, seterusnya menghasilkan benjolan di leher. Sekiranya dibiarkan, kelenjar yang terjejas boleh dijangkiti kuman, dan menyebabkan benjolan di leher lebih teruk.
Antara simptom termasuklah:
- Sakit ketika menelan
- Bengkak leher
- Sukar untuk membuka mulut
- Benjolan kecil yang sakit di bawah lidah.
Sista (Cyst)
Salah satu punca benjolan pada leher ialah sista (cyst). Terdapat tiga jenis sista yang umum.
Ciri-ciri | Epidermoid Cyst | Dermoid Cyst | Sebaceous Cyst |
Definisi | Cyst yang terbentuk daripada sel kulit mati dan keratin | Cyst yang mengandungi tisu seperti rambut, kelenjar minyak, dan kulit | Cyst yang terbentuk daripada kelenjar sebaceous yang mengeluarkan minyak |
Bahan dalam Cyst | Keratin (protein yang membentuk kulit) | Kulit, rambut, dan kelenjar sebaceous | Minyak dan sel mati dari kelenjar sebaceous |
Lokasi Umum | muka, leher, dan belakang badan | muka, kepala, dan leher | muka, leher, atau belakang telinga |
Saiz | Saiz kecil hingga sederhana | Lebih besar berbanding epidermoid | Saiz sederhana hingga besar |
Ciri-ciri Lain | Keras, sukar boleh digerakkan | Lebih lembut dan boleh digerakkan dengan lebih senang | Lebih lembut dan berisi cecair berminyak |
Lipoma
Lipoma ialah sejenis ketumbuhan benign akibat pengumpulan sel lemak. Ia berbentuk seperti ketulan kecil, lembut dan dan tidak sakit apabila dipicit. Lelaki lebih berisiko untuk mendapat lipoma berbanding wanita.
Namun, ketulan lipoma boleh membesar dan menyebabkan anda tidak selesa. Dan sekiranya lipoma itu berada di Kawasan yang mudah dilihat (seperti di leher), ia boleh menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri.
Kebiasaannya lipoma dibuang melalui pembedahan. Jangan risau, ketulan bersaiz kecil hanya memerlukan pembedahan kecil dan menggunakan bius setempat Sahaja.
Antara symptom lipoma termasuklah;
- Ketulan jelas dan boleh digerakkan
- Tidak menyakitkan (kecuali sekiranya lipoma ini menekan saraf)
- Warna ketulan mengikut warna kulit
Baca lebih lanjut tentang Lipoma di sini
Jangkitan Virus / Bakteria
Baru baik demam, tiba-tiba rasa benjolan di leher! Oh tidak, petanda apakah ini?
Sekiranya anda pernah berada dalam situasi seperti ini, kemungkinan besar sel-sel di nod limfa anda sedang berperang melawan jangkitan virus atau bakteria. Disebabkan itulah, nod limfa boleh membengkak pada kawasan yang terdedah pada jangkitan.
Keadaan ini adalah normal dan bengkak itu akan beransur-ansur surut. Namun, sekiranya ketulan anda keras, pegun dan tidak sakit, boleh jadi ketulan itu berpunca daripada kanser.
Beguk
Antara punca benjolan di leher ialah mumps atau lebih sinonim dalam kalangan masyarakat, beguk. Beguk mungkin dianggap benda biasa, tapi sebenarnya beguk terjadi kerana radang akut yang disebabkan oleh Paramyxovirus. Virus beguk tersebar melalui air liur, hingus dan sentuhan langsung dengan pesakit.
Walaupun beguk kebiasaannya ketara di leher, sebenarnya bahagian yang terkesan ialah sejenis kelenjar air liur dipanggil kelenjar parotid. Beguk juga diklasifikasikan sebagai penyakit berjangkit dan memerlukan perhatian doktor segera.
Antara simptom beguk ialah;
- Demam
- Badan letih dan lesu
- Sakit kepala
Kanser
Ini adalah benjolan di leher yang paling merisaukan. Ketulan pada leher akibat kanser boleh menyempitkan saluran pernafasan dan menyukarkan kehidupan seharian.
Terdapat beberapa jenis kanser yang membentuk benjolan di leher. Antaranya termasuklah;
- Kanser tiroid
- Kanser kelenjar air liur
- Kanser limfoma Hodgkin dan limfoma non-Hodgkin
Sekiranya anda mendapati bengkak di leher anda tidak mengecil setelah dua minggu, segera dapatkan diagnosis doktor untuk mengenalpasti punca benjolan tersebut.
Cara Menghilangkan Benjolan di Leher
- Antibiotik untuk jangkitan
- Pembedahan kecil
- Terapi Radiasi
- Kemoterapi untuk kanser
FAQ
Bilakah saya perlu risau tentang benjolan di leher?
Anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor jika:
- Benjolan terasa sakit atau bernanah.
- Benjolan tidak surut selepas 2-3 minggu.
- Ia semakin membesar atau menjadi keras.
- Anda mengalami simptom lain seperti demam, penurunan berat badan, atau kesukaran menelan.
Bagaimana cara untuk mengenal pasti jenis benjolan di leher?
Cyst: Lembut dan boleh bergerak.
Lipoma: Tidak sakit dan lembut.
Kanser: Biasanya keras dan tidak bergerak.
Adakah benjolan di leher pada kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa?
Ya, pada kanak-kanak, benjolan di leher sering disebabkan oleh jangkitan seperti beguk atau kelenjar limfa yang bengkak akibat sistem imun yang aktif. Pada orang dewasa, puncanya lebih pelbagai dan mungkin termasuk tumor atau masalah kelenjar tiroid.
Penutup
Jadi, pernahkah anda mengalami simptom-simptom seperti di atas? Tidak semua benjolan leher berbahaya, namun perlu diingatkan untuk sentiasa memantau gejala-gejala lain yang berkaitan untuk mengelakkan mudarat di kemudian hari.
Ingin Tahu Tentang 5 Benjolan di Tubuh Badan dan Adakah Ianya Berbahaya? Klik Sini
Kembalikan keyakinan dan Senyuman ANDA
Buang Ketulan Dengan Harga Marhaen, Hasil Aestetik
Dapatkan Rawatan Anda di Klinik Tuah
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.