Jika disebut tentang suplemen lutut, pastinya ramai yang mengesyorkan glukosamin (glucosamine). Saya sendiri pernah saksikan keberkesanan glukosamin ini. Pesakit saya yang menghidap osteoarthritis lutut lebih selesa untuk bergerak dan kurang mengaduh sakit sejak mengambil suplemen ini.
Tapi apa itu glukosamin? Selamat ke untuk tubuh badan kita? Dan yang paling penting, apa kelebihan glukosamin / glucosamine untuk lutut berbanding suplemen lain?
Isi Kandungan
Apa itu Glukosamin?
Glukosamin adalah bahan semula jadi yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Bahan ini membantu dalam pembentukan ligamen, tendon, dan tisu-tisu penghubung dalam tubuh. Glukosamin juga merupakan pelincir antara sendi-sendi yang mengurangkan geseran sendi dan mencegah kerosakan tulang. Glukosamin juga boleh diperoleh daripada haiwan bercengkerang dan tumbuhan.
Kini, glukosamin diekstrak sebagai salah satu suplemen untuk lutut. Ia berfungsi untuk mengatasi gejala radang sendi di lutut seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan juga penyakit seperti MS.
Kelebihan Glukosamin/ Glucosamine untuk Lutut
1. Membantu Mengurangkan Gejala Osteoarthritis
Glukosamin membantu meredakan kesakitan pesakit osteoarthritis tahap awal dengan melegakan kekejangan dan rasa ngilu pada lutut. Hal ini kerana glukosamin merupakan komponen utama dalam memperlahankan tulang rawan daripada terhakis.
Beberapa kajian telah melaporkan bahawa pengambilan rutin suplemen glukosamin sulfat dapat membantu merawat gejala osteoarthritis dalam jangka masa panjang, dan melambatkan perkembangan osteoarthritis daripada bertambah teruk.
Tambahan lagi, glukosamin dapat melegakan sakit lutut pesakit osteoarthritis tahap sederhana-parah. Ia dapat meredakan rasa sakit, kejang dan ngilu pada sendi. Namun, suplemen ini tidak berkesan pada pesakit yang telah lama menghidap OA, sakit lutut yang ringan dan berat badan berlebihan.
2. Mengurangkan Keradangan
Glukosamin juga dapat meredakan radang lutut. Pengambilan glukosamin dan chondroitin secara berkala dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada lutut disebabkan oleh beberapa penyakit seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan diabetes.
Satu kajian juga mendapati pengambilan glukosamin hidroklorida bersama chondroitin sulfat dapat merendahkan perembesan C- reactive protein (CRP), sejenis bahan yang merangsang keradangan. sebanyak 23 peratus.
3. Menyokong Kesihatan Sendi
Glukosamin juga penting dalam memperbaiki kesihatan tulang rawan lutut. Tulang rawan adalah tisu penghubung antara sendi yang kenyal dan kuat, dan membolehkan seseorang menggerakkan lutut dengan selesa. Tulang rawan juga mempunyai cecair sinovial yang bertindak sebagai pelincir antara sendi, menyerap hentakan pada lutut dan mengelakkan tulang rawan daripada menipis.
Jadi bagaimana glukosamin membantu menguatkan sendi? Glukosamin merangsang penghasilan kolagen, sejenis bahan penting yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membaiki tulang rawan yang rosak akibat osteoarthritis. Glukosamin juga menambah kepekatan cecair synovial, jadi tulang tidak senang untuk bergesel antara satu sama lain yang menyebabkan sakit dan radang lutut.
Glukosamin juga melindungi tisu-tisu sendi dalam kalangan atlet. Satu kajian menunjukkan bahawa seorang atlet bola sepak atau ragbi profesional yang mengambil sebanyak 1.5 g- 3.0 g glukosamin selama 3 bulan mendapati tulangnya masih kekal sihat dan tidak merosot.
Bahan Terbaik Untuk Diambil Bersama Glukosamin:
- Chondroitin – Bahan ini sering digabungkan dengan glukosamin untuk kesan berganda. Chondroitin membantu mengekalkan cecair dalam tulang rawan, menjadikannya lebih anjal dan tahan lasak.
- MSM (Methylsulfonylmethane) – Bahan ini sering terdapat dalam suplemen glukosamin untuk meningkatkan kesan anti-radang, membantu mengurangkan kesakitan dan pembengkakan.
- Hyaluronic Acid – Bahan ini membantu melicinkan pergerakan antara sendi dan meningkatkan mobiliti, sering digabungkan dengan glukosamin untuk sendi yang lebih sihat.
Siapa Yang Sesuai Mengambil Glukosamin?
Atlet atau individu aktif yang mengalami kerosakan sendi.
Mereka yang menghidap osteoartritis.
Pesakit arthritis yang tidak boleh mengambil ubat NSAIDs kerana masalah kesihatan yang lain.
Antara Jenama Suplemen Glukosamin
Terdapat banyak jenama suplemen glukosamin yang terkenal dan diakui berkesan. antaranya termasuklah:
Kesimpulan
Secara ringkasnya, glukosamin boleh membantu dalam mengurangkan sakit lutut dengan membaiki tulang rawan dan menguatkan sendi, terutamanya dalam kalangan individu yang aktif atau mengalami masalah sendi. Setelah beberapa kajian yang menunjukkan keberkesanan bahan ini, tidak mustahil ramai memilih suplemen glukosamin/glucosamine untuk lutut mereka. Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dibuat untuk mengesahkan manfaatnya.
Sebelum memulakan pengambilan suplemen glukosamin, amat penting untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan kesihatan anda.
Ketahui Pelbagai lagi Jenis Suplemen Yang Boleh Menyokong Lutut Anda di Sini
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.