
Kuantan, 19 April — Pada 19 dan 20 April 2025 yang lalu, Klinik Tuah berpeluang merealisasikan misi utama ‘Ke Arah Kuantan Bebas Sakit Lutut” melalui program bersama Tabung Haji. Program ini telah dijalankan di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan, khusus untuk bakal jemaah haji.
Program yang dianjurkan oleh Tabung Haji ini berlangsung pada:
Sabtu: 1.00 petang hingga 5.00 petang
Ahad: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Seramai 600 orang jemaah haji hadir sepanjang dua hari tersebut. Daripada jumlah itu, 8 orang telah membuat pemeriksaan lutut bersama pasukan kami.
Pemeriksaan ini dijalankan oleh 2 orang doktor dan dibantu oleh 3 orang staf klinik. Selain pemeriksaan lutut, setiap jemaah yang hadir juga menerima langkah senaman lutut khas sebagai panduan untuk kekalkan kekuatan dan kesihatan sendi sebelum berangkat ke tanah suci.
Tujuan utama program ini adalah untuk:
- Mengesan awal masalah sendi lutut yang mungkin mengganggu ibadah haji
- Memberi nasihat kesihatan dan langkah pencegahan
- Membantu jemaah lebih bersedia secara fizikal untuk melakukan ibadah seperti tawaf dan saie
Walaupun jumlah yang menjalani pemeriksaan lutut tidak ramai, sambutan secara keseluruhan tetap positif. Ramai jemaah yang hadir menunjukkan minat terhadap penjagaan kesihatan, terutama berkaitan pergerakan semasa ibadah haji.
Program ini mungkin nampak kecil dari segi angka, tapi besar impaknya pada mereka yang terlibat. Terima kasih kepada Tabung Haji atas inisiatif ini dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakannya.

