A World Without Pain

Tuah Warisan Tradisi -Majlis Khatan Perdana Kuantan

Kuantan, 18 Februari 2024– Klinik Tuah telah menyertai satu Majlis Khatan Perdana Kuantan anjuran  JPKK Kampung Belukar & JPKK Kampung Gudang Rasau dengan kerjasama ADN Inderapura YB Dato Sri Haji Shafik Fauzan Bin Haji Sharif. Program ini merupakan kesinambungan Program Sunathon Klinik Tuah Kuala Lumpur Disember lalu.

Seramai 50 kanak-kanak telah memberi sokongan padu dengan menyertai program sunat beramai-ramai ini. Mereka berbesar hati menerima khidmat sunat yang kami tawarkan, memenuhi tuntutan agama sekaligus mengukir kenangan indah buat mereka dan keluarga.

Kanak-kanak yang segak berbaju Melayu ini dirayakan sebaik tiba dengan perarakan bunga manggar. Suasana semakin hidup apabila paluan kompang dimainkan, menambahkan kemeriahan acara. 

Tidak ketinggalan, pulut kuning turut dihidangkan pada setiap peserta dan tetamu sebagai simbol tradisi dan keberkatan. Selain itu, acara turut diserikan dengan siraman air bomba yang bukan sahaja memberi kegembiraan kepada kanak-kanak, tetapi juga simbol sokongan dan kerjasama daripada pihak penganjur.

Terpancar kegembiraan dan keriangan di wajah setiap kanak-kanak dan ibu bapa.  Program ini berjalan dengan lancar dan jayanya, berkat sokongan semua pihak yang terlibat.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk mengukir senyuman dan kenangan manis buat kanak-kanak yang mengambil bahagian.

Semoga pengalaman ini menjadi satu titik manis dalam kehidupan mereka, dan kami berharap dapat menganjurkan lagi program sebegini pada masa akan datang untuk terus berkhidmat kepada komuniti.

@kliniktuah

Kali ni kita bawakan khatan perdana pula 🥰 Lagilah seronok adik-adik ni mandi air hujan bomba 😎 #kliniktuah #khatanperdana #sunathon #sunat #sunatlaser #kliniksunat

♬ original sound - Klinik Tuah - Klinik Tuah

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda,
kami amat menghargai jika anda kongsikan kepada orang lain.

Facebook
WhatsApp

Jom baca lagi..

Jadi yang Terawal Tahu Promosi Ekslusif & Artikel Menarik Terkini dengan Melanggan Newsletter Kami Secara Percuma!

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...