Where Pain Meets Relief

Sunat Bayi Sembuh Seawal 3 Hari

Seperti Anda, Kami Mahukan Pengalaman Sunat Yang Menyenangkan Untuk Si Comel Anda

Tahniah! jika anda membaca artikel ini besar kemungkinan anda sedang mencari perihal khatan bayi dan berkira-kira untuk mengkhatankan anak anda ketika bayi lagi .

Oleh itu kami akan “guide” dan beri panduan untuk anda secara lengkap tentang khatan bayi agar anda akan merasa tenang , bersedia dan selesa untuk khatankan bayi anda.

Klinik Tuah & Anda

Panduan & Tips Sunat Bayi Lelaki

Khatan Bayi mempunyai kelebihan yang lebih besar dari khatan diumur yang lain antaranya

  1.  Paling Cepat Sembuh
  2.  Paling Kurang Rasa Sakit
  3.  Paling Senang Jaga Selepas Khatan
  4.  Sunnah Nabi S.A.W

Ini Kerana :-

  • Saraf pada zakar bayi tidak matang lagi ( not well-developed) membuatkan proses sunat kurang sakit
  • Jika dibanding, khatan bayi akan pulih dalam masa 1 minggu, ini berbeza dengan khatan kanak-kanak yang mengambil masa lebih kurang 2-3 minggu untuk pulih dan dewasa yang mengambil 3-4 minggu
  • Bayi tidak bergerak seaktif kanak-kanak dan dewasa , penjagaan sunat lebih mudah

Selain itu , ada juga faktor ibubapa sunat bayi mereka disebabkan faktor agama
Dalam Islam , terdapat hadith mengenai khatan bayi lelaki seawal 7 hari

Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)

Dalam agama lain juga ada yang menggalakkan berkhatan sejak bayi lagi

Kaedah Untuk Sunat Bayi

Plastibell / Circumplast

Teknik ini merupakan teknik yang terbaik untuk khatan bayi lelaki . Selepas dibius, satu plastik berbentuk gegelung akan diletakkan didalam kulup kemaluan dan akan dililit lalu diikat menggunakan tali/benang. Benang ini akan menghentikan saluran darah pada kulup kemaluan yang hendak dipotong menyebabkan kulup kemaluan akan mati dan tercabut dalam masa 2-3 hari. Tiada jahitan yang akan dilakukan. apabila tercabut, luka pada kemaluan akan terus KERING. Ini membuatkan luka khatan amat cepat sembuh. Ada luka yang sembuh seawal 3 hari. Tambahan lagi, Secara kosmetik , teknik plastibell lebih cantik dan kemas . Ia juga lebih selamat kerana risiko terpotong kepala zakar hampir tiada.

Laser

Teknik ini adalah teknik tradisional dan paling biasa dilakukan untuk sunat kanak-kanak, namun boleh juga dilakukan pada bayi dengan pendekatan yang berbeza . Selepas dibius, kulup kemaluan akan di clamp dan akan dipotong dengan diathermy (laser) . Kemudian , luka akan dijahit di sekeliling zakar dan jahitan ini akan tercabut sendiri.

Tanda- Tanda Telinga Anda Bermasalah

Mitos & Fakta Tentang Sunat Bayi

"Sunat bayi sakit, kesian pada anak."

Sunat bayi sebenarnya lebih cepat sembuh & kurang sakit berbanding kanak-kanak besar, sebab saraf sakit belum berkembang sepenuhnya. Ubat bius moden juga buat prosedur lebih selesa.

“Lebih baik tunggu anak besar baru sunat.”

Sebenarnya , lebih lambat akan meningkatkan risiko trauma & budak takut. Masa untuk sembuh juga lebih lama. Sunat bayi biasanya lebih mudah & cepat pulih kerana sel pemulihan yang banyak , kadar pembahagian sel yang tinggi dan bayi tidak lasak.

“Sunat bayi tidak perlu sebab masih kecil & tak kotor.”

Sunat bayi bukan hanya isu kebersihan, tetapi juga pencegahan jangkitan kencing, risiko radang kulup, dan masalah kesihatan jangka panjang

Mengapa Klinik Tuah?

Ribuan Bayi Bersama Kami

Kami faham kegusaran ibu & ayah, Doktor Klinik Tuah sangat teliti dan berhati-hati memastikan semuanya selamat. Saban tahun ribuan bayi berjaya dikhatan dengan selamat.

Pantas & Selesa

Keutamaan kami agar bayi selesa dan tidak sakit ketika prosedur. Kami mempunyai teknik untuk check sama ada bayi masih lagi sakit atau tidak selepas diberi bius.

Doktor Berpengalaman

Doktor kami bukan sahaja mahir mengendalikan sunat malah kami berbangga menjadi salah satu pusat rujukan pilihan untuk kes komplikasi sunat di Malaysia

Kami Juga Ayah & Ibu

Setiap ibubapa mahu terbaik untuk anaknya. Seperti anda doktor & staf kami juga merupakan seorang ayah & ibu. Oleh itu, kami juga mahukan si comel menjalani sunat yang menyenangkan di Klinik Tuah.

Seperti Dilihat Dalam

Setiap bayi berhak melalui proses sunat yang tidak sakit, pantas dan cepat sembuh

Purata Sunat Bayi Setahun
0 +
Sembuh Dalam Seminggu
0 %
Purata tempoh prosedur Sunat Bayi
0 min

Kenali Doktor Yang Akan Khatankan Si Comel Anda

Mereka Yang Dah Merasai Sendiri

Soalan Lazim ( FAQ)

  • Plastibell/ Circumplast : RM 550
  • Laser : RM450

Prosedur moden guna bius setempat yang selamat, jadi bayi hanya rasa sedikit tidak selesa hanya ketika pemberian ubat bius. kemudian bayi tidak merasa langsung sepanjang prosedur.  Tambahan, secara umumnya sunat ketika bayi lagi kurang sakit kerana saraf yang belum matang

Biasanya seawal 1 minggu hingga berumur 2 tahun. 

Plastibell /circumplast yang dipasang akan terjatuh sendiri dalam 5-7 hari. 

Kebanyakan bayi, boleh kata 95% dari bayi yang berkhatan di Klinik Tuah tidak memerlukan follow up visit kerana penyembuhan yang sangat lancar. 

Dan di Klinik Tuah, orang yang datang untuk sunatkan bayi juga ramai dari luar negara seperti Brunei, Thailand, Singapore, Indonesia, Japan dan lain-lain lagi. Mereka ini selalunya balik ke negara asal selepas hari ke 2. Namun tetap berhubung dengan kami melalui whatsapp untuk memastikan penyembuhan yang baik. Syukur, semua anak-anak yang disunatkan di Klink Tuah semua selamat. 

Walaupun ramai yang tidak memerlukan follow up, jika ada apa-apa ketidakpastian atau ibu bapa nak datang untuk berjumpa doktor untuk doktor periksa keadaan sunat, kami mengalu-alukan kedatangan anda bila-bila masa. Kami faham kegusaran ibu dan bapa , oleh itu kami akan permudahkan urusan penyembuhan sunat bayi anda. 

Dan , Kalau ada apa-apa pertanyaan, Whasapp sahaja pertanyaan mahupun gambar ke nombor kami. Kami akan guide anda sehingga si comel anda pulih sepenuhnya .

 

Selalunya mengambil 5-7 hari untuk sembuh. 

Untuk plastibel, kes bayi paling cepat kami dapat- plastibell tercabut selepas 3 hari, dimana luka terus kering. 

Namun, penyembuhan berbeza setiap orang mengambil faktor umur, genetik, kadar kesembuhan badan, aktiviti dan lain-lain

 

Sunat bayi adalah sunat paling senang penjagaannya dibanding dengan umur yang lain .

Hari 1-2:
-Beri bayi ubat tahan sakit (syrup) mengikut dos dan berkala yang ditetapkan doktor

-sebolehnya elakkan rendam dalam kolam/ bathub untuk 24 jam pertama

-tukar pampers bayi kerap sedikit berbanding biasa : jangan biarkan terlalu lama lampin yang telah basah dengan kencing

-pakai pampers secara biasa , nak longgarkan sedikit pun boleh 

-kalau kencing atau berak, jirus air / wet wipes seperti biasa. namun seeloknya keringkan zakar selepas jirus air mengggunakan tisu atau kipas.

Hari 2-3
– selalunya waktu ini bayi  baby akan nampak selesa. kebanyakan akan nampak selesa seperti waktu sebelum sunat. 

Hari 5-7 
-waktu yang selalunya plastibell jatuh.

secara tuntas, penjagaannya sunat bayi senang sekali. 

  • KENCING– kencing seharusnya tiada masalah . Jika bayi sukar kencing, boleh hubungi klinik atau doktor . Kencing harus di jirus seperti biasa / wet wipes pn boleh digunakan. namun harus memastikan selepas basuh kemaluan , harus dikeringkan kemaluan menggunakan tuala, tisu ataupun kipas portable
  • NAJIS – Jika berak / kencing , harus ditukar terus lampin , jangan dibiar lama , takut jangkitan pada kemaluan
  • Longgar – Pakaikan pampers dengan longgar dan juga seluar yang longgar sehingga luka sembuh
  • MANDI – boleh mandi seperti biasa, namun harus berhati-hati dengan kemaluan yang telah disunat untuk elakkan kesakitan/ ataupun dislodge plastibell
  • SUSU BADAN – beri susu badan berterusan selepas khatan , susu badan mempunyai sifat anti-kesakitan, ia boleh menjadi painkiller semula jadi . Boleh membantu mengurangkan ketidak selesaan selepas khatan
  • MENTAL – Harus bersedia dari segi mental , Sebaiknya ketika melangkah ke klinik , Ibubapa sudah mengetahui proses berkhatankan bayi mereka . Harus fahami bahawa proses khatan ini painless / tidak sakit 🙂
  • SUSU – Sebaiknya memberi susu kepada bayi sebelum datang ke klinik untuk berkhatan untuk memastikan bayi tidak cranky
  • PACIFIER – Bawa puting susu atau pacifier . Jika bayi tidak selesa dipegang ketika khatan , pacifier ini akan membuatkan bayi kembali tenang
  • LAMPIN– bawa lampin lebih untuk tukar selepas proses khatan
  • LONGGAR – Sebaiknya pakai kan bayi dengan baju dan seluar yang longgar
  • Masuk ke klinik, doktor akan memberi penerangan terperinci proses khatan . Boleh bertanyakan apa sahaja pada doktor ketidakpastian tentang khatan.
  • Bayi akan dibaringkan di meja pemeriksaan utk proses sunat.
  • Ubat Bius akan diberikan menggunakan jarum yang paling halus pada pangkal zakar. Bayi ketika ini mungkin akan menangis kerana tidak selesa,
  • Pembantu klinik akan memegang kaki bayi dalam bentuk frog position sepanjang proses khatan
  • Sesetengah bayi akan nangis – tapi bukan kerana sakit proses khatan , tapi kerana tak selesa dipegang kakinya dan dibaringkan. Selepas bius , doktor akan melalukan teknik untuk TEST keberkesanan bius agar bayi tidak sakit sepanjang proses .
  • Ibubapa harus kekal tenang, doktor akan lakukan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan .
  • Jika ibubapa tidak sampai hati untuk melihat proses berkhatan, boleh tunggu diluar sementara proses berjalan.
  • Selepas selesai, lampin baru akan ditukar dan dipakaikan sedikit longgar dari biasa .
  • Ketika ini selalunya bayi akan tenang dan tidak menangis lagi kerana bius setempat yang masih berkesan. Ubat cecair tahan sakit akan diberi dan dicadangkan untuk terus diberi kepada bayi agar kesan ubat itu sudah optimum apabila kesan bius mula pudar. Pastikan ubat syrup tahan sakit ini diberi secara berkala 5-6 jam sekali untuk memastikan bayi tidak sakit sehingga sembuh.
  • Ibubapa boleh pulang kerumah dengan hati yang gembira dan tenang, bayi mereka selamat di khatankan
  • Untuk plastibell , ia akan terbuka sendiri dalam masa 2- 7 hari, jika tidak terbuka selepas 7 hari jangan risau boleh hubungi kami atau datang ke klinik
  • Untuk Laser , Jahitan akan terbuka sendiri dalam 7 hari. tidak perlu buka jahitan diklinik
  • Ketika penyembuhan , kadang kala akan ada bengkak seperti belon air di kemaluan , Ia adalah bengkak bius. tak perlu risau , ia tidak sakit dan akan hilang sepenuhnya selepas 2 minggu
  • Kadang kala selepas beberapa hari akan nampak seperti “nanah” atau keruping nanah di atas kepala kemaluan. juga tidak perlu risau ia adalah air biasa yang normal. Ia akan mengering dan tertanggal sendiri selepas beberapa hari.

Plastibell selalunya jatuh dalam 5-7 hari. Jika tidak tertanggal sendiri, ia boleh tunggu jatuh sehingga hari ke 10. Kalau tak terjatuh jugak, whatsapp/ call kami, kes begini sangat-sangat jarang berlaku , selalunya kadang-kadang plastibell dah tercabut cuma disebabkan air bisa yang mengering menyebabkan dia tak terjatuh. 

Setiap prosedur walaupun simple , tetap ada risiko berlaku komplikasi walaupun sangat jarang.
Antara risiko yang boleh berlaku

  1. PENDARAHAN – Pendarahan adalah komplikasi paling biasa berlaku tidak kisah pada khatan dewasa , kanak-kanak mahupun bayi . Namun usah risau ia tidaklah bahaya jika dirawat dengan cepat, Pendarahan kecil ini boleh terjadi secara tiba-tiba dirumah apabila luka sunat terkena sesuatu dengan impak yang sederhana kuat.
    Jika terdapat pendarahan, ambil tisu atau tuala, compress/ tekapkan pada tempat berdarah selama 5 minit. Selalunya pendarahan akan berhenti. Jika tidak , boleh hubungi doktor untuk menghentikan pendarahan
  2. JANGKITAN – Jangkitan jarang berlaku pada kemaluan namun ia tetap boleh berlaku, antara ciri- ciri jangkitan adalah kemaluan rasa panas , warna merah yang jelas kelihatan, hubungi doktor anda untuk mendapatkan rawatan antibiotik
  3. PLASTIBELL TERCABUT SEBELUM WAKTU- Jika plastibel tercabut sebelum waktu ( dalam masa 1 hari selepas sunat) harus dimaklumkan pada doktor untuk rawatan selanjutnya, namun perkara ini sangat jarang berlaku.

 

*Risiko untuk komplikasi tetap ada walaupun doktor kami telah sangat berpengalaman melakukan beribu khatan . Jika ia berlaku, jangan panik. Hubungi kami, kami akan membantu untuk merawat komplikasi . Klinik Tuah juga merupakan salah satu pusat rujukan untuk komplikasi sunat di Malaysia. Oleh itu, jangan risau. Kami sentiasa ada . Kami juga akan memberi nombor kecemasan jika berlaku diluar waktu operasi. Jika komplikasi memerlukan rawatan cepat, team doktor, nurse dan clinic assistant kami akan turun dan rawat bayi anda bila-bila masa.  

Untuk sunat bayi lelaki, kami menggalakkan untuk membuat temujanji kerana prosedur ini memerlukan persediaan dan situasi yang terkawal dan kondusif . Jika anda datang walk in, kami bimbang anda terpaksa menunggu lama kerana senarai kes temujanji kami. 

Pengalaman Sunat Bayi Yang Menyenangkan

Harga Rakyat Dari Rakyat

Dengan mengekalkan harga mampu milik pada semua orang untuk memberi suatu kualiti yang tinggi , kami sasarkan lebih banyak yang dapat manfaat dari servis perkhidmatan kami.

Popular

Kaedah Plastibell / Circumplast

RM 550
  • Tiada Jahitan
  • Sembuh Seawal 3 Hari
  • Tidak Sakit & Aman
  • Tidak Perlu datang balik

Laser

RM 450
  • Jahitan tercabut sendiri
  • Ekonomikal
  • dalam 10-15 minit
  • Teknik Konvensional

Di Klinik Tuah

Pengalaman Berkhatan Si Comel Anda Pasti Menyenangkan

Pengalaman khatan bayi mungkin pengalaman yang baru bagi anda.
kami juga faham kegusaran untuk mengkhatankan bayi yang disayangi . Oleh itu, nekad kami untuk memastikan pengalaman khatan bayi anda menyenangkan.

Mari bertandang ke Klinik Tuah untuk merasai sendiri pengalaman berkhatan bayi yang selamat dan menggembirakan.

Untuk pertanyaan lanjut / tempah temujanji secara whatsapp dan call boleh hubungi nombor dibawah

Cawangan Klinik Tuah

KLINIK TUAH CHERAS
G-02 , Kompleks Permaisuri Q
Jalan Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
56000 Cheras, Kuala Lumpur

✆ 01169392454
 kliniktuahcheras@gmail.com

KLINIK TUAH SHAH ALAM
No. 9 (Ground Floor), Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor

✆ 0143242974
 kliniktuahshahalam@gmail.com

KLINIK TUAH KUANTAN
No 3 Ground Floor, ICT HUB,
Jalan Putra Square 4,
Putra Square, 25200
Kuantan , Pahang

✆ 0199087813
 kliniktuahkuantan@gmail.com

KLINIK TUAH JOHOR BAHRU
No 38, (Ground Floor), Jln Padi Emas 1/2,
Bandar Baru Uda, 81200
Johor Bahru, Johor

☎  01139142280
 kliniktuahjohorbahru@gmail.com

KLINIK TUAH BANGI
No. G-43 & No. 1-43 (Ground Floor), Jalan 8/35 , Taman Seri Bangi, Seksyen 8, 43650, Bandar Baru Bangi Selangor

☎ 
kliniktuahbangi@gmail.com

Buat Temujanji Melalui Online

Loading...

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami