fbpx Skip to main content
Sakit Lutut

Mengatasi Gel Lutut Kering . Perlukah Tambah Balik?

By September 24th, 2024No Comments

Manusia memang secara semulajadi mempunyai gel lutut sendiri dikenali sebagai synovial fluid. Malangnya gel dalam lutut ini makin tahun ia akan haus dan berkurangan? Persoalannya adakah gel didalam lutut ini perlu ditambah dengan suntikan gel lutut?

Kebanyakan rakyat Malaysia menderita sakit lutut, terutama dalam kalangan warga emas. Antara punca sakit lutut termasuklah osteoarthritis lutut yang menyebabkan pergerakan lutut dan kaki terbatas serta kesakitan yang serius dan berpanjangan. 

suplemen untuk sakit lutut

Antara rawatan yang diberikan untuk pesakit osteoarthritis ini termasuklah ubat-ubatan, suntikan pada lutut dan pembedahan penggantian lutut sekiranya kerosakan mencapai tahap terakhir. Suntikan pada lutut menjadi pilihan ramai kerana keberkesanannya dalam mengurangkan rasa sakit dengan segera serta berpanjangan. Salah satu rawatan suntikan yang terdapat di Malaysia ialah rawatan suntikan gel lutut. 

Apa itu Gel Lutut? 

Gel lutut yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah suntikan hyaluronic acid. Suntikan ini biasanya diberikan pada pesakit osteoarthritis yang telahpun menerima rawatan lain seperi ubat tahan sakit, namun tidak berkesan. Gel hyaluronic acid ini bertindak sebagai pelincir sendi dan penyerap hentakan di dalam sendi. Hasilnya, sendi dapat berfungsi dengan baik. Sendi lutut yang sihat mempunyai cecair synovial yang membantu kita untuk berjalan tanpa rasa sakit. Tetapi, lutut pesakit osteoarthritis mempunyai cecair synovial yang berair dan kurang kadarnya. Disebabkan itulah hyaluronic acid ditambah melalui suntikan gel kedalam lutut ini, untuk membantu ‘memekatkan’ Kembali cecair synovial dan meningkatkan kadar pelinciran serta penyerapan.

Antara kebaikan suntikan ini termasuklah:

  • Berkesan mengurangkan sakit lutut
  • Melindungi sendi lutut dari terus rosak
  • Menangguhkan pembedahan penggantian lutut
  • Berfungsi sebagai bahan anti-radang dan mengurangkan inflamasi, radang sendi dan bengkak lutut
  • Memberi kelegaan pada sendi lutut sehingga 6 bulan dengan satu suntikan
  • Melindungi dan menguatkan tulang rawan sendi lutut
gel lutut

Namun perlu diingatkan suntikan gel lutut ini bukanlah penyembuh kepada osteoarthritis. Seseorang boleh menambah baik kualiti pergerakan dan fungsi lututnya, tetapi lututnya tidak dapat beroperasi seperti normal. 

Hyaluronic acid mempunyai dua jenis iaitu monolink dan double cross link. Gel Monolink mempunyai kandungan gel yang lebih cair dan perlu disuntik setiap minggu selama 3-5 minggu berturut-turut manakala gel double cross link mempunyai kandungan gel yang pekat dan hanya satu suntikan sahaja diperlukan setiap 6-12 bulan. Harga gel double class link lebih mahal berbanding gel monolink.

Prosedur Suntikan Gel Lutut

Kebiasaannya suntikan tambahan hyaluronic acid dilakukan mengikut Langkah-langkah berikut:

  1. Doktor akan mendiagnosis sakit lutut dan menentukan cara rawatan yang terbaik. Sekiranya  pesakit menghidapi osteoarthritis lutut di tahap yang sederhana, suntikan gel dalam lutut  akan disyorkan.
  2. Kawasan lutut yang terjejas akan dibersihkan dan disapu ubat bius.
  3. Sekiranya kawasan lutut yagn tercedera bengkak atau cecair berlebihan terkumpul, kemungkinan besar suntikan untuk mengeluarkan cecair tersebut dijalankan terlebih dahulu.
  4. Doktor kemudian akan menyuntik gel lutut (hyaluronic acid) di antara ruang lutut.
  5. Selepas suntikan, kawasan yang disuntik akan dibalut dengan bandage
klinik sakit lutut

Pesakit mungkin akan mendapat kesan sampingan seperti sakit (ringan), bengkak dan sendi keras di sekitar lutut selama beberapa hari. Pesakit amatlah disarankan untuk berehat daripada sebarang aktiviti yang melibatkan mengangkat beban selama beberapa hari. ‘ Ice pack” juga membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Sekiranya sakit setelah suntikan semakin teruk dan berpanjangan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan. 

KLINIK TUAH menawarkan rawatan suntikan gel lutut  untuk memberi kelegaan pada lutut anda. Pelbagai rawatan disediakan mengikut diagnosis juga akan diterangkan oleh para doktor kami di KLINIK TUAH.

Adakah Gel Di Dalam Lutut Haus?

Jangan salah sangka! Walaupun suntikan ini terbukti efektif untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mobiliti serta fungsi lutut, suntikan tambahan hyaluronic acid bukan bertujuan untuk mengembalikan kesihatan lutut seperti sedia kala. Suntikan ini tidak menghentikan proses pereputan sendi secara langsung, sebaliknya dapat melambatkan proses osteoarthritis ini. 

Hyaluronic acid juga mempunyai tempoh ketahanannya sendiri di dalam sendi kita. Saiz molekul hyaluronic acid mengecil dengan setiap penggunaan sendi lutut kita, pada yang sama mempengaruhi kepekatan cecair synovial. Semakin lama hyaluronic acid akan terurai, dan menyebabkan ‘air’ menggantikan isipadu bahan suntikan yang hilang daripada cecair synovial, menyebabkan cecair synovial semakin cair. Jadi, lutut kehilangan “pelincir” yang membantu mengurangkan daya geseran antara sendi dan menyebabkan sakit lutut kembali lagi. 

Jadi untuk menjawab persoalan di atas, gel dalam lutut ‘haus’ dan bersifat kelegaan sementara. Kesan suntikan isian hyaluronic acid bertahan selama 1 hingga 18 bulan bergantung kepada kawasan suntikan, jenama dan kepekatan suntikan serta cara suntikan. Jadi setiap suntikan mampu memberi kelegaan pada sendi lutut sehingga maksimum 18 bulan sahaja, dan pesakit  boleh mendapat suntikan tambahan setiap 1-2 tahun untuk kelegaan berterusan. 

Lagipun, suntikan gel lutut tidaklah berkesan dengan serta-merta. Ia boleh mengambil masa sehari hingga beberapa minggu untuk radang sendi surut dan sakit lutut  berkurang. Tetapi, dengan suntikan gel untuk lutut ini, kualiti hidup anda akan menjadi lebih baik, dan anda tidak perlu lagi bergantung dengan ubat tahan sakit. Tambahan pula, ramai pesakit yang menerima suntikan gel ke dalam lutut juga berpendapat bahawa dengan bantuan ini, mereka tidak perlu lagi menjalani pembedahan penggantian lutut. 

Kesimpulannya, suntikan gel lutut merupakan antara pilihan terbaik dalam mengurangkan sakit lutut anda. Namun begitu, seperti mana rawatan-rawatan lain, suntikan ini hanya menolong melambatkan proses osteoarthritis serta memberi kelegaan dan keselesaan untuk anda menjalani aktiviti harian. Pencegahan sakit lutut yang serius bermula daripada dan pemilihan gaya hidup kita.  Amalkan gaya hidup yang sihat seperti mengawal berat badan, bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat. 

Mengapakah Ramai Orang Memilih Membuat Rawatan Bersama KLINIK TUAH

  • Doktor yang sangat berpengalaman dalam merawat rawatan lutut
  • Teknik suntikan yang tidak sakit diakui oleh kebanyakan pesakit
  • Mempunyai pelbagai jenis rawatan mengikut kesesuaian umur dengan harga serendah Rm400 sehingga Rm2000
  • Rawatan akan dibantu oleh teknologi canggih seperti Ultrasound, Soft laser therapy dan lain-lain
  • Feedback / Testimoni yang sangat hebat dari pesakit kami ( 9/10 dari pesakit memberi respon sangat positif)

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut bersama Klinik Tuah, satu-satunya klinik yang menawarkan lebih 7 jenis rawatan lutut

Di Klinik Tuah, kami menitikberatkan keberkesan rawatan dan pengalaman setiap pelanggan Kami

Lebih 4300 pesakit lutut yang telah merasai rawatan sakit lutut bersama kami setahun

Pemeriksaan menggunakan ultrasound , lebih tepat dan spesifik untuk lutut

Here can be your custom HTML or Shortcode

This will close in 20 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Membuat Panggilan

 

 

 

 

 

This will close in 0 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Whatsapp

This will close in 0 seconds