Where Pain Meets Relief

Rheumatoid Arthritis : Pengkhianatan Sistem Imun Badan keatas Sendi Sendiri.

Cuba anda bayangkan , anda telah mengupah sepasukan askar untuk mempertahankan negara anda , namun malangnya askar yang seharusnya berkhidmat untuk anda , bertindak untuk menyerang istana dan rakyat marhaen anda pula.

Kandungan

Pendahuluan

 Itulah yang berlaku dengan Rheumatoid Arthritis , ia merupakan satu penyakit autoimun . Sistem imun yang sepatutnya menyerang bakteria dan pathogen lain dari masuk ke badan, kini telah menyerang sendi-sendi dalam tubuh anda. Hasilnya, seluruh sendi dalam badan anda merasa sakit.

Apa itu Rheumatoid Arthritis?

Rheumatoid Arthritis (RA) adalah penyakit autoimun kronik yang menyebabkan keradangan pada seluruh badan terutamanya pada sendi-sendi. Penyakit ini boleh melibatkan sendi lutut, pergelangan tangan,bahu dan buku lali.

Malah, 40% daripada pesakit RA juga mengalami simptom bukan pada sendi, tapi mata, paru-paru, kulit dan buah pinggang.

organ yang terjejas akibat rheumatoid arthritis

Kenapa Boleh Berlakunya Rheumatoid Arthritis (RA)?

Dalam tubuh orang normal, sistem imun diperlukan untuk melawan penceroboh yang masuk ke dalam badan seperti bakteria dan virus.

Namun, dalam penyakit autoimunisasi seperti Rheumatoid Arthritis, sistem imun badan terkeliru dan menganggap sel badan yang normal sebagai penceroboh asing dan membebaskan bahan kimia radang yang menyerang sel-sel tersebut.

Bagi kes RA pula, sistem imun khususnya menyerang sinovium, tisu yang melapisi sekeliling sendi .

Lapisan sinovium yang meradang akan menjadi lebih tebal dan menjadikan kawasan sendi terasa sakit dan sendi membengkak membuatkan pergerakan sendi menjadi semakin sukar. 

Apa penyebab utama Rheumatoid Arthritis ?

Punca sebenarnya ialah ..

Tidak tahu!!
Sebenarnya hingga kini penyelidik, doktor dan saintis tidak tahu secara tepat punca sebenar penyakit ini tetapi mereka percaya ia mungkin disebabkan seseorang itu mempunyai genetik tertentu yang diaktifkan oleh keadaan persekitaran, seperti virus atau bakteria, tekanan fizikal atau emosi atau beberapa faktor luaran yang lain.

4 Tahap Rheumatoid Arthritis

Tahap 1
Tahap 1
Tahap 3
Tahap 4
Sendi mula terasa sakit dan sedikit kaku. Pada tahap pertama, radang mula terhasil pada tisu sendi, namun imbasan X-ray tidak akan menunjukkan sebarang perubahan pada tulang.
Radang pada sendi mula merosakkan tulang rawan sendi. Anda mungkin mula perasan keupayaan anda untuk bergerak semakin berkurang.
Radang semakin teruk hingga merosakkan tulang anda. Anda boleh berasa sakit semakin teruk, makin kaku dan tidak berupaya untuk bergerak (berbanding tahap 2).
Radang mula berhenti, tapi sendi makin rosak. Rasa sakit makin parah dan anda hilang keupayaan untuk bergerak.

Simptom Rheumatoid Arthritis

Pada peringkat awal, pesakit RA mungkin tiada tanda bengkak dan kemerahan pada sendi atau kulit, tetapi penghidap RA akan merasa kesakitan pada sendi. Sendi-sendi ini boleh menjadi lebih sakit pada waktu pagi, serta menjadi kaku untuk melakukan sebarang pergerakan. Gejala ini adalah petunjuk seseorang menghidap RA.

Simptom penyakit ini adalah seperti berikut:

  • Sakit, Bengkak, Kaku, Bisa pada lebih dari satu sendi di badan.
  • Kaku, terutama selepas bangun tidur atau duduk lama.
  • Sakit dan kaku pada kedua-dua belah sendi
  • Kelesuan melampau
  • Badan lemah
  • Kerap demam

Risiko Menghidap Rheumatoid Arthritis

Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja. Namun, terdapat golongan yang lebih berisiko untuk mendapat RA ini. Antaranya termasuklah;

  • Manusia yang punyai berat badan berlebihan
  • Orang yang berumur
  • Golongan wanita
  • Perokok
  • Kanak-kanak yang terdedah pada asap rokok
  • Individu yang mempunyai genetik kelas II HLA
wanita berisiko mendapat rheumatoid arthritis

Bolehkah penyakit RA Sembuh?

Malangnya penyakit Rheumatoid Arthritis tidak boleh sembuh secara total. Modul Rawatan Rheumatoid Arthritis lebih menfokuskan untuk mengawal symptom dan mengelakkan episod serangan yang kerap.

Apakah Rawatan yang Sesuai?

Diagnosis awal dalam masa 2 tahun dari mulanya simptom sangat membantu mengelakkan sendi dan pelapik kartilej sendi dari teruk rosak. Ia dapat mengelakkan dari kerosakan akibat komplikasi dasyat rheumatoid arthritis .

1. Perubahan Cara Hidup

      1. Kurangkan Makanan yang boleh meningkatkan kadar keradangan badan seperti gluten, gula, makan proses dan lain-lain

      1. Amalkan gaya hidup yang sihat seperti lakukan senaman ringan dan elak pengambilan alkohol serta rokok/vape

    2. Ubat-Ubatan

        1. NSAIDs (Nonsteroidal Anti Inflammatory Drug) : Ubat tahan sakit yang boleh meredekan sakit dan bengkak pada sendi seperti naproxen, celebrex , diclofenac dan lain-lain

        1. Corticosteroid : Ubat ini boleh merendahkan tahap keradangan serta mengurangkan sakit sebagai contoh prednisolone, hydrocortisone dan lain

        1. Disease-modifying antirheumatic drugs (DMARDs), tidak seperti NSAIDS, DMARDs boleh melambatkan kemajuan/ progress penyakit dengan mengubah sistem imun kita. contoh DMARDs yang biasa adalah Methotrexate ,Hydroxychloroquine ,Sulfasalazine.

        1. Biologics : Jika semuanya tidak berjaya , doktor mungkin akan memberi anda biologic response agents . biologics ini bertindak menyerang molekul yang bertanggungjawab menyebabkan keradangan. contoh biologics adalah Etanercept dan Infliximab 

      senaman ringan dapat mencegah rheumatoid arthritis

      Akhir Kata

      Penyakit autoimun memang sukar dirawat. Namun dengan pendekatan tertentu dan rawatan yang tepat, penyakit ini dapat dikawal dengan baik untuk memastikan kualiti hidup yang bertambah baik.

      MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

      Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

      Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

      Subscribe
      Notify of
      6 Comments
      Oldest
      Newest Most Voted
      Inline Feedbacks
      View all comments

      […] Baca lebih lanjut tentang Rheumatoid Arthritis : Pengkhianatan Sistem Imun Badan keatas Sendi Sendiri. […]

      […] Rheumatoid Arthritis: Pembunuh Dalam Diam […]

      […] Rheumatoid arthritis pula berpunca daripada masalah autoimun, di mana antibodi badan sendiri menyerang sel-sel sendi yang normal. […]

      […] Rheumatoid Arthritis […]

      […] Ingin tahu siapa yang berisiko mendapat RA dan bolehkah penyakit ini sembuh? Klik sini. […]

      […] Rheumatoid artritis adalah sejenis artritis yang terjadi kerana penyakit autoimmun. Sistem imunisasi akan menghantar isyarat untuk menyerang sel tisu sendiri, seterusnya mengakibatkan radang pada lutut dan menyebabkan sakit lutut. […]

      Dr Hareez Noorman

      Dr Hareez Noorman

      Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

      Jom baca lagi..

      5 Klinik Pakar Sakit Lutut Shah Alam & Klang : Rawatan Dan Kos

      Dekat klinik, ramai datang dengan aduan sama: sakit lutut bila berdiri lama, susah nak solat, tak boleh lipat kaki, dan takut nak turun tangga. Ada yang muda, ada juga yang berumur. Rupanya, sakit lutut...

      Share:

      More Posts

      Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

      Kami Sentiasa Disini

      Ada Sentiasa Untuk Membantu

      Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

      Buat Temujanji Melalui Online

      Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

      Loading...