fbpx Skip to main content
Baby CircumcisionCircumcision

Sunat Bayi Perempuan Dalam Islam- Perlu ke?

By September 24th, 2024No Comments

Para ibu bapa yang baru sahaja mendapat cahaya mata perempuan, pastinya akan terdetik soalan ” Perlu kah sunat bayi perempuan ? “. Bila kita bercerita tentang anak lelaki, sunat adalah wajib tetapi bagaimana pula dengan anak perempuan?

Sebelum kita kupaskan cara dan kaedah dalam sunat / khitan / khatan bayi perempuan, mari kita tahu akan hukumnya dalam Islam terlebih dahulu.

Menurut Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke- 86 pada tahun 2009 telah membincangkan tentang hal khitan Wanita ini, dan telah bersetuju untuk memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi Wanita adalah wajib. Namun, sekiranya perihal tersebut boleh membawa kemudaratan pada diri, maka ia perlulah dielakkan.

Bilakah tempoh sesuai untuk membawa bayi berkhitan?

Tempoh yang sesuai berkhitan untuk bayi adalah secepat mungkin, dalam lingkungan umur bayi masih kurang dari 3 bulan. Ini kerana jika bayi disunatkan pada waktu bayi, cara penjagaan akan menjadi lebih mudah untuk para ibu bapa.

Jika anak perempuan sudah besar, tentulah mereka akan mula merasakan malu untuk menjalani prosedur ini. Jika berlaku kes sedemikian, disarankan agar anda berjumpa doktor anda untuk menentukan sekiranya ia sesuai dilakukan.

Bagaimanakah cara sunat bayi perempuan?

Prosedur khitan bayi perempuan sangat cepat,biasanya mengambil masa kurang dari 5 minit. Doktor atau pegawai perawatan akan melukakan sebahagian kecil kulit pada bahagian atas salur kencing. Luka yang dihasilkan biasanya amat kecil dan akan sembuh dengan sendirinya dalam masa 1-2 hari.

Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum sunat?

Ibu bapa yang membawa anak ke klinik hanya perlu memastikan anak sudah membuang air kecil dan bersedia dengan lampin baru sebelum prosedur dimulakan. Sebaiknya sebelum berkhatan, pastikan anda sudah mendapatkan doktor yang berpengalaman dan mahir dalam mengendalikan khitan perempuan ini.

sunat bayi perempuan

Bagaimana pula cara penjagaan selepas berkhatan?

Biasanya luka yang kecil hanya mengambil sedikit masa untuk sembuh, dan bayi yang selesai dikhatankan selalunya masih boleh bergerak aktif seperti biasa. Selepas prosedur doktor tersebut akan meletakkan kapas untuk memastikan darah daripada luka tersebut berhenti.

Khatan bayi perempuan akan menjadikan sesorang Wanita itu lebih bersih dan membawa kepada kesempurnaan agama.

Khatan ialah sunnah bagi lelaki dan kemuliaan bagi Wanita”

(Musnad Imam Ahmad)

khatan bayi

Jom Baca Tentang Khatan Bayi Lelaki .. Klinik Sini

Here can be your custom HTML or Shortcode

This will close in 20 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Membuat Panggilan

 

 

 

 

 

This will close in 0 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Whatsapp

This will close in 0 seconds