” Doktor! boleh kah saya simpan benjolan di bawah kulit saya ni?” itu lah soalan paling biasa ditanya oleh ramai orang jika badan mereka mempunyai ketulan di tubuh badan
ya.. Ramai yang bimbang, benjolan kadang kala membesar secara drastik. Ada yang tumbuh di belakang badan sehingga tak boleh tidur terlentang .
Disini kami bawakan anda 5 Jenis ketulan di badan yang paling biasa. Cuba anda cek dibadan anda, manalah tahu ada jugak ketulan ini
1. LIPOMA
Lipoma adalah ketulan lemak yang diselaputi satu tisu badan yang nipis. Ia selalunya dijumpai pada bahagian lemak selalu berkumpul contohnya peha, lengan dan badan. Ketulan lipoma ini biasanya tidak sakit dan terasa lembut apabila dipegang. Lipoma juga mengambil masa yang amat lama untuk menjadi semakin besar.
Berbeza dengan kepercayaan umum , lipoma sebenarnya tiada kaitan dengan berapa banyak lemak yang kita ada , berapa tinggi kolestrol atau berapa banyak kita makan lemak , sebaliknya lipoma adalah salah satu proses mutasi sel lemak menjadi tisue lemak yang tersusun didalam kantung fibrous
Lipoma bersifat licin , apabila dipicit dia akan bergerak-gerak seolah ” lari” .
Jika anda membaca online ada ubat makan atau sapu untuk menghilangkan ketulan ini , besar kemungkinan ia tidak benar.
Ketulan lipoma hanya boleh dibuang secara total dengan pembedahan , terdapat juga rawatan cucuk ubat “pecah lemak” pada lipoma , namun hanya boleh dibuat pada lipoma yang sangat kecik dan tidak berkesan untuk lipoma yang sederhana atau besar
2. SEBACEOUS CYST / GANGLION CYST DAN CYST LAIN BENJOLAN DI BADAN
Cysts sangat biasa di jumpai , ia adalah benjolan yang bukan kanser . Cyst adalah ketulan luar biasa yang menjadi benjolan di badan membentuk kantung yang berisi bahan cecair mahupun semi-cecair .
Untuk sebaceous cyst , kebanyakan di jumpai di muka, leher dan badan . Sebaceous cyst tumbuh dengan sangat perlahan dan tidak mengancam nyawa . cumanya ia tidak selesa dan boleh terjadinya komplikasi jangkitan jika dibiarkan .
Sebaceous cysts terhasil dari kelenjar peluh. Kelenjar peluh ini menghasilkan minyak yang dipanggil sebum berfungsi untuk membentuk lapisan pelindungan rambut , bulu roma , dan kulit . Dalam keadaan salur kelenjar peluh ini tersumbat dan rosak , maka cyst akan terbentuk .
Seringkali tersumbat dan rosak ini diakibatkan trauma pada bahagian tersebut . Trauma yang dimaksudkan seperti kesan cakaran, kesan pembedahan , atua jerawat.
Selain itu , Faktor lain sebaceous cyst adalah
- kecacatan pada salur kelenjar peluh
- kerosakan pada sel ketika pembedahan
- faktor genetik seperti gardner’s syndrome atau basal cell nevus syndrome
Untuk Ganglion cyst pula ia biasa berlaku benjolan di pergelangan tangan . didalam kantung ganglion cyst terdapat bahan seperti gel . ia merupakan benjolan bukan kanser yang juga boleh berlaku di sendi lain seperti buku lali, lutut dan jari. Rawatan nya juga adalah melalui pembedahan
Seringkali doktor akan diagnos cyst ini melalui pemeriksaan fizikal dan sejarah penyakit, namun dalam keadaan tertentu doktor akan periksa cyst lebih teliti dan lanjut untuk tanda-tanda kanser
3. CHERRY ANGIOMA
A cherry angioma adalah seperti tahi lalat yang terbina dari saluran darah kecil atau kapilari. Ia adalah sejenis angioma yang paling kerap berlaku
Angioma adalah benjolan bukan kanser terhasil dari perkembangan yang berlebihan dari kapilari
Sangat jarang kanak-kanak mendapat ketulan bukan kanser ini. Seringkali ia muncul pada orang dewas berumur 30 tahun keatas. Ketulan benjolan ini berkait rapat dengan faktor penuaan . Ia akan lebih banyak jika usia makin meningkat.
Cherry Angioma dikenali dengan nama Senile Angioma ( Angioma Orang Tua) atau Campbell de Morgan Spots
Rawatan : ketulan ini tidak berbahaya. Masalahnya adalah dari segi aesthetic / kosmetik. Ia tidak cantik dan menjengkelkan! oleh itu terdapat 4 cara untuk menghilangkan masalah ini
- Memotong Buang ( Excision)
- Cryosurgery therapy – pengecilan ketulan dengan kaedah penyejukan
- Electrodesiccation – Memotong dan “mematikan” dengan elektrik cauthery
- Laser Removal
4. NEUROFIBROMA
Neurofibromas adalah ketulan yang lembut , seperti daging dan kerap berlaku dibawah kulit namun kadangkala berlaku kawasan yang dalam di tubuh badan.
Ia merupakan benjolan di badan yang tidak bahaya, namun , ia boleh menjadi kanser dalam kes-kes terpencil
Simptom neurofibroma pelbagai dan bergantung pada lokasi dan saiznya. Antara tanda-tanda nya
- ketulan tak sakit, dan naik secara perlahan
- namun kadang kala akan sakit
- Rasa kejutan elektrik apabila disentuh
- Akan mengacau saraf jika ketulan menghimpit saraf
Bagaimana dirawat – Jika tidak berlaku apa-apa masalah dalam aktiviti harian , tidak perlu dirawat. Namun doktor akan memilih untuk buang neurofibroma jika ia melibatkan saraf besar.
KANSER ! Apa Tanda- Tanda nya
Jika anda mempuyai ketulan dibadan. anda harus berhati-hati dengan kemungkinan kanser
Antara tanda ketulan yang bersifat merebak ( malignant) dan kanser
- Ketulan itu cepat membesar
- Mempunyai bentuk yang tidak sekata
- Ketulannya seperti tiada garis pemisah dengan tisu normal
- Anda susut berat badan secara tiba tiba .
- Size ketulan yang terlalu besar
Jika anda ragu-ragu tentang ketulan , berjumpa segera dengan doktor anda untuk tujuan diagnosis
Akhir Kata
Jika anda mempunyai benjolan di badan anda ,segera lah berjumpa dengan doktor untuk tujuan pengesahan .
Kebanyakan ketulan walau bukan kanser ia tetap membawa risiko apabila kita membuat keputusan untuk menyimpannya
Lebih baik kita berjumpa doktor untuk mengesahkan jenis ketulan dari membiarkan ketulan tersebut dan hidup dalam kerisauan dan tidak sedap hati diselebungi misteri apakah ketulan tersebut akan membawa kebinasaan di kemudian hari .
Ketahui & Kenali Doktor bedah kami Di Klinik Tuah
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.