fbpx Skip to main content
Sakit Lutut

Mengapa Lutut Longgar Atau Lari ?

By September 24th, 2024No Comments

Perkataan lutut longgar amatlah biasa didengari, selalunya di kalangan pesakit yang aktif bersukan atau pernah mengalami trauma pada lutut. Tetapi apakah yang sebenarnya terjadi kepada lutut? 

lutut longgar

Lutut longgar – suratan atau kebetulan?

Ramai yang mengaitkan sakit lutut ini dengan amalan onani . betul kah?

Dalam istilah perubatan, lutut longgar adalah satu symptom yang dipanggil sebagai “knee instability”. Ia terjadi disebabkan oleh berlaku kecederaan pada ligament lutut anda.

Apakah itu ligamen?

Ligamen merupakan satu tisu kuat yang menghubungkan antara dua tulang. Salah satu contoh ligamen popular dalam masyarakat kita adalah Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Dalam lutut kita terdapat 4 ligamen utama iaitu:

  1. Anterior Cruciate Ligament (ACL)
  2. Posterior Cruciate Ligament (PCL)
  3. Medial Collateral Ligament (MCL)
  4. Lateral Collateral Ligament (LCL)
Punca Sakit lutut

Apakah simptom yang dialami sekiranya saya kecederaan ligament?

Kecederaan ligament biasanya terjadi apabila terdapat pergerakan berpusing atau janggal secara mengejut pada lutut anda, dan akan menyebabkan simptom simptom di bawah:

  1. Bunyi “pop” yang kuat pada sendi lutut
  2. Kesakitan
  3. Bengkak pada lutut
  4. Lutut tidak stabil atau ‘longgar’

Baca dan ketahui 5 punca utama sakit lutut

Bolehkah kecederaan ligament sembuh dengan sendirinya?

Sekiranya ligament hanya terputus sebahagian (Partial Tear), kemungkinan untuk ligament tersebut pulih dengan sendirinya adalah tinggi, namun harus diingatkan pesakit hendaklah menjaga lutut yang terlibat itu dengan baik supaya ligament tersebut dapat pulih sepenuhnya. Manakala untuk kes terputus penuh (Full / Complete Tear) maka hanya pembedahan dapat mengembalikan fungsi ligament tersebut.

Sekiranya anda merasakan lutut anda terdapat simptom simptom di atas dan memerlukan khidmat nasihat atau cadangan rawatan, boleh berjumpa kami di KLINIK TUAH untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan yang paling sesuai untuk anda.

Ketahui lebih lanjut tentang sakit lutut

Here can be your custom HTML or Shortcode

This will close in 20 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Membuat Panggilan

 

 

 

 

 

This will close in 0 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Whatsapp

This will close in 0 seconds