Skip to main content
Sakit Lutut

5 Suplemen Untuk Sakit Lutut Berkesan Tanpa Perlu Suntikan

By February 19th, 20252 Comments

Tahu tak masaalah paling utama ketika mencari suplemen untuk sakit lutut ? KEBANYAKAN NYA TIDAK BERKESAN DAN MENGHABISKAN DUIT.

Ya.. kebanyakan ubatan suplemen ini dah jadi obsolete, ketinggalan zaman . Tidak hairanlah jika ramai pesakit dah makan suplemen tertentu berpuluh tahun tapi masih sakit lutut lagi .

Kenapa penting Suplemen untuk sakit lutut ini?

Untuk peringkat 1-2 osteoarthritis , seringkali supplemen amat penting untuk menyelamatkan lutut dari progess ke peringkat yang akhir.

Selain itu , suplemen tertentu dapat memulakan proses pembaik pulihan lutut secara semula jadi .

ia membantu mengurangkan radang dan bantu dalam masa sama membaiki tisu yang rosak

Disini kami bawakan kepada anda . suplemen untuk sakit lutut yang bukan sahaja berkesan malah akan membantu membina semula lutut anda yang rosak

suplemen untuk sakit lutut

Suplemen Untuk Sakit Lutut Anda

1. Kunyit / Curcumin

ubat lutut

KUNYIT… ye kunyit… tapi bukan kunyi yang jantan sama jantan tu ye.. tu mengunyit… Itu lain . itu adalah salah disisi agama. Nabi tak mengaku umat

Curcumin merupakan satu komponen dalam kunyit yang memberikan kunyit warna kuning yang kita kenali; tahukah anda bahawa komponen curcumin dalam kunyit ini mempunyai sifat anti-inflamatori atau anti-radang yang sangat hebat? Terdapat berberapa kajian yangmembuktikan ekstrak curcumin dari kunyit ini memberi perbezaan ketara pada pesakit osteoarthritis lutut.

Namun kunyit hanya mempunyai kira kira 2-5% curcumin, oleh sebab itu ekstrak curcumin yang terdapat dalam pil pil suplemen untuk sakit lutut merupakan pilihan yang lebih baik.

Satu kajian oleh BMC telah dilakukan pada 139 orang yang sakit lutut .pesakit diberi suplemen Curcumin 3 kali sehari dan Diclofenac ( ubat tahan sakit ) 2 kali sehari untuk sakit lutut untuk 1 bulan

hasil kajian tersebut adalah

  • Kedua dua rawatan kurangkan sakit lutut dengan peratusan yang lebih kurang sama iaitu 94% pesakit yang mengambil curcumin manakala 97% untuk orang yang ambil ubat tahan sakit diclofenac melaportkan pengurangan sakit melebihi 50%
  • Pesakit melaporkan mengalamai kesan sampingan yang jauh lebih kurang dengan mengambil curcumin berbanding diclofenac ( ubat tahan sakit ) sebagai contoh . Diclofenac menyebabkan sakit perut dalam 28% pesakit tapi tiada orang melaporkan sakit perut dengan mengambil curcumin
  • paling menarik , mereka yang mengambil curcumin hilang purata 2% hanya dalam 4 minggu.

Dalam kajian yang sama oleh BMC, menggunakan topikal kunyit secara sapuan 5%. hasil kajian menunjukkan pengurangan secara signifikan berbanding group placebo. Sumber BMC

2. Halia

Sama seperti kunyit, halia juga merupakan sejenis akar herba pokok yang mempunyai fungsi anti radang yang boleh mengurangkan keradangan sendi lutut anda. Halia lebih mudah untuk diamalkan dalam pemakanan seharian berbanding kunyit, contohnya seperti teh halia yang sangat mudah untuk disediakan!

Arakian, Masukkan Halia sebagai salah satu suplemen untuk sakit lutut anda setiap hari

3. Minyak Omega 3 / Asid Lemak omega 3

Sudah banyak kajian yang membuktikan terdapat kesan positif pada pesakit yang mengambil Omega-3 dalam rutin harian mereka. Contoh omega-3 yang popular ialah EPA dan DHA, yang berfungsi untuk mengurangkan keradangan dan meningkatkan imuniti badan. Omega 3 sangat mudah didapati dalam bentuk pil suplemen untuk sakit lutut dan dipasarkan sebagai minyak ikan (fish oil).

2 bahan aktif omega 3 fatty acid adalah eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA).

Menurut satu kajian pada 2016 studyTrusted Source mengatakan bahawa DHA boleh juga meningkatkan imuniti badan kita dan DHA lebih efektif menurunkan kadar radang berbanding EPA namun kedua-duanya mempunyai peranana masing-masing

Kesemua kesan ini amat membantu untuk pesakit yang menghidap sakit lutut

Selain itu, EPA dan DHA juga membantu mengurangkan risiko heart attack serangan jantung dengan membuatkan darah sukar untuk membeku. EPA dan DHA juga mengurangkan kadar lemak triglyceride dalam darah dan kurankang tekanan darah . Selain itu gabungan EPA dan ubat Statin lebih effective kurangkan radang dalam salur darah tersumbat ( artherosclerosis) dari mengambil ubat statin sahaja

4. Collagen Type II ( Native)

Collagen type II (native) adalah salah satu protein yang menjadi asas tisu cartilage , tulang dan lain-lain tisu hubungan dalam manusia mahupun binatang

Collagen type II berkesan dengan cara badan menghasilkan bahan yang boleh melawan radang , kesakitan dan bengkak. Kebanyakan Collage type 2 adalah dari ayam dan ada juga dari lembu

Collagen Type II digunakan untuk osteoarthritis sebagai supplemen untuk sakit lutut . selain itu ia juga digunakan untuk sakit sendi dan otot

Namun Ingat jangan keliru Collagen Type II dengan Collagen lain seperti Collagen peptide, gelatin ataupun collagen Type I

Collagen Type -II dapat mengelakkan dari cartilage lutut lebih rosak dan dapat memulakan pemulihan tisu yang rosak

Anda juga boleh mendapatkan Collagen Type II ini dalam bentuk suplemen di farmasi seperti Mobithron Advance.

Baca Journal Berkenaan Collagen Type II untuk sakit lutut

5. Glucosamine & Chondroitin

suplemen sakit lutut

Glucosamine dan Chondroitin sulphate merupakan dua supplemen yang SANGAT SANGAT SANGAT popular dalam membantu pesakit Osteoarthritis, khususnya pada peringkat awal penyakit.

Percayalah , jika anda pergi ke hospital kerajaan mahupun klinik biasa, kebarangkalian anda diminta beli suplemen ini adalah melebih 96%. Supplemen ini dah berkurun lama di preskrib pada pesakit . Tambah kontroversi, terdapat study yang mengatakan suplemen ini kurang berkesan.

Kedua suplemen ini merupakan antara komponen utama tulang rawan (cartilage) lutut namun berberapa kajian ada menunjukkan bahawa kedua supplemen ini hanya memberi kesan yang minima untuk melawan osteoarthritis.

Walaubagaimanapun , badan manusia lain – lain , seperti kata pepatah inggeris , Racun bagi seseorang mungkin ubat bagi orang lain . Oleh itu, tidak salah untuk anda mencuba kesan supplemen ini pada anda

Tips Sakit Lutut: Ubat Sakit Lutut Apa Yang Anda Boleh Ambil?

Baca Artikel 4 Punca Sakit Lutut Yang Doktor kadangkala malas terangkan

Bagaimana Dengan Vitamin?

Bukan sahaja suplemen yang boleh membantu dalam mengatasi sakit lutut ini, tetapi juga vitamin! terdapat beberapa jenis vitamin untuk lutut berbunyi disebabkan oleh simptom sakit lutut.

Antaranya ialah:

Jenis VitaminPeneranganContoh
Vitamin DMembantu dalam penyerapan kalsium yang menguatkan tulang serta sendiCahaya matahari, Ikan Lemak Tinggi Omega-3
Vitamin CMembantu dalam penghasilan kolagen. Kolagen adalah protein yang membantu tulang rawan menyerap hentakan pada sendi lutut.Buah-buahan citrus, lada benggala, strawberi dan brokoli
Vitamin KMengawal pemendapan kalsium dalam tulang dengan mengarahkan kalsium ke tulang dan mengelakkan pemendapan berlebihan dalam saluran darah. Vitamin K juga meningkatkan ketumpatan tulang.Sayur-sayuran hijau seperti bayam dan brokoli, jeruk dan tempe.
Vitamin B12Membantu dalam penghasilan sel tulang baru dan menyokong metabolisme tulang. Vitamin B12 juga melambatkan proses pereputan tulang.Produk berasaskan ayam dan ikan.
vitamin antara suplemen untuk sakit lutut klinik tuah

Rumusan

Walaupun kesemua suplemen untuk sakit lutut ini dianggap selamat secara am, namun ia masih berkemungkinan untuk mempunyai interaksi dengan ubat ubat lain yang anda ambil.

Sentiasa berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat terbaik dan terbaru untuk mengatasi sakit lutut anda.

kadangkala suplemen sahaja tidak mencukupi , kini seiring kemajuan sektor perubatan bermacam-macam cara rawatan lutut . Jika anda mengalamai masalah lutut dan ingin merasa sendiri kehebatan rawatan lutut yang terkini boleh melawat kami di Klinik Tuah.

2 Comments