Adakah anda mengalami masalah ACL koyak ? hmmmmm….
Anda bermain bola dengan rakan anda, sedang anda berlari ke pintu gawang lawan , tiba- tiba rakan sepasukan anda pass bola kepada anda . Apa lagi , anda mula membawa bola dengan lebih laju dan mengelecek seperti Cristiano Ronaldo. Penonton bersorak girang melihat anda dapat melepasi 3 pertahanan dengan gelecekan cantik dari anda.
Kini anda dihadapan gol .. tinggal penjaga gol sahaja didepan ..
anda mengambil langkah untuk melepaskan tendangan sekuat hati…
tiba- tiba terasa satu hentakan keras dari belakang , defender lawan men”tackle” anda dari belakang.
“PAAAAAAAAAAAPPPPPPPP” anda dengar bunyi dari dalam lutut anda..
Sakit ya amat.. Anda tersungkur terguling- guling..
anda terpaksa dipapah kerana anda sudah tidak dapat berjalan lagi
Apabila anda berjumpa doktor, doktor suspect ACL koyak ,
Table of Contents
Apa itu Anterior Cruciate Ligament (ACL) ?
Anterior Cruciate Ligament (ACL) merupakah salah satu daripada 4 ligamen utama di dalam lutut anda. Fungsi utama ligamen-ligamen ini ialah dengan menstabilkan lutut daripada pergerakan melampau dan mengelakkan tulang betis (tibia) daripada menggelongsor jauh daripada tulang peha (Femur).
ACL menjadi antara satu ketakutan utama para atlet khususnya dalam permainan bola sepak, di mana jika kecederaan ligamen ini berlaku, ia boleh menamatkan karier seseorang pemain!
Pemain Bola yang pernah mengalami kecederaan ACL koyak
Antara pemain pemain popular yang pernah berlaku kecederaan ACL termasuk Radamel Falcao, Virgil Van Dijk, dan Marco Reus.
- Roy Keane.
- Radamel Falcao.
- Zlatan Ibrahimovic.
- Alan Shearer.
- Marco Reus.
- Roberto Baggio.
- Ruud van Nistelrooy.
- Alessandro Del Piero.
Baca tentang kejadian ACL koyak pada pemain-pemain di atas
Kenapa ACL lebih senang cedera berbanding ligamen lain?
Kecederaan ACL kerap terjadi disebabkan oleh struktur anatomi lutut dan otot sekitar yang kurang memberi sokongan terhadap pergerakan “twisting” dan pergerakkan berimpak tinggi yang lain.
Oleh kerana itu, sudden force movement pada lutut menyebabkan mudanya ACL koyak dan cedera berbanding ligamen lain.
Punca Utama kecederaan ACL koyak ?
Antara punca punca utama yang menyebabkan kecederaan ACL ialah:
- Hentakan terus atau trauma pada lutut
- Mendarat dari lompatan tinggi hanya dengan satu kaki
- “twisting” menggunakan satu kaki sewaktu menari/bersukan
Baca 4 punca utama sakit lutut (selain ACL injury)
Apakah simptom utama kecederaan ACL ?
Apabila kecederaan ACL berlaku, kebanyakan kes akan mendengar atau merasai bunyi “pop” pada lutut yang terlibat. Selain itu akan terdapat bengkak dan sakit pada lutut tersebut dan pesakit tidak akan dapat berjalan dengan stabil. Selepas berberapa hari, sakit dan bengkak selalunya akan surut, namun lutut yang terlibat tidak lagi merasa stabil sewaktu aktiviti sukan atau harian.
Bagaimana untuk mengesahkan kecederaan ACL?
Doktor pada mulanya akan bertanyakan pada anda simptom simptom yang ada kemudian akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengesahkan kecederaan ACL berlaku. Untuk lebih kepastian, sesetengah doktor akan mencadangkan anda untuk menjalani ujian MRI, yang membolehkan doktor tersebut memastikan kecederaan ACL tersebut dan tahap kecederaan (partial and complete tear)
Apa yang perlu saya buat sekiranya saya mengalami simptom tersebut?
Untuk rawatan awal, yang terbaik adalah dengan merehatkan sendi lutut terlibat, meletakkan ais untuk mengurangkan bengkak dan menaikkan sedikit kaki tersebut sewaktu dalam keadaan baring. Jika keadaan menjadi semakin teruk, sila rujuk kepada doktor berhampiran anda.
R.I.C.E
Rawatan Kecederaaan ACL
Rawatan Tanpa Pembedahan
- Secara hakikatnya, ACL tidak dapat sembuh dengan sendirinya. Namun begitu banyak pesakit dapat menempuhi hidup tanpa pembedahan terutama mereka yang tidak banyak menggunakan lutut dalam kehidupan seharian.
- Tanpa rawatan pembedahan, Pesakit yang mengalami koyak pada ACL dinasihatkan mengelakkan aktiviti lasak pada lutut
- FISIOTERAPI – fisioterapi adalah salah satu rawatan tanpa pembedahan bertujuan menguatkan otot sekitar agar lutut tidak terlalu bergantung pada Ligament
- Pl@t3l3+ Reach Pl@smm@ – itu merupakan salah satu rawatan yang “less invasive” dan penjanaan semula terbaru yang kini makin mendapat perhatian dikalangan pesakit lutut.
Banyak Journal Terbaru yang menunjukkan hasil yang memberangsangkan dengan penggunaan rawatan ini untuk ACL injury .
Prosedur ini melibatkan pengambilan lebih kurang 10ml darah sendiri dan diletakkan dalam tabung uji sebelum diproses secara centrifuge selama beberapa minit. Pengasingan darah plasma yang penuh platelet akan dibuat dan plasma yang penuh ketumpatan platelet ini akan dicucuk ke dalam lutut untuk proses Penjanaan Semula / Pembaik Pulihan . Kenapa plasma penuh platlet digunakan ? Ini kerana ia penuh dengan Gr0wth Factor dan Psaitokines yang akan memulakan proses pembaik pulihan lutut
Di Klinik Tuah, Cheras- kami menyediakan rawatan ini untuk sakit lutut
Rawatan Pembedahan
- Rekonstruksi ACL dilakukan dengan menggantikan ligamen yang koyak dengan tendon daripada pesakit (autograf) atau daripada penderma (alograf). ia dilakukan dengan kaedah arthroscopy
Mari merawata sakit lutut anda di Klinik Tuah,
Di Klinik Tuah, semua kesakitan lutut akan di scan dan diperiksa dengan menggunakan teknologi Ultrasound
Dan di klinik Tuah juga, terdapat pelbagai jenis rawatan sakit lutut
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.